03 May 2011

Wanita Cantik Berpakaian Hijau




Syeikh Abdul Wahid (rahmahtullah 'alaih) berkata bahawa pada suatu hari beliau sangat mengantuk hingga tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu. Lalu beliau bermimpi melihat seorang wanita yang sangat cantik berpakaian sutera hijau. Keseluruhan badan dan kasutnya dalam keadaan berzikir. Wanita itu bertanya kepada Syeikh Abdul Wahid: "Adakah engkau mahu memiliki diriku kerana aku amat mencintaimu?" Lalu wanita itu membacakan rangkap pantun yang menceritakan keinginan dan kerinduan seorang kekasih. Apabila beliau terjaga daripada mimpinya, Syeikh abdul Wahid berazam tidak akan tidur lagi. Diceritakan bahawa selama empat puluh tahun, beliau tidak pernah tidur pada waktu malam dan beliau mengerjakan solat Isyak dan Subuh dengan wuduk yang sama.

No comments:

Post a Comment