17 May 2011

Maksud Dakwah


DA’WAH - الدَّعوَة
www.ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com

Maksud da’wah ialah menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ).
Sebagaimana firman Allah,
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya, “Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."

( Yusuf : 108 )

Manakala yang dimaksudkan menyeru/mengajak kepada Allah ( الدعوة إلى الله ) IALAH mengajak/menyeru kepada agamaNya iaitu ISLAM. Lihat firman Allah,

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الإِسْلامُ
Maksudnya, “Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.

( Aali Imran : 19 ).

Berdasarkan kenyataan di atas dapatlah kita rumuskan bahawa da’wah ada usul-usul(dasar-dasar)nya ( أصول الدعوة). Ianya terbahagi empat iaitu :

1- Isi Kandungan Da’wah - مَوضُوعُ الدَّعوَة
2- Penda’wah - الدَّاعِي
3- Sasaran Da’wah - المَدْعُو
4- Method - Wasilah Da’wah - وَسَائِلُ الدعوةِ وَأَسَالِيبُهَا

1. Isi Kandungan Da’wah - موضوع الدعوة

Isi kandungan atau apa yang hendak didakwahkan ialah Islam itu sendiri. Islam sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya Muhammad saw di dalam al-Quran dan Sunnah Baginda saw.

Maka Islam itu adalah Islam yang sempurna dan menyeluruh dalam seluruh aspek hidup samada aqidah, ibadah, muamalah, munakahat dan jenayah. Merangkumi persoalan hidup individu, berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara.

Islam yang menyeluruh (comprehensive - شمول ). Islam yang memerintah bukan diperintah. Oleh itu umat Islam wajib menegakkan sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya hukum-hakam Allah.Itulah tanggungjawab sebagai khalifah (إقامة الدين وسياسة الدنيا به )

Antara tajuk-tajuk di bawah “Isi Da’wah” :

a.Takrif dan definisi Islam
b.Huraian rukun-rukun Islam
c.Keistimewaan Islam
d.Nizam Kehidupan( نظام الحياة ) - kemasyarakatan, Ekonomi, Politik, Jihad undang jenayah .

2. Penda’wah (Da’i ) - الداعي

Siapakah Pendakwah

Da’i ialah orang yang dipertanggungjawab oleh syarak bagi menyeru manusia kepada Allah. Para da’i hendaklah memiliki bekalan (persiapan) dan akhlak yang mulia.

Pendakwah Pertama

Pendakwah yang pertama ialah Rasul kita Muhammad saw.

Tugas Pendakwah Sama Tugas Nabi

Berdakwah adalah merupakan tanggungjawab dan tugas para Rasul. Mereka bertanggungjawab mengajak manusia beriman dan beribadat kepada Allah.

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَرْسَلْنَاكَ شَاهِدًا وَمُبَشِّرًا وَنَذِيرًا(45)وَدَاعِيًا إِلَى اللَّهِ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيرًا

Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.

Nabi Muhammad saw adalah rasul yang terakhir. SyariatNya merupakan risalah yang sesuai untuk akhir zaman. Apabila Nabi saw wafat, maka tugas RasuluLlah saw wajiblah dipikul oleh umatNya.

Firman Allah,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

(Aali Imran : 110 )

Persiapan/ Bekalan Pendakwah ( عُدة الداعى )

Seorang pendakwah hendaklah memiliki persiapan dan bekalan yang cukup untuk berdakwah. Ini kerana jalan dakwah tidak ditaburi dengan bungaan tetapi penuh onak dan duri. Cabaran dan tentangan pastikan akan dihadapinya. Di antara bekalan utama pendakwah ialah:

a- Ilmu/ Kefahaman yang mendalam الفهم الدقيق
b- Iman yang mendalam الإيمان العميق
c- Hubungan berterusan dengan Allah الإتصال الوثيق

Akhlaq Pendakwah

a. Bersifat benar
b. Sabar
c. Kasih Sayang
d. Tawaddu’
e. Dan lain-lain.

3. Sasaran Da’wah - المدعو

Siapakah Mad’u ?

Mad’u atau orang yang kena dakwah ialah manusia. Manusia yang diajak kepada Allah kerana risalah Islam adalah kekal hingga qiamat dan bersifat universal.

Golongan Yang Didakwah

a- al-Mala’ (الملأ ) iaitu para pemimpin dan orang besar.
b- Orang awam ( جمهور الناس ) .
c- Orang munafiq
d- Orang yang berdosa ( العصاة )

4. Method - Wasilah Da’wah - وسائل الدعوة وأساليبها

Sumber Rujukan Method Dakwah

a- al-Quran al-Karim (القرآن الكريم )
b- as-Sunnah an-Nabawiyyah (السنة النبوية )
c- Sirah as-Salaf as-Soleh ( سيرة السلف الصالح )
d- Pendapat para fuqaha’ ( استنباطات الفقهاء )
e- Pengalaman ( التجارب )

1st) Uslub ad-Da’wah - أساليب الدعوة

Uslub ialah tariqat atau jalan yang digunakan oleh pendakwah untuk mencapai matlamat kerja dakwah.

a- أسلوب الشرح والتفسير لأصول الدعوة - iaitu menerangkan ajaran Islam yang syumul berhubung dengan aqidah, ibadah, muamalah, jenayah dan akhlak.

b- أسلوب المقارنة بين دعوة الحق والدعوات الأخرى - iaitu uslub perbandingan antara seruan Islam yang benar dan seruan yang lain yang salah.

c- أسلوب الرد على الشبهات والمفتريات - iaitu uslub menolak segala kesamaran dan kekeliruan.

d- أسلوب التعهد والتربية والإعداد
e- أسلوب التجميع والتصنيف والتوظيف
f- أسلوب الترغيب والتبشير
g- أسلوب الترهيب والتهديد

2nd) Wasilah Da’wah - وسائل الدعوة

Wasilah ialah kerja dakwah itu sendiri untuk mencapai matlamat dakwah.

a- وسيلة التبليغ بالقول - Khutbah, syarahan, risalah, makalah dll
b- وسيلة التبليغ بالعمل
( al-Amr bi al-Ma’ruf, al-Nahy ‘an al-Munkar dan Mewujudkan khidmat sosial. )
c- وسيلة التبليغ بالقدوة

__________________________
_______________________________________________________
SUMBER : http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/2008/09/tazkirah-4-dawah-maksud-dawah-ialah.html

No comments:

Post a Comment