15 May 2011

Si Kejam Yang Masuk Syurga



Said bin khudri adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW. Beliau menceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah bercerita kepadanya tentang kisah seorang lelaki yang membunuh 100 orang dengan kejam tetapi akhirnya menjadi penghuni syurga.

Lelaki kejam itu telah membunuh mangsanya yang ke-99.Akhirnya timbul rasa penyesalan dalam hati lelaki tersebut dan merasakan dirinya sangat berdosa.Lalu dia mencari ulama-ulama untuk bertanya soal agama.

setelah lama mencari,lelaki tersebut berjumpa dengan seorang alim.Dengan penuh harapan,dia bertanya kepada orang alim itu, "Tuan,saya telah membunuh 99 orang.Bolehkah saya bertaubat?"

Orang alim itu terkejut dengan pengakuan lelaki tersebut,"Apa? kamu sudah membunuh 99 orang,baru sekarang hendak bertaubat?" Orang alim itu menjawab dengan marah.

Mendengar sahaja kemarahan orang alim itu,lelaki tersebut menhunuskan pedangnya lalu menikam orang alim itu.Cukup sudah 100 orang yang dibunuh oleh lelaki tersebut.Tetapi dia masih mahu bertaubat.Dia berusaha lagi mencari orang alim yang lain pula.Apabila berjumpa,lelaki itu bertanya "Tuan,saya sudah membunuh 100 orang.Bolehkah saya bertaubat?"

Orang alim itu menjawab dengan tenang. "Tiada siapa yang mampu menghalang saudara untuk bertaubat.Keluarlah dari kampung di mana saudara tinggal sekarang kerana kampung itu sudah rosak.Pindahlah ke kampung yang masih baik."

Mendengar nasihat orang alim itu,lelaki tersebut menuju ke kampung yang dimaksudkan.Tetapi dia tidak sempat sampai ke kampung yang dituju,dia meninggal dunia.Malaikat pembawa azab dan pembawa rahmat berebutkan roh lelaki tersebut.Iblis datang lalu berkata, "Aku lebih berhak ke atas roh lelaki ini kerana dia tidak pernah ingkar kepadaku dalam melakukan dosa-dosanya."

Malaikat pembawa rahmat menjawab, "Dia sudah bertaubat daripada kesalahannya." Dalam perebutan itu telah berpihak kepada malaikat rahmat kerana jarak semasa lelaki itu meninggal dunia hampir kepada kampung yang baik daripada kampung yang rosak.Dengan itu Allah SWT telah menerima taubatnya.

No comments:

Post a Comment