07 May 2011

ENGGAN MENUNAIKAN HAJI






Enggan Menunaikan Haji

     Ibadah haji adalah rukun Islam kelima yang wajib ditunaikan ke atas orang Muslim yang cukup syarat, mampu dan berkuasa hanya sekali seumur hidup. Seseorang Muslim yang memiliki segala kemampuan dan cukup syaratnya, tetapi sengaja dan enggan menunaikan haji, bererti menentang perintah Allah, rosak iman dan Islamnya serta dihukum berdosa besar.

Firman Allah SWT: "Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah." (Al-Baqarah: 196)

Firman Allah SWT: "Dan diwajibkan ke atas manusia mengerjakan haji ke Baitullahi Haram bagi yang mampu sampai ke sana." (Ali Imran: 97)

     Berkata Ibnu Abbas, "Orang-orang yang mampu mengerjakan haji tetapi enggan menunaikannya dan juga enggan mengeluarkan zakat, maka sesungguhnya mereka di kala sakaratul maut akan tiba mereka minta hidup panjang lagi. Padahal orang-orang yang minta hidup lagi di waktu akan mati hanyalah orang-orang kafir".

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa memiliki bekal atau kesempatan dapat menyampaikan dia sehingga ke Baitullahi Haram (menunaikan haji), lalu dia tidak mahu menunaikan haji, ingatlah dia akan mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani." (H.R. At-Tirmidzi)

 

No comments:

Post a Comment