25 May 2011

Tips Menziarahi Kubur


Tips / Adab Menziarah Kubur :)

1. Bawa bersama surah Yaasin. Bukannya apa, boleh juga kalau nak bacakan al-fatihah tapi dalam buku surah Yaasin tu selalunya ada doa tahlil sekali kan, boleh lah bacakan. Arwah yang dibacakan tu tentu gembira apabila menerima kiriman doa daripada warisnya yang dirindui. Tapi jangan ingat doa cuma boleh dibaca bila ke kubur, duduk rumah pun boleh baca dan mengingat kepada yang telah pergi. :)

2. Cabut rumput-rumput liar. Bawa perkakas sekali pun okay juga. Sambil-sambil membaca al-fatihah, korang boleh juga mencabut rumput-rumput liar supaya kubur tersebut lebih nampak terurus. Walaupun ustaz ada beritahu pokok-pokok yang berada di atas kubur seseorang akan mendoakan si mati, tapi cukuplah dengan sebatang pokok renek sperti di tips ketiga sekejap lagi. (kalau aku salah, tolong tegur okay)

3. Tanam sebatang pokok renek. Bawa sekali sebatang anak pokok renek untuk ditanam kalau di kubur tersebut belum ditanam pokok renek. Contoh pokok tu, pokok puding, jangan lah pula korang tanam pokok pisang ke kelapa ke melampau sungguh. Tapi aku macam pernah terdengar, kalau tanah kubur masih merah, tak boleh tanam pokok yang masih basah. Tak tahulah kenapa, ke aku yang salah dengar. Err..

4. Uruskan sekali jiran-jiran kubur yang hendak diziarah. Kalau sebelah kubur atuk, nenek atau siapa sahajalah yang korang nak ziarah tu nampak macam tak terurus, tolonglah cabutkan sekali rumput-rumput liar dan baca al-fatihah sekali untuk si mati. Iyalah, korang beriya-iya bersihkan kubur saudara-mara korang, sebelah tu sedih sahaja, lebih-lebih lagi dah lama waris dia tak jenguk. Kasihan kan. Ayah kawan aku sangat baik hati, siap suruh orang simenkan / pagarkan kubur sebelah kubur mak dia sebab kubur tu tak terurus. Kan bagus macam tu.

5. Berpakaian sopan semasa menziarah. Tak payahlah kalau nak pergi kubur kena pakai jubah bagai. Cukup sekadar sopan, dan menghormati tanah perkuburan. Boleh juga nak pakai baju kerja, tak ada masalah pun. Lebih baik tutup kepala dengan sempurna, lupakan loose shawl siap pakej nampak jambul & suglasses bagai untuk ke kubur. Tak nampak sopan pun macam tu, ingat artiss??

6. Jangan membaca nama di batu nisan dengan sengaja. Orang-orang tua selalu cakap, kalau baca nama atas batu nisan lebih daripada tiga kali, akan jadi pelupa. Tak tahu betul ke tak. Tapi hakikat sebenarnya nak elakkan aib agaknya. Iyalah, adik aku selalu baca nama kat batu nisan lepas tu gelakkan nama dia sebab kelakar. Sengal betul, aku dah belasah dia dah.

7. Jaga pertuturan. Kita kan nak menziarah kubur, nak mengingat mati jadi tak payahlah bergembira sangat kat kubur, siap main kejar-kejar bagai. Kalau ada anak-anak kecil tu ajar dia jangan meliarkan mata. Tak payah tanya mak masing-masing, "mak, apesal kubur orang tu berlubang mak? dia banyak dosa ke makk??" . Harap maklum ye adik-adik, kubur akan jadi mendap/ berlubang sebab liang lahad dia dah patah, so tanah tu turun.

8. Keraplah datang menziarah. Alhamdulillah aku dapat praktikal kat Seremban. Kalau nak harapkan aku duduk Selangor tu tak keluar-keluar, memang aku jamin, aku ziarah kubur atuk masa raya sahaja. Bukannya nak harapkan datang kubur selalu tapi sekurang-kurangnya taklah lupa kedudukan kubur yang hendak diziarah. Setiap hari ada orang meninggal dunia. Kubur makin bertambah, lama-lama dah naik sesat cari kubur saudara-mara. Sebab tu kita kena datang sekali-sekala. Kalau kubur tu ada alamat atau no lot tak kisahlah, boleh salin alamat kubur tu. Confirm tak sesat.





Semua yang hidup pasti akan mati. Hari ini sahaja yang masih pasti. Esok belum tahu lagi. Allah maha Adil kan? Aku taknak bila aku dah mati, waris aku tak datang jenguk, sob sob. Ya Allah, berikanlah aku waris yang soleh & solehah. Amminn.. :') 

Artikel oleh: "Perempuan Kacak" Nursalimah Mohamad Yusri

No comments:

Post a Comment