11 May 2011

MEMPERHAMBAKAN MANUSIA



    Manusia yang rakus jiwanya dan lemah imannya mudah diperdayakan oleh hawa nafsu dan rayuan syaitan lantaran memiliki kuasa dan kedudukan yang tinggi, sangguo memperhambakan manusia untuk memenuhi kepentingannya, sehingga lupakan kekuasaan dan ketinggian Allah, sebagaimana Fir'aun yang pernah mempertahankan dirinya.


     Sikap memperhambakan manusia seolah-olah menandingi kekuasaan dan ketinggian Allah. Firman ALlah SWT: "Tidak berhak manusia bahawa diberikan Allah kepadanya kitab, hukum-hukum dan kenabian, kemudian dia mengatakan kepada manusia: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (hendaklah mengatakan) jadilah ulama yang beramal, kerana kamu mengajarkan kitab dan kamu membacanya." (Ali Imran: 79)

 

No comments:

Post a Comment