09 May 2011

BERAMAL SELAIN MENCAPAI KEREDAAN ALLAH

 Beramal Selain Mencapai Keredaan Allah

     Setiap amal itu adalah bergantung kepada niat. Oleh itu seseorang yang beramal selain dari untuk mencapai keredaan Allah akan menyebabkan kemurkaan Allah dan ditolak atau terhapusnya amal dan sia-sia.

Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tiada beriman kepada Allah dan hari akhirat." (Al-Baqarah: 264)

Firman Allah SWT: Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah melainan kepadaNya. Demikian itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui." (Yusuf: 40)

Firman Allah SWT: "Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu." (Adz-Dzariyat: 56)

     Kaum Muslimin hendaklah mengikhlaskan hati dan membersihkan jiwa dalam melaksanakan ibadah dan segala urusan hidup untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Firman Allah SWT: "Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semua bagi Allah Tuhan semesta Alam." (Al-An'am: 162)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala tidak menerima amal kecuali amal yang dikerjakan secara ikhlas dan dimaksudkan untuk mencapai keredaan Allah." (H.R. Nasa'i)

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis Qudsi: "Hai manusia! Beramallah kamu semua dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali dikerjakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah." (H.R. Al-Bazzar dari Adh-Dhahak)

Rasulullah s.a.w bersabda: "Bertulus ikhlaslah kamu dalam melaksanakan agamamu, nescaya amalmu yang sedikit itu cukup untukmu." (H.R. Daud dan Hakim)     

No comments:

Post a Comment