30 April 2011

Sebab-Sebab Doa Tidak Dimakbulkan




Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan sepuluh perkata:

1.Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya.

2.Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunahnya.

3.Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.

4.Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya.

5.Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya.

6.Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya.

7.Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.

8.Mengatakan mati itu benar, tetapi tidak bersedia untuknya.

9.Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, tetapi melupakan keaiban diri sendiri.

10.Mengebumikan mayat-mayat (sahabat-sahabatnya) tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Syarat-syarat Berdoa




1.Dalam keadaan berwuduk.

2.Dalam keadaan menutup aurat.

3.Menghadap kiblat.

4.Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk.

5.Tidak tergesa-gesa.

6.Dimulai dengan memuji kebesaran Allah SWT.

7.Kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

8.Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan.

9.Diakhiri dengan selawat dan salam.

10.Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.

Teknik Khusyuk Dalam Solat




Antara teknik untuk mendapat khusyuk dalam solat dan kemanisan beribadah ialah:

1.Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang paling afdal ialah di masjid).

2.Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.

3.Memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin.

4.Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil dan memperkemaskan segala urusan supaya tidak timbul kebimbangan dalam solat.

5.Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota.

6.Memakai pakaian yang bersih dan kemas seperti hendak menghadap pembesar negeri.

7.Tempat sujud dipastikan supaya tidak ada gambar yang mengganggu fikiran atau membimbangkan hati.

8.Mengingati mati dan kemungkinan itu merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup.

9.Menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hamba-Nya.

10.Memenuhkan dada dengan perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang melihat segala gerak-geri kita.

11.Memahami segala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan segala zikir.

12.Sebelum mengangkat takbir, membaca surah al-Nas, selawat atas Nabi SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan.

13.Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam bersolat.

14.Memusatkan seluruh ingatan kepada solat.

15.Memanjangkan sedikit tempoh semasa rukuk dan sujud.

16.Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat.

17.Jangan memandang ke kiri dan ke kanan.

Perkara Sunat Yang Patut Dilakukan Pada Hari Jumaat




*Mandi bagi orang yang hendak pergi menunaikan Solat Jumaat dan membersihkan badan daripada kekotoran.

*Memotong kuku dan rambut sekiranya panjang, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari.

*Memakai bau-bauan yang wangi dan memakai pakaian yang bersih dan indah.

*Sunat diam ketika khatib membaca khutbah.

*Makruh melangkah tengkuk atau bahu orang untuk mendapatkan saf hadapan.

*Sunat membaca surah al-Kahfi dan surah Yasin pada siang dan malam Jumaat.

*Memperbanyakkan doa siang dan malam.

*Sunat memperbanyakkan amalan akhirat, seperti bersedekah.

*Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.

*Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun imam sedang membaca khutbah.

Sejarah Rasul Ulul 'Azmi




Diceritakan bahawa terdapat seramai 124,000 orang nabi, dan 313 orang daripadanya ialah rasul.Rasul-rasul ini diutuskan oleh Allah SWT untuk memimpin dan memandu umat pada zaman mereka supaya mentauhidkan Allah, melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Semenjak dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w., dakwah mereka untuk mendaulatkan syariat Islam sentiasa menghadapi cabaran. Daripada 313 orang rasul ini, 25 orang daripadanya adalah wajib diketahui oleh umat Islam.Namun begitu, hanya lima orang rasul sahaja yang layak menerima gelaran Ulul 'Azmi iaitu Rasul pilihan dan Agung. Mereka yang terpilih ialah Nabi Muhammad s.a.w., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan Nabi Nuh a.s.

Di bawah dipaparkan secara ringkas antara amalan, dugaan dan peristiwa yang dihadapi oleh rasul-rasul pilihan yang melayakkan mereka digelar Ulul 'Azmi.

1.Nabi Muhammad SAW

*Bapanya, Abdullah meninggal dunia sewaktu Baginda masih dalam kandungan. Ibunya, Siti Aminah pula meninggal dunia ketika Baginda masih kecil. Kemudian bapa saudara Baginda, Abu Talib dan isterinya yang tercinta Siti Khadijah r.ha. pula meninggal dunia pada peringkat awal kenabiannya. Mereka adalah antara orang yang banyak menyokong dan membantu kehidupan serta usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW.

*Kematian anak-anak Baginda berlaku pada waktu mereka masih kecil lagi. Yang tinggal dan membantu Baginda dalam menegakkan Islam ialah Siti Fatimah al-Zahrah.

*Penentangan hebat kafir Quraisy terhadap Baginda khusunya daripada Abu Jahal, Abu Lahab, Abu Sufyan dan ketua Munafik, Abdullah bin Ubay bin Salul.

*Cedera dalam perang Uhud di mana umat Islam tewas kepada tentera Quraisy Makkah.

*Menghadapi ancaman hebat daripada penduduk Makkah selama 13 tahun menjadi Nabi serta menghadapi tentangan puak Yahudi Bani Quraidzah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa' di Madinah.

*Baginda taat beribadah, hormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, banyak puasa, berjaga malam, tangkas di medan perang, pemimpin yang berwibawa dan sebagainya.

2.Nabi Ibrahim A.S.

*Penentangan kaumnya terhadap dakwah yang baginda bawa khususnya daripada bapa baginda sendiri.

*Dihukum bunuh dengan dilemparkan ke dalam api yang marak oleh Raja Namrud. Dengan izin Allah SWT, api menjadi sejuk dan baginda terselamat.

*Baginda taat beribadat kepada Allah SWT.

Baginda memperolehi anak (Nabi Ismail) apabila mengahwini Siti Hajar setelah lamanya tidak dikurniakan anak bersama Siti Sarah. (Siti Sarah kemudiannya mendapat anak lelaki, Nabi Ishak).

*Kisah penyembelihan anaknya Nabi Ismail a.s. yang dijalankan semata-mata takwa terhadap Allah SWT.

3.Nabi Musa A.S.

*Walaupun Baginda menjadi anak angkat Raja Fir'aun yang zalim, baginda tetap tegas menjalankan usaha dakwah menegakkan agama Allah. Penentangan Raja Fir'aun dan kaumnya terhadap baginda menjadi-jadi dengan cubaan membunuh baginda.

*Raja Fir'aun memanggil tukang-tukang sihir untuk menundukkan Nabi Musa a.s. tetapi tongkat yang dianugerahi mukjizat menjadi ular besar menelan smua ular tukang-tukang sihir tersebut.

*Baginda terpaksa melarikan diri bersama-sama para pengikutnya melintasi Laut Merah yang terbelah (dengan pertolongan Allah SWT) sedangkan Fir'aun dan bala tentera yang mengekorinya tenggelam di dalam arus laut yang deras itu.

*Asiah isteri Raja Fir'aun (ibu angkat Nabi Musa a.s.) menerima dakwah yang baginda bawa.

*Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berzikir.

4.Nabi Isa A.S.

*Baginda tabah menghadapi tohmahan masyarakat kerana dilahirkan (tanpa bapa) oleh ibu baginda, Siti Maryam. Ini semua adalah kudrat dan kehendak Allah SWT.

*Penentangan berterusan daripada kaumnya sendiri.

*Baginda kuat beribadah, kurang tidur dan banyak berpuasa.

5.Nabi Nuh A.S.

*Dakwah baginda tidak diterima oleh anak dan isteri baginda sendiri.

*Umur baginda yang melebihi 900 tahun kebanyakkan digunakan untuk mengajar umat baginda mengesakan Allah.

*Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda kaumnya, baginda masih tetap mengajak isteri dan anak baginda supaya bertaubat dan mentaati perintah Allah. Isteri dan anak baginda akhirnya tenggelam dalam banjir manakala baginda bersama pengikut setia dan bintang-binatang selamat belayar di dalam bahtera.

*Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi semua makhluk Allah.

Hindari Sifat Marah




SEMEMANGNYA hidup ini banyak cabaran, banyak dugaan dan penuh dengan liku-liku dan ranjau yang harus dilalui dan dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketenangan.

Cabaran dan dugaan itu bermacam-macam bentuk, ada berbentuk kesusahan, kesengsaraan dan ada pula berbentuk kesenangan dan kegembiraan.

Jika kesenangan yang diperolehi, gembiralah hati kita dan jika kesusahan yang menimpa, maka akan kecewalah dan marahlah kita.

Sifat marah adalah suatu sifat yang tetap ada pada diri seseorang, tinggal lagi hendaklah kena pada tempatnya, bukan mengikut perasaan dan hawa nafsu.

Bagi orang Islam yang beriman, sifat sabar adalah menjadi perisai dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan dan sentiasa reda dengan takdir Allah SWT bahkan insaf terhadap-Nya.

Ini kerana mereka sedar sifat marah itu amat dibenci oleh Allah SWT dan Rasul-Nya sehingga Rasulullah SAW banyak berpesan supaya jangan bersifat marah.

Ia sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa ada seorang lelaki telah berkata kepada Nabi Muhammad SAW: Berpesanlah kepadaku, lalu baginda bersabda : Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta dipesani, maka baginda masih tetap bersabda : Jangan marah. (riwayat Bukhari).

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.

Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.

Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)

Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”

Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.

Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.

Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.

Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”

Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.

Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)

Akibat Zalim Terhadap Insan Lemah




Dicerita bahawa pada suatu hari seorang lelaki Bani Israel bermain-main ditepi laut. Di sana dia melihat seorang lelaki kudung sebelah tangannya hingga paras bahu berdiri di atas batu di tepi pantai itu. "Wahai hamba Allah! Sesiapa yang melihat keadaanku ini, awas jangan sampai berlaku zalim kepada sesiapa pun." Kata lelaki kudung itu. "Apa maksudmu?" "Mengapa engkau berkata demikian?" Tanya lelaki Israel yang bermain-main di tepi pantai itu.

"Panjang seritanya".

"Apa itu? Sila ceritakan".

Lelaki kudung itu menceritakan bahawa dulu dia adalah seorang anggota polis. Suatu hari ketika sedang meronda di tepi laut, dia melihat seorang nelayan sedang memancing dan kebetulan ketika itu, dia sedang memperoleh ikan yang bagus. Si polis mendekati nelayan itu dan berkata, "Berikan padaku ikan yang baru kamu tangkap itu."

"Tidak boleh." Jawab si nelayan.

"Kalau begitu aku akan membayar harganya, berapa engkau mahu?" Tanya polis itu.

"Aku tidak ingin menjualnya." Kata nelayan lagi."

Polis itu marah, lalu dipukulnya kepala nelayan itu dengan kayu belantannya dan ikannya diambil secara paksa lalu dibawanya pulang. iba-tiba ikan yang masih hidup itu menggigit ibu jari tangannya. Dia menjerit kesakitan dan berusaha untuk melepaskan gigitan itu, tapi sia-sia. Jiran-jirannya segera datang membantunya. tapi sia-sia juga. Selepas bersusah payah, barulah gigitan ikan itu berjaya mereka lepaskan. Mungkin kerana ikannya sudah mati.

Walau demikian, kesan gigitan itu masih ketara bengkak dan masih terasa sakit. Dia segera pergi berjumpa doktor unuk mendapatkan rawatan.

"Tanganmu tidak akan sembuh, bahkan akan membawa pada kematian, kecuali ibu jari dipotong." Kata doktor setelah melakukan pemeriksaan.

"Kalau sudah tidak ada cara lain.terpulang kepada tuan doktor." Kata polis.

Maka dipotonglah ibu jarinya. Akan tetapi penyakitnya merebak pula pada tapak tangannya sehingga membuat dia tidak boleh tidur kerana terlalu sakit. Doktor yang memeriksanya mengusulkan agar tapak tangannya dipotong pula separas pergelangannya kerana penyakitnya tidak boleh disembuhkan kecuali dengan cara itu. Dia pun menurut. Maka dipotonglah tapak tangannya. Tiba-tiba penyakitnya merebak pula ke lengan. Akibatnya doktor terpaksa memotong lengannya pula. Kini dia telah kudung sehingga ke paras siku. Akan tetapi tiba-tiba bisa ikan itu merebak pula keatas sikunya hingga ke bahu dan dibawanya kepada doktor lagi.

"Penyakitmu tidak akan sembuh kecuali tanganmu dipotong hingga ke paras bahu." Kata doktor.

"Buatlah apa-apa yang patut, aku sudah tidak kuat lagi menahan sakitnya." Katanya. Untuk kali keempat tangan orang zalim itu dipotong lagi. Kini sebelah tangannya telah hilang seratus peratus. Mungkin selepas itu penyakitnya akan hilang seratus peratus atau mungkin selepas itu penyakitnya akan mereba pada badannya pula. Nasib baik ada seorangvarif yang baik hati datang bertanya keadaannya.

"Apa mula-mula yang menyebabkan penyakitmu itu?" Tanya orang arif. Orang kudung itu mula menceritakan asal mulanya dengan jujur, yakni akibat digigit ikan yang diambil secara paksa dari seorang nelayan. Diceritakan pula bahawa dia telah memukul kepala nelayan tersebut.

"O...begitu" kata orang arif. "Sekiranya sejak mula lagi engkau pergi kepada nelayan yang engkau aniayai untuk memohon maaf dan minta dihalalkan ikannya, Insya'Allah tanganmu tidak akan sampai terpotong. Sekarang, sebaiknya engkau pergi kepada nelayan itu untuk memohon maaf dan minta dihalalkan apa yang engkau ambil itu sebelum penyakitmu merebak ke seluruh badan."

Polis itu segera mencari nelayan yang telah dianiayanya dan menjumpainya. Dia terus mencium kaki nelayan dan minta maaf.

"Tuan, aku mohon maaf kepadamu." Kata polis itu.

"Siapa engkau ini?" Tanya nelayan.

"Aku adalah orang yang merampas ikanmu dahulu." Kata polis.

Lalu dia menceritakan apa yang terjadi ke atas dirinya selepas kejadian itu dan diperlihatkannya pula tangannya yang kudung dan telah empat kali dipotong. Mendengar keterangan itu, si nelayan menangis, lebih-lebih lagi setelah melihat tangan si polis yang tinggal sebelah saja.

"Aku halalkan apa yang engkau ambil dan aku maafkan engkau, setelah aku melihat keadaanmu itu." Kata nelayan.

"Terima kasih tuan."

"Tapi ingat, lain kali jangan berbuat zalim lagi." Pesan nelayan.

"Apakah engkau berdoa kepada Allah ketika aku merampas ikanmu dengan kekerasan?" Tanya orang yang kudung.

"Ya,saya berdoa kepada Allah, "Wahai Allah, orang itu telah menganiaya diriku dengan kekuatan dia atas kelemahanku. Oleh kerana itu balaslah dia dan tunjukkan kekuasaanmu kepada ku terhadap orang itu."

"Kini Allah telah memperlihatkan kekuasaanNya kepadamu terhadap diriku." Kata orang yang kudung itu. Sebagai mengakhiri ceritanya, bekas polis Bani Israel itu berkata: "Sekarang aku telah bertaubat kepada Allah dari semua kesalahanku yang telah ku lakukan pada masa-masa yang lalu."

29 April 2011

Kelebihan Menjawab Azan




Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang kaya dan hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya.

Apa yang menjadi kelebihannya ialah, apabila terdengar saja seruan azan dia akan segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya berhenti untuk seketika bagi menghormati azan. Setelah selesai dan menjawab azan barulah disambung semula, hanya itulah amalan yang sentiasa dijaga.

Setelah dia meninggal, ramai dari kalangan orang-orang yang soleh telah bermimpi bertemu dengannya. Tanya mereka, "Ibadah apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana engkau telah menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"

Jawab Zubaidah, "Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucap syukur."

Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu semasa hayatku, iaitu apabila terdengar saja seruan azan sedang waktu itu aku tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku menyuruh mereka memberhentikan nya bagi menghormati seruan azan.

Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan Allah berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di dalam dadanya masakan dia mahu menyebutKu dalam keadaan leka."

Pohon Gharqad




"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi maka maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok lalu batu dan pokok itu bersuara dengan katanya; "Wahai Muslim, wahai hamba Allah, di belakang ku ini ada yahudi, marilah bunuhnya, kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara) kerana sesungguhnya ia merupakan pokok yahudi." - Riwayat Bukhari, Muslim dan Al-Tirmizi.

Mereka Enggan Tunduk




Perhatikan Imam Al-Ghazali menulis bagaimana falsafah solat apabila dilaksanakan akan meleburkan sifat takabbur:

"Antara rahsia itu adalah apa yang terdapat dalam solat iaitu membina tawaduk dengan merendah diri ketika berdiri tunduk, rukuk dan sujud. Sesungguhnya ada orang Arab seketika dahulu tidak mahu membongkok (rukuk). Jika terjatuh cemeti (pemukul kuda) dari tangan salah seorang daripada mereka, maka mereka tidak mahu membongkok untuk mengambilnya. Dan apabila terputus tali kasut, maka mereka tidak mahu menundukkan kepala untuk memperbaikinya..."

"Sujud itu kesannya kehinaan dan kerendahan. Oleh sebab itu mereka disuruh sujud, supaya dengan demikian, hancur kesombongan mereka dan hilang keangkuhan mereka. Dan mantaplah tawaduk dalam hati mereka. Maka sesungguhnya rukuk, sujud dan berdiri tegak adalah amal perbuatan yang dikehendaki oleh tawaduk."

Dalam sebuah riwayat ada menyebut bahawa Hakim bin Hizam (salah seorang saudara Siti Khadijah binti Khuwailid) berkata: "Aku boleh melakukan baiah dengan Nabi Muhammad namun aku tidak mahu menelungkup untuk sujud, malah solat juga dalam keadaan berdiri sahaja."

Baiah itu diterima oleh Nabi s.a.w. Namun kemudiannya barulah dia (Hakim) difahamkan apa tujuan sujud itu dan dia pun mengerjakan sujud lalu sempurnalah imannya.

Usah Benci Pelaku Maksiat


Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba seorang lelaki yang terkenal suka melakukan maksiat mengikuti mereka dari belakang.



Murid Nabi Isa a.s. itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian. Lalu dia berdoa di dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergillah engkau dari sisiku."

Kita sememangnya membenci perbuatan maksiat. Namun kebencian kita kepada maksiat tidak bererti membenci dan menghina orang yang melakukannya.

Sering kali sikap negatif sebegini membuatkan orang semakin jauh daripada agaman. Sebaliknya, kita harus membuka hati kita untuk mengasihi lalu memberi nasihat yang tulus kepadanya. Kelembutan selalunya lebih berkesan dalam mengubah orang lain daripada kekerasan atau penghinaan.

Ubat Enam Resipi




Penulis buku al-Farj Ba'da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang yang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keperihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.

Si bijaksana itu pun berkata: "Aku tahu ada satu ubat dibuat daripada enam resipi yang berbeza." Kawan-kawannya pun bertanya: "Apa dia?"

Jawabnya: "Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kedua, kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. Ketiga, sabar adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang mendapat ujian.

Keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah. Kelima, mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini. Keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka."

Beginikah Kita?




Beginikah kita
Insan lalai dan leka
Mudah terpedaya dan percaya
Pada hasutan syaitan durjana
Untuk mengisi kekosongan neraka.

Beginikah kita
Ingat Allah hanya seketika masa
Bila miskin bila derita
Bila susah tiada upaya
Bila duka datang nestapa.

Beginikah kita
Insan bergelar khalifah di bumi
Ada masa ketika menghadap Ilahi
Ada masa kelupaan menghiasi diri
Tak sedikit pun ambil peduli
Merasakan diri pasti belum mati

Beginikah kita
Impian besar mendiami syurga
Nafsu syaitan masih didamba
Mudah leka keasyikan dunia
Segala kewajipan hanya sekadar tika
Umpama melepas batuk di tangga

Yang menanti, yang terbuka
Bakaran api kepanasan neraka
Bertaubatlah kita sebelum ajal tiba.

Kelebihan Berpuasa Pada 10 Muharram Dan Kelebihan Hari Aasyura




Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah SAW bersabda, "sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah SWT akan memberi kepadanya 10,000 pahala. 10,000 pahala untuk orang berhaji dan berumrah dan 10,000 pahala orang mati syahid. Barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut,maka Allah SWT akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada hari Aasyura,maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh umat Rasulullah SAW yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."



Lalu para sahabat bertanya Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?" Maka berkata Rasulullah SAW, "Ya,memang benar,Allah SWT menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,menjadikan laut pada hari Aasyura,menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura,lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura dan Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura.Allah SWT menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura,menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura,Allah SWT menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura,Allah SWT mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!"

28 April 2011

Membentangkan Shirath Di Atas Jahannam




Shirath (titian) pun dibentangkan di atas jahannam, lalu semua manusia diperintahkan untuk melintasinya. Diriwayatkan bahawa shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih kecil dari rambut. Manusia melaluinya bersama amalan masing-masing. Siapa yang sempurna imannnya dan segera dalam mengerjakan ketaatan kepada Allah, maka mudahlah ia melalui shirath; secepat kilat, angin, burung, kuda yang gagah, ataupun lambat seperti jalannya unta. Masing-masing dibawa melintasi oleh amalan-amalan mereka. Ada yang merangkak, ada yang dijilat oleh api dan ada pula yang jatuh ke dalamnya. Orang yang pertama melintasinya ialah para rasul (alaihimus-Shalatu-was-Salam) dan setiap orang dari mereka akan berkata:

"Ya Allah! Selamatkanlah aku! Selamatkanlah aku!" Dan yang terlebih dahulu melintasinya di antara mereka semua adalah Nabi Muhammad SAW. (HR:Bukhari dan Muslim)

Sifat amanah dan silaturrahim dibawa untuk berdiri di kedua sisi Shirath itu, di situ terdapat duri-duri yang tajam, lintasan-lintasan yang amat licin serta besi-besi pengait yang menangkap orang-orang yang telah mengabaikan kedua sifat mulia itu (yakni amanah dan silaturrahim)

MENGHINDARI SU'UL KHATIMAH





Para salafus soleh (orang-orang terdahulu yang baik-baik) sering khuatiri dan takut akan suul khatimah atau kesudahan yang buruk. Dalam hal ini ada berbagai riwayat dan kisah yang diceritakan, yang akan menjadi pedoman bagi kita. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Demi Allah yang tiada selain Dia, ada kalanya seseorang dari kamu beramal dengan amalan ahli syurga hingga jarak antaranya dengan syurga itu hanya sehasta saja. Tapi suratan takdir lebih cepat sehingga ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan ada kalanya seseorang dari kamu beramal dengan amalan ahli neraka hingga jaraknya dengan neraka itu hanya sehasta saja. Tapi ia didahului oleh takdirnya sehingga ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga." (HR:Bukhari, Muslim)

Berkata para ulama bahawa orang-orang yang paling dikhuatiri akan beroleh suul khatimah biasanya ialah orang-orang yang suka melalaikan solat, yang suka minum khamar (arak), yang derhaka kepada kedua orang tuanya, yang suka menyusahkan orang-orang Muslim yang lain. Kemudian mereka terus-menerus melakukan maksiat besar dan dosa-dosa keji dan tidak bertaubat kepada Allah SWT dari dosa-dosanya itu. Allah SWT berfirman maksudnya: "kemudian, kesudahan orang-orang yang mengerjakan kejahatan adalah (azab) yang paling buruk, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Allah dan selalu memperolok-oloknya." (Ar-Rum:10)

Setiap Muslim hendaklah selalu mengharapkan kurnia Allah SWT agar Dia tidak mencabut nikmat Islam sesudah Dia berikan kurnia itu kepada kita. Kemudian hendaklah kita selalu menyedari kemungkinan tercabutnya nikmat ini disebabkan kelalaian dalam mensyukuri nikmat yang besar ini, iaitu nikmat Islam; yang terbesar di antara segala nikmat.

Sebahagian dari para salaf bersumpah dengan nama Allah, bahawa: tiada seorangpun yang sangat merasa aman dari tercabutnya Islam dari dirinya, kecuali ia pasti tercabut. Oleh sebab itu, hendaklah terus-menerus memohon dan merendahkan hati kepada Allah SWT agar Allah mengurniakan husnul khatimah atau kesudahan yang baik kepada kita.

Disebutkan bahawa Iblis (laknat Allah atasnya) berkata: "Patah tulang punggungku kerana orang yang memohon husnul khatimah!" Aku berpendapat apabila seseorang berasa 'ujub (bangga) dengan amalannya, maka aku khuatir ia telah tergelincir.

Ya Allah, ya Tuhanku! Kami memohon dengan cahaya wajah-Mu yang mulia dan zat-Mu yang haq, agar Engkau kurniakan kepada kami husnul khatimah ketika mati. Juga bagi orang-orang yang kami cintai serta kaum Muslimin semuanya, wahai Yang Paling Pengasih dari sekalian pengasih!

"Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau beri petunjuk yang benar dan berilah kami rahmat. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi." (Ali Imran:8)

Kemudian berdoa: "Wahai Tuhan kami, penuhilah (dada kami) dengan kesabaran dan wafatkanlah kami sebagai orang-orang yang beriman.

Apa Itu Istidraj?




Apakah istidraj itu? Patutkah atau tidak kita jauhi istidraj? Inilah yang akan saya ulas dalam risalah ini. Tajuk ini adalah amat penting, terutama kepada anak-anak dan generasi muda kita agar tidak terkeliru dengan risalah ini. Pemikiran kebanyakan umat Islam di zaman moden ini nampaknya jelas kelihatan kian jauh menyimpang dari pemikiran seseorang Islam di zaman silam. Pemikiran manusia di zaman serba maju ini telah dihanyutkan oleh arus keadaan dan diselaputi oleh kebendaan.

Itulah sebabnya kita lihat masyarakat pada hari ini berbeza dengan masyarakat dahulu. Bagaimana masyarakat pada hari ini? Mereka telah terpengaruh dengan apa yang ada dengan suasana sekelilingnya. Mereka tidak memandang jauh sepertimana orang-orang dahulu. Padahal orang dahulu tidak belajar tinggi sehingga ke universiti. Kita sekarang cerdik, ada ijazah, ada PhD dan macam-macam, tapi bodoh.

Manusia tersebut telah tertipu dengan kekuasaan, pangkat, kebesaran dan kekayaan yang diperolehi. Lantas mereka tidak faham lagi dengan nikmat Allah. Jika dia berkuasa, dia gunakan kekuasaannya untuk menindas orang-orang bawahannya kerana dia tidak tahu menggunakan nikmat kekuasaan yang ada padanya. Dia tidak faham tentang nikmat dan rahmat Allah S.W.T.

Kuasa Dan Kekayaan Untuk Maksiat

Kalau dia ada kebesaran, dia menzalimi orang dibawahnya. Kekayaan yang ada padanya digunakan bukan untuk kebaikan dirinya dan orang lain, tetapi untuk berbuat maksiat kepada Allah S.W.T. Manusia golongan ini telah terkeliru dengan fahaman mereka sendiri. Mereka tidak faham dan tidak dapat membezakan nikmat pemberian Allah kepada hambaNya yang setia dengan hambaNya yang derhaka.

Saya pernah ditanya oleh seorang mahasiswa, “Ustaz, betulkah atau tidak, saya dengar ustaz bersyarah, ulama’-ulama’ kalau bersyarah menyatakan bahawa barangsiapa yang mahu mendapatkan kebahagian di dunia dan di akhirat hendaklah mengikut jejak langkah Rasulullah S.A.W dan berpegang teguh kepada agama Islam. Betulkah ustaz?” Saya jawab, “Betul.” “Minta maaf ustaz, saya tidak percaya, sebab apa yang saya lihat realitinya tidak begitu. Orang-orang yang mengikut jejak langkah Rasulullah inilah yang teruk.”

Dia kemudian menyebutkan beberapa contoh, “Mak dan ayah saya, bukan sahaja sembahyang sehari semalam lima waktu, tapi tengah malam pun bangun sembahyang tahajjud. Rumah kami roboh juga. Puasa bukan sahaja puasa Ramadhan, Isnin mereka puasa, Khamis pun mereka berpuasa. Tapi kami makan sebulan sekali daging pun susah. Ayah saya, orang belum azan sudah pergi ke masjid. Begitu azab mak dan ayah saya yang berpegang teguh kepada agama.”

“Tapi, bapa saudara saya (adik mak saya), tak pernah sembahyang seumur hidupnya. Rumahnya rumah batu. Puasa pun tidak pernah. Kalau kita tanya, pakcik tak ingat mati? Bukan saya seorang sahaja yang mati, katanya. Kalau masuk neraka pun ramai juga orang lain yang masuk. Dia hidup kaya, hidup mewah, kita yang sembahyang ni, hidup susah.”

Sebenarnya, hendaklah kamu tahu tentang nikmat-nikmat Allah yang telah dikurniakan kepada makhluk-makhlukNya. Pemberian nikmat Allah kepada hambaNya yang setia (yang dikasihiNya) ialah pemberian yang diredhaiNya, tetapi pemberian nikmat Allah kepada manusia yang melakukan maksiat dan kejahatan adalah pemberian yang tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan ISTIDRAJ.

Pemberian yang redha ini seperti pemberian ayah kepada anaknya. Ketika si ayah hendak sembahyang, tiba-tiba lalu si penjual aiskrim. Si anak merengek minta dibelikan. Si ayah pun membelikannya kerana tidak mahu anaknya mengacau dia sembahyang. Dengan senyum mesra diberikannya aiskrim itu dengan layanan yang baik. “Makan baik baik nak, jangan bising-bising, ayah nak sembahyang.”

Kemudian, baru saja nak sembahyang, si anak menjerit-jerit minta tambah aiskrim lagi. Si ayah naik darah. Dengan perasaan marah, dibelikan juga aiskrim tersebut kerana takut sembahyangnya tidak khusyuk. Tetapi pemberiannya pada kali ini tidak disertai dengan kemesraan. Pemberian inilah yang dikatakan sebagai pemberian yang tidak redha.

Begitu juga Allah S.W.T. dengan kita. Kadang-kadang manusia mendapat nikmat yang diredhai Allah dan kadang-kadang tidak. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberi nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diIstidrajkan oleh Allah S.W.T.” (Riwayat At-Tibrani, Ahmad dan Baihaqi)

Akan tetapi manusia derhaka yang terkeliru dengan pemikirannya berpendapat bahawa dengan nikmat yang datang mencurah daripada Allah S.W.T kepadanya itu walaupun dia sentiasa melakukan maksiat, dia menyangka itu adalah bukti yang menunjukkan bahawa Allah kasih dan berserta dengan perbuatan maksiat mereka.

Manusia Istidraj? Manusia Yang Lupa Daratan

Walaupun dia membuat maksiat, tapi dia merasakan Allah menyayanginya. Manusia seperti ini kadang-kadang memandang hina kepada orang-orang yang suka beramal dan ke masjid. Apatah lagi orang yang selalu ke masjid itu hanya berselipar jepun atau berterompah kayu, sedangkan dia naik kereta jenis mewah.

“Alah, siang malam ke masjid, ke surau, tapi basikal buruk pun tak ada. Tengok aku. Aku nak ke kelab malam dengan kereta mewah. Walaupun aku tidak pernah sembahyang, tapi Allah sayangkan aku. Kalau kau sikit ibadat, tentu kau juga akan kaya macam aku.” Katanya sombong. Inilah jenis manusia yang tidak sedar akan dirinya sendiri. Dia melakukan maksiat pagi petang, siang malam, dia sangka Allah sayangkannya.

Maka mereka yang berpendapat sedemikian, baik mereka yang mengaku muslim, lebih-lebih lagi orang yang sudah nyata kafirnya, berterusanlah mereka menggunakan nikmat pemberian Allah yang berupa harta kekayaan, kebesaran, pangkat dan kuasa mereka untuk melakukan penindasan dan kezaliman serta maksiat (derhaka) kepada Allah yang berpanjangan.

Sesungguhnya mereka tidak faham dan tidak sedar sama sekali bahawa pemberian nikmat itu adalah istidraj daripada Allah. Dengan pemberian nikmat yang tidak diredhaiNya itu mereka akan lalai dari mengingati Allah. Akhirnya mereka akan menemui kehancuran dan kemusnahan.

Kadang-kadang Allah S.W.T memberikan manusia nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semut itu dengan dua sayapnya.” (Daripada kitab Nasa’ibul ‘Ibad)

Anai-anai misalnya, kalau tidak ada sayap selamatlah dirinya. Dia akan duduk diam di bawah daun atau merayap di celah-celah batu. Jika Allah hendak membinasakannya, Allah beri ia sayap. Anai-anai kalau sudah bersayap namanya akan berubah menjadi kelkatu. Otaknya menjadi otak kelkatu. Kelkatu, bila dapat nikmat dia cuba nak lawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, dia cuba hendak melawan Allah.

Pemimpin-pemimpin Yang Dilaknati Allah

Buktinya telah banyak kita lihat dan kita dengar. Berapa banyak pemimpin-peminpin yang dahulunya gagah dan sombong telah dilaknati Allah. Tidak kurang juga jumlahnya kerajaan yang besar lagi utuh telah pun hancur dan musnah.

Firaun yang gagah mengaku Tuhan, Namrud yang sombong membakar Nabi Allah Ibrahim, Qarun yang kaya, Tha’labah yang bakhil dan banyak lagi, semuanya telah musnah akibat kesombongan dan keangkuhan mereka!

Nikmat Allah yang diberikan kepada Firaun tidak terkira banyaknya. Bersin pun tidak pernah. Jangan kita ingat kita sihat Allah sayang kita. Firaun lagi sihat, tetapi dengan nikmat kesihatan itulah Allah binasakannya. Orang lain selalu sakit, tetapi Firaun tidak. Orang lain mati, sedangkan dia belum juga mati-mati hingga dia merasa besar diri, sombong dan takbur. Akhirnya dia mengaku dirinya Tuhan.

Namrud begitu sombong dengan Allah hingga membakar Nabi Ibrahim. Berapa besar pangkat Namrud? Bagaimana dia menemui ajalnya? Kematiannya hanya disebabkan oleh seekor nyamuk yang masuk ke lubang telinganya!

Tidak ada seorang pun manusia pada hari ini yang sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya saja 40 ekor unta membawanya. Akhirnya Allah tenggelamkan hartanya dengan dirinya sekaligus. Hingga kini harta itu tidak timbul-timbul. Harta Qarun itulah yang kita cari-cari sehingga lupa sembahyang! Kalau kita kaya, kita sangka Allah sayang. Qarun lagi kaya, akhirnya Allah jahanamkan harta kekayaannya dengan dirinya sekali.

Di mana dan bagaimanakah keadaan mereka itu sekarang? Tanyalah pada tanah! Tanah yang mereka pijak semasa mereka diistidrajkan oleh Allah yang akan memberikan jawapan.

Kita baru naik kereta sudah sombong. Rasulullah S.A.W naik ke langit pun tidak sombong. Kita kalau berjumpa dengan orang besar sikit sudah sombong dan merasa bangga. Kalau menteri senyum kepadanya dia merasa bangga. Rasulullah S.A.W berjumpa dengan Allah S.W.T di langit, tetapi baginda tidak pun sombong. Kejadian seperti ini akan terus berlaku sepanjang zaman. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, “Sunnah Allah tidak pernah berubah atau bertukar.”

Apabila kita tinjau semua ini, akan hilanglah segala persoalan yang tidak terjawab dan yang menjadi keraguan selama ini yang sentiasa mengganggu fikiran kita. Mengapa orang-orang kafir kaya raya? Mengapa orang-orang yang sentiasa membuat maksiat hidup mewah? Tidakkah kita hairan mengapa orang-orang yang selalu ke masjid hanya berbasikal buruk? Yang ke kelab malam naik kereta mewah?

Cara Untuk Menentukan Nikmat Yang Diredhai Allah

Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu. Adakah pemberian itu diredhai Allah atau tidak? Caranya ialah hendaklah dia sentiasa mengkaji dengan teliti nikmat yang diterimanya itu dan bagaimana serta ke mana digunakannya?

Seseorang yang menerima segala nikmat itu akan terus mengsyukuri Allah. Dia akan menggunakan pemberian itu ke jalan kebaikan dan selain dari itu, dia sentiasa redha mengabdikan dirinya kepada Allah. Maka dengan limpah kurnia yang diperolehinya itu adalah pemberian yang diredhai Allah.

Pemberian yang diredhai Allah akan membuatkan seseorang itu ikhlas apabila bersedekah. Apabila dia melihat orang membawa list derma, dia lantas memanggil orang tersebut walaupun dia hanya ada wang 50 sen ketika itu. “Ini sedekah saya. Maaflah, hanya 50 sen”, katanya.

Akan tetapi pemberian yang tidak diredhai Allah akan membuatkan orang yang menerimanya enggan bersedekah atau berbuat kebajikan dengan ikhlas. Dia ada wang RM500 dalam sakunya. Ketika orang minta derma dia menyatakan dia tiada wang. Maknanya wang yang ada dalam sakunya adalah wang istidraj.

Pada ketika setelah itu, lalu seorang gadis cantik yang menjual tiket “pertunjukan amal”. Belum pun sempat gadis itu menawarkannya, dia pula yang memanggilnya terlebih dahulu. Dia pun membeli tiket untuk pertunjukan amal itu.

Pertunjukan amal? Ini juga satu kekeliruan bagi kita. Kita sering tertipu dengan label “amal” ini. Kadang-kadang pada waktu Maghrib, lalu sebuah van yang riuh rendah dengan muzik dan memberi pengumuman. “Tuan-tuan, silalah datang ke taman hiburan, kita akan mengadakan pertunjukan amal.” Ada ibu bapa yang terpengaruh lalu pergi dengan membawa keluarga. Pasal pertunjukan amal, dia ingat dapat pahala.

Inilah cakap-cakap yang mesti kita jaga. Begitu juga dengan orang yang bersyarah. Kita mesti tengok betul gerak-geri orang yang bersyarah tersebut. Ke mana pensyarah tersebut hendak membawa kita. Sebab kadang-kadang banyak kekeliruan dalam syarahan-syarahan.

Ada pensyarah yang berkata, “Kita sekarang hendaklah sesuaikan Islam dengan zaman.” Nampak jelas di sini otak kita hendak dikelirukannya. Hendaklah kita sedar, Islam itu tidak boleh disesuaikan dengan zaman, tetapi zaman itulah yang mesti disesuaikan dengan Islam.

Kalaulah Islam hendak disesuaikan dengan zaman, maka zaman orang bertelanjang, Islam sesuai dengan orang yang bertelanjang, zaman orang merompak, Islam mesti sesuai dengan perompak. Tidak boleh Islam disesuaikan dengan zaman. Islam tidak boleh tunduk kepada zaman, tetapi zaman itulah yang mesti tunduk dengan Islam.

Tidak beberapa lama dahulu, saya berjumpa dengan seorang ulama’. Ditanya tentang loteri, dia kata haram. Habis, bagaimana kalau kita hendak membantu orang, macam loteri kebajikan? “Halal.” Katanya.

Loteri haram, dibalut dengan label kebajikan jadi halal. Inilah kata-kata yang mengelirukan kita. Kiranya di samping seseorang yang menerima segala nikmat Allah, maka bertambah pula maksiat dan derhakanya kepada Allah, maka jelaslah segala kemudahan dan kemewahan yang diperolehinya itu adalah istidraj, iaitu pemberian nikmat yang tidak diredhai Allah S.W.T.

Namun, jangan pula apabila ada orang kaya datang ke masjid dengan kereta besar kita katakan istidraj. Orang naik pangkat istidraj atau orang-orang besar istidraj. Jangan! Orang-orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan, untuk mengabdikan dirinya kepada Allah, itu bukan istidraj namanya.

Bukan bermakna kita tidak boleh kaya. Kaya tidak salah di sisi Islam, tetapi masuk ke syurga agak lambat sedikit. Ibarat orang dari Singapura hendak masuk ke Johor. Orang yang membawa barang yang banyak akan diperiksa oleh kastam. Makin banyak barangnya, makin lama pemeriksaan, makin lambat dia masuk ke Johor. Orang yang tidak membawa barang akan lepas dengan mudah memasuki Johor.

Inilah yang sangat-sangat kita takuti dalam hidup ini dan kehidupan kita di dunia ini. Sebab itulah umat Islam di zaman Rasulullah S.A.W sentiasa merintih di hati sanubari sambil berkata, “RedhaMu yang selalu kami rindukan dan marahMu yang sangat kami takuti Tuhan. Lebih baik kami hidup miskin asal dalam redhaMu, kami tak ingin kepada kekayaan di dalam marahMu.”

Inilah sajak yang penuh makna. Apakah maknanya? Hidup kita di dunia mesti ada target, mesti ada pedoman. Jangan hidup kita seperti kumbang di tengah kolam, ditiup angin ke tepi ia ke tepi, ditiup ke tengah ia ke tengah. Tidak ada pegangan langsung. Kita kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada target atau matlamat atau tujuan. Tujuan hidup kita di dunia ialah mencari keredhaan Allah S.W.T, baru kita selamat. Bukan kaya yang kita cari dan bukan juga miskin yang kita cari!

Kalau target kita hanya untuk kaya, akan jahanamlah diri kita. Jika ada kesempatan untuk kaya, kita lihat dulu. Kalau ada keredhaan Allah, barulah kita ambil. Kalau tidak, lebih baik kita miskin. Bukan tujuan kita untuk menjadi miskin, tetapi hendak mencari keredhaan Allah. Kalau hidup miskin ada keredhaan Allah, maka kita pilih miskin. Kalau mahu menjadi kaya dengan keredhaan Allah, katakan aku tidak mahu kekayaan tanpa keredhaanMu.

Bila hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan di akhirat. Wallahua’lam.

PESANAN NABI SEBELUM TIDUR

pesanan Nabi sebelum tidur...1 mnit shj...

Sekadar ingat mengingati...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah,Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.


( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirullahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum
wa atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallahi Walhamdulillaahi
walaailaaha
illallahu Allahu akbar(3 x )


Sekian untuk ingatan kita bersama.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orag yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

MELIHAT WAJAH ALLAH DI SYURGA




Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Setiap yang berbuat dosa pasti akan dibalas siksaan neraka. Setiap yang berbuat baik dan taat pada Allah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga. Di sini aku ingin berkongsi sebuah kisah yang amat membuatkan hati aku bergetar hingga menitis air mata kerana menginginkan kenikmatan ini. Ya, siapa yang tidak mahu melihat Allah, tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah, jin dari api dan malaikat dari cahaya, tuhan yang berdiri dengan sendirinya.

Dari Abu Hurairah R.A, para manusia bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, apakah kita semua dapat melihat Allah pada hari kiamat nanti?” Nabi menjawab, “Apakah kamu ragu-ragu dapat melihat bulan pada waktu purnama, melihat matahari apabila tidak dilindungi awan?” Mereka menjawab, “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya kamu semua akan melihat Allah sebagaimana kamu jelas melihat bulan purnama dan matahari yang tidak dilindungi awan”.

Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril, “Hai Jibril pernahkah kamu melihat Allah?” Jawab Jibril, “Bahawa di antara aku dan Allah ada 79 hijab yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Allah ada 71 lapisan hijab dari cahaya. Bila terbuka hijab yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya.”

Dari sini kita dapat lihat amat mustahil untuk melihat wajah Allah di dunia ini. Nabi Musa A.S pernah meminta kepada Allah untuk melihatNya. Tetapi baru sahaja Allah menunjukkan diri kepada gunung, gunung itu bergegar dan hancur sehingga Musa jatuh pengsan. Ini membuktikan gunung yang kuat lagi kukuh akan hancur bila Allah menunjukkan diriNya, inikan pula manusia yang lemah.

Diriwayatkan setelah para penghuni syurga selesai menikmati susana paling indah dan berbeza pada hari pertama di syurga, lalu mereka dipakaikan dengan pakaian yg serba indah yang dihadiahkan oleh Allah. Setelah itu Allah memerintahkan malaikat Jibril menghantar bau-bauan harum untuk para tetamu yang tidak terbilang ramainya itu. Kemudian muncul pula burung ajaib yang rupanya terlalu cantik terbang di udara taman syurga.

Burung ajaib itu mengembangkan sayapnya maka terperciklah bau-bauan harum semerbak merenjis pada tubuh dan pakaian ahli syurga. Maka bertambah harum dan nyaman susana waktu itu. Tercengang para penghuni syurga melihat keajaiban yang berlaku. Ia sebagai balasan kepada janji Allah untuk orang yang beriman.

Seketika kemudian terdengar satu suara yang paling ganjil dan menakjubkan memenuhi ruang taman syurga yang luas. Suara itu merupakan kalimah dari Allah S.W.T sendiri yang pertama kali didengar oleh manusia. Firman Allah, “Apakah lagi permintaan kamu kepada Aku wahai hamba-hambaKu? Mintalah kepada Aku dan Aku akan memenuhi kehendak kamu semuanya”.

Semua penghuni syurga ketika itu tergamam, terdiam, tercengang dan terperanjat apabila mendengar kalimah dari Allah. Ia suatu nikmat yang paling berharga. Kemudian seluruh manusia yang memenuhi ruang taman syurga itu berkata, “Wahai tuhan kami, sesungguhnya Engkau telah sempurnakan janjiMu tentang kenikmatan yang akan Engkau anugerahkan ke atas hamba-hambaMu yang mengsyukuri setiap nikmat di dunia dahulu. Demikian pun wahai tuhan kami, izinkanlah kami untuk melihat wajahMu di hari akhirat yang telah Engkau janjikan ini”.

Seketika kemudian secara tiba-tiba, muncullah sebuah mimbar yang amat ajaib di taman syurga. Lalu muncul malaikat Jibril membimbing tangan Nabi Musa naik ke atas mimbar yang indah itu untuk membacakan kitab Taurat supaya dapat dihayati oleh seluruh umat manusia di dalam syurga. Selesai membaca kitab Taurat dengan bacaan yang lembut itu, maka Jibril menjemput pula Nabi Isa memperdengarkan bacaan kitab Injil yang pernah diturunkan Allah kepada beliau.

Kemudian Jibril mempersilakan Nabi Daud membacakan kitab suci Zabur dan beliau membaca dengan suara yang enak sekali didengar. Selesai kitab Zabur dibacakan, Jibril akhirnya menjemput junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ke atas mimbar untuk membacakan kitab suci Al-Quran. Rasulullah membaca dengan suara yang paling merdu dan lembut serta tak pernah didengari oleh sesiapa pun sewaktu di dunia dahulu sehinggakan semua penghuni syurga terpegun.

Setelah selesai pembacaan keempat-empat kitab suci yang pernah diturunkan kepada umat manusia di dunia dahulu, maka terangkatlah suatu hijab (halangan) di langit syurga ketika itu. Apabila terbuka sahaja hijab itu, maka keluarlah angin yang lembut bersama sejenis bauan yang sangat harum dan menakjubkan. Sekalian manusia di syurga berasa terkejut melihat suatu kejadian paling ajaib yang tak pernah terfikir oleh akal.

Kemudian terbuka lagi sebuah hijab yang lebih besar iaitu hijab yang menghalang setiap makhluk melihat wajah Allah S.W.T. Di sinilah saat paling nikmat dan paling berharga bagi setiap penghuni syurga kerana di sinilah tempat pertemuan yang sebenarnya antara manusia dengan Allah. Allah lalu memberi salam kepada sekalian manusia dan seluruh manusia menyambut salam dengan rasa nikmat dan syukur tak terperi.

Berkatalah seluruh manusia kepada Allah yang Maha Pencipta, yang Maha Berkuasa, yang Maha Pengasih dan Penyayang, “Wahai tuhan kami, izinkanlah kami sujud kepadaMu hari ini”. Allah lalu berfirman, “Wahai hamba-hambaKu, hari ini bukanlah merupakan suatu hari untuk kamu semua rukuk dan sujud kepadaKu. Tetapi hari ini adalah hari pembalasan nikmat untuk kamu semua. Sesungguhnya wahai hamba-hambaKu, syurga bukanlah tempat kamu semua berbuat ibadat, tetapi ia merupakan tempat mulia untuk kamu merasa kesenangan nikmat yang berkekalan. Walaupun begitu, demi keagunganKu, Aku izinkan kamu semua sujud sekali kepadaKu pada hari ini”.

Dari Shuhaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila ahli syurga telah masuk ke syurga, Allah berfirman, “Apakah kalian ingin tambahan sesuatu dariKu?” Kata mereka, “Bukankah Engkau telah memutihkan wajah kami? Bukankah Engkau telah memasukkan kami ke dalam syurga dan menyelamatkan kami dari api neraka?” Lalu Allah membuka hijabNya, maka tidak ada pemberian yang paling mereka cintai melainkan melihat wajah Allah Azza wa Jalla. Kemudian Rasulullah S.A.W membaca ayat ini, “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” [Yunus: 26]

Melihat Allah S.W.T merupakan kenikmatan yang paling dicintai bagi penghuni syurga. Selain itu, keistimewaan syurga Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

Menghina Sesama Manusia




Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.”

Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi

Huraian:

Memperli, memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.
Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Justeru, apabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat besar di akhirat kelak.

FITNAH DAJJAL YANG MEMBIMBANGKAN




Tidak ada siapa yang mengingkari bahawa fitnah Dajjal adalah fitnah besar sepanjang perjalanan hidup Bani Adam di atas dunia ini sampai pada hari kiamat.

Tidak ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah, masuk akal ataupun tidak. Kerana mereka menyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah s.a.w., sepanjang riwayatnya sahih, merupakan berita wahyu dari Allah SWT. Dan segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah yang berkait dengan Dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang diperbuatnya, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang akan membunuhnya dan sebagainya. Bagi orang yang beriman bukanlah sebuah khurafat dan tahayul yang menjajah akal serta hati mereka.

Bukan pula sebuah keanehan bagi Allah SWT untuk menjadikan keluarbiasaan pada diri Dajjal. Dan ini tidak akan mengurangi kemuliaan Allah SWT sedikit pun. Mereka menjadikan segala yang terkait dengan Dajjal sebagai perkara yang akan menambah dan mengukuhkan keimanan mereka terhadap kekuasaan Allah SWT serta kebenaran berita Rasulullah. Mereka akan menjadikan segala yang berkait dengan Dajjal sebagai ujian yang datang dari Allah SWT untuk menambah kebajikan mereka di atas kebajikan. Tidak ada ucapan yang keluar dari orang-orang yang beriman melainkan: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu dari sisi Rabb kami." (Ali 'Imran: 7) "Kami mendengar dan kami patuh." (Al-Baqarah :285).

Dajjal sebagai Tanda Hari Kiamat
Munculnya Dajjal merupakan salah satu tanda hari kiamat kubra (tanda-tanda yang besar). Ertinya, tanda-tanda yang muncul mendekati hari kiamat dan bukan tanda yang biasa terjadi. Seperti munculnya Dajjal, turunnya Nabi Isa, munculnya yakjuj dan Makjuj, serta terbitnya matahari dari sebelah barat.
Rasulullah s.a.w. telah memberitakan akan munculnya Dajjal di dalam banyak hadis. Di antaranya yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim r.a. (no.5228) dari An-Nawwas bin Sam'an r.a.:
"Rasulullah s.a.w. berkisah tentang Dajjal pada pagi hari dan beliau mengangkat dan merendahkan suaranya seakan-akan kami menyangka dia (Dajjal) berada di sebahagian pohon kurma. Lalu kami berpaling dari sisi Rasulullah. Kemudian kami kembali kepada beliau dan beliau mengetahui hal ini, lalu beliau berkata: 'Ada apa dengan kalian?' Kami berkata: 'Ya Rasulullah , engkau bercerita tentang Dajjal pada pagi hari dan engkau mengangkat serta merendahkan suara, sehingga kami menyangka bahawa dia berada di antara pepohonan kurma.' Rasulullah lantas bersabda: 'Bukan Dajjal yang aku khuatirkan atas kalian. Dan jika dia keluar dan aku berada di tengah kalian maka akulah yang akan menyelesaikan urusannya. Dan jika dia keluar dan aku tidak berada di tengah kalian, maka setiap orang menyelesaikan urusannya masing-masing'."
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dalam Kitabul Fitan (no.4045) dari Hudzaifah bin Usaid Abu Suraihah: "Kami sedang duduk-duduk berbincang di bayang-bayang salah satu kamar Rasulullah. Kami berbincang tentang hari kiamat, dan suara kami pun menjadi meninggi. Lalu beliau bersabda: 'Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga muncul sepuluh tanda iaitu terbitnya matahari dari sebelah barat, munculnya Dajjal, munculnya asap, keluarnya binatang, munculnya yakjuj dan makjuj, turunnya Isa putera Maryam, dan tiga khusuf (terbenam ke dalam bumi), satu di timur, satu di barat, satu di Jazirah Arab, dan api yang keluar dari arah Yaman dari dataran terendah 'Adn yang menggiring manusia ke tempat mahsyar'."
Berita tentang munculnya Dajjal dari Rasulullah yang wajib diimani dengan sifat-sifat yang telah disebutkan dengan terang dan jelas yang tidak memerlukan penakwilan apa pun, di antaranya: Dia dari Bani Adam, Laki-laki, Pemuda, Pendek, Berkulit merah, Lehernya lebar, Matanya buta sebelah kanan, tertulis di antara dua matanya yang bermakna kafir, tidak berketurunan, pada mata sebelah kiri terdapat daging tumbuh.
Sifat-sifat di atas disebutkan di dalam banyak hadis baik dalam Ash-Shahihain (Al-Bukhari dan Muslim) atau selain keduanya.

Fitnah Dajjal
Tidak ada yang mengingkari bahawa fitnah Dajjal adalah fitnah besar sepanjang perjalanan hidup Bani Adam di atas dunia ini sampai pada hari kiamat. Hal ini disebabkan berbagai bentuk keanehan yang diciptakan Allah SWT yang boleh diperbuat oleh Dajjal tersebut, sebagaimana dijelaskan dalam banyak riwayat. Dua fitnah yang sesungguhnya dibawa oleh Dajjal untuk merekrut pengikut itulah fitnah syahwat dan fitnah subahat. Di bawah ini akan dijelaskan beberapa fitnah besar Dajjal terhadap umat Islam.

1.Bersama Dajjal ada syurga dan neraka. Diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dalam sahih-nya (no.2934) dari sahabat Hudzaifah bin Al-Yaman, dia berkata: Rasulullah bersabda: "Dajjal adalah buta sebelah kiri, sangat kerinting rambutnya, dan bersamanya syurga dan neraka. Namun nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka."

2.Bersamanya ada sungai-sungai yan penuh air. Diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim (no.2934) daripada sahabat Hudzaifah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku mengetahui apa yang menyertai Dajjal. Iaitu,bersamanya ada dua sungai yang mengalir. Dengan penglihatan mata, salah satunya adalah air yang putih dan yang lain api yang berkobar. Maka barang siapa menjumpai yang demikian hendaklah dia mendatangi sungai yang dia lihat sebagai api dan pejamkan matanya kemudian tundukkan kepala dan minumlah darinya.

27 April 2011

Tip Meneguhkan Iman




*Bersyukur apabila dapat nikmat.
*Sabar apabila dapat kesulitan.
*Bertawakal apabila mempunyai perencanaan.
*Ikhlas dalam segala amal perbuatan.
*Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan.
*Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan.
*Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan.
*Jangan hasad dan iri hati atas kejayaan orang lain.
*Jangan sombong sekiranya memperolehi kejayaan.
*Jangan tamak kepada harta.
*Jangan goyah dengan fitnah.
*Jauhkan diri daripada dosa-dosa yang besar.
*Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil.
*Banyak berkunjung ke rumah Allah.
*Lakukan solat fardu pada awal waktu dan berjemaah di masjid.
*Perbanyakkan zikir dan doa pada Allah.
*Jangan rasa takut kecuali hanya pada Allah.
*Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan.
*Bersatu padulah kerana Allah dan berpisahlah hanya kerana-Nya.

26 April 2011

Kesaksian Diri




Kesaksian Diri - Opick

tak satupun orang bisa menjamin dirinya
selamat di saat ajal memanggilnya
setitik kesalahan semua akan diperhitungkan
semisal buih dosa telah kita kerjakan

setiap mata, hati , tangan, kaki, akan jadi saksi
tiada dusta diri yg tak terhakimi
luka sepi air mata tak berarti lagi
akan terlambat segala sesal di waktu nanti

Allah mohon, jangan hukum kami dari dosa
ampuni kami karena tak mungkin
kami sanggup menahan pedih
setitik Rahmat yg Kau beri
lebih berarti dari segalanya

setitik ampunanMu kan menghapus dosa kami
karena mata, hati, tangan, kaki, akan jadi saksi
tiada dusta diri yang tak terhakimi
luka sepi air mata tak ebrarti lagi
akan terlambat segala sesal di waktu nanti

Amalan Terbalik




Pernahkah anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, pakai kain batik atau biasa-biasa saja. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Tip Menutup Aurat




Menutup aurat adalah perintah daripada Allah SWT. Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki, namun perintahNya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki.
Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.
Di bawah disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yang prihatin dengan penampilannya di hadapan ajnabi.

1.Tahu. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum-hakam berkenaan aurat dan sebagainya.

2.Sedar
bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin.Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3.Syiar. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4.Fungsi Cermin. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat?" Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.

5.Asingkan pakaian kepada dua kriteria;
sesuai atau tidak sesuai dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya, masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian di dalam bilik atau di hadapan suami.

6.Malu. Wanita yang tidak biasa mendedah aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7.Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.

8.Eksklusif. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu, usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma, jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9.Banyak manfaat. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar dengan lebih selamat. Mereka tidak perlu risaukan mata liar yang memandang, tidak perlu ambil kisah gaya rambut, tidak perlu berhabis duit untuk aksesori dan sebagainya.

25 April 2011

Makhluk-Makhluk yang Takkabur Dalam Al-Quran


Syaitan, Firaun, Namrud, Yahudi adalah antara ikon takkabur menolak kebenaran dalam keadaan mereka tahu ianya satu kebenaran.

  • Apakah iblis tidak tahu kelebihan Adam setelah melihat kelebihannya yang mengetahui nama-nama benda (asma'a kullaha)?
  • Bukankah yahudi lebih mengenal Nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada mereka mengenal anak-anak mereka (Yakrifunahu kama yakrifuna abna'ahum)?
  • Lihat pula bagaimana namrud yang sudah kalah dalam berhujah dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi masih enggan menerima kebenaran dan terus berkeras menegakkan benang yang basah!
  • Dalam Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf, Prof. Dr. K. H. Muhibbuddin Waly mencatatkan mengenai firaun: "Firaun yang sihat sepanjang 400 tahun berasa hairan terhadap dirinya sendiri. Keadaan ini kemudiannya membuahkan rasa takabur hingga sanggup mengakui dirinya sebagai tuhan yang maha tinggi."
  • Begitu juga Qarun yang dirosakkan oleh potensi hartanya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang Mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia, 'Hartaku lebih banyak daripada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat.'" (Surah Al-Kahfi 18:34)
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kami benamkan harta Qarun serta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)." (surah Al-Qasas 28:81)
  • Bal'am bin Baura, seorang ulama besar pada zamannya dihancurkan oleh ilmu dan amalannya. Allah menempelak Bal'am dan mereka yang seumpamanya menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka perumpamaannya seperti anjing, jika kamu menghalaunya dijulurkan lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia pun menjulurkan lidahnya juga." (surah Al-A'raf 7:176)
  • Kisah Haman terungkai dalam surah Ghafir ayat 24, firman Allah yang bermaksud: "Dan (juga) Qarun, Firaun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang yang luput (dari kehancuran itu)."
  • Terdapat satu surah khas yang didedikasi kepada Abu Lahab iaitu surah Al-Masad. Surah ini menceritakan tentang Abu Lahab dan isterinya yang menentang Rasul s.a.w. Kedua-duanya akan celaka dan masuk neraka. Hartanya tidak berguna untuk keselamatannya, demikian juga segala usahanya. Kisah Abu Lahab berakhir dengan azab seksa yang pedih.