10 May 2011

MEMILIH PEMIMPIN YANG JUJUR DAN BAIK



Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa diserahi pimpinan mengurus kepentingan kaum Muslimin, kemudian dia mengangkat seorang penguasa dengan sesuka hatinya, maka sesungguhnya dia akan dilaknat oleh Allah SWT dan amal perbuatannya tidak akan dipertimbangkan sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka jahannam." (HR. Al-Hakim)

     Orang tidak jujur dan amanah ialah mereka yang mensia-siakan tenaga yang mampu untuk kepentingan umum dan tidak memberi peluang kepada orang yang berkemampuan serta menghina mereka. Nabi s.a.w. telah menunjukkan bahawa sikap kerusakkan yang mungkin berlaku pada akhir zaman:

     "Seorang datang menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya: 'wahai Rasulullah, bilakah akan terjadi hari kiamat?' Bagindan menjawab: 'apabila kejujuran telah lenyap dan tidak ada orang yang dapat dipercayai, maka tunggulah saatnya kiamat!' orang itu bertanya lagi: 'Bagaimana perkara itu boleh lenyap?' Baginda menjawab: 'Apabila urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kiamat.'" (HR. Al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment