03 May 2011

Dari Mana Nak Ke Mana?





Ibu bapa boleh tanyakan soalan berikut kepada anak-anaknya. Guru pula boleh meminta pelajar-pelajarnya menulis jawapan masing-masing ke atas kertas. Sahabat handai boleh saling bersoal jawab. Tapi apa yang lebih penting ialah kita tanya diri sendiri. Berikut soalannya:

1.Di mana anda berada sekarang?
2.Apa yang anda sedang lakukan?
3.Ke mana anda akan pergi selepas ini?

Pasti jawapan yang akan diberikan oleh setiap individu  akan berbeza dengan individu yang lain. Perhatikan pula jawapan yang mungkin diberikan.

Kumpulan Pertama
1.Saya sedang duduk di atas sofa dalam rumah saya.
2.Saya sedang membaca buku sambil berbual dengan rakan saya.
3.Saya akan keluar membeli-belah di pasar raya berhampiran.

Kumpulan Kedua
1.Saya berada di sebuah planet hijau yang sesuai dihuni.
2.Saya sering melakukan yang terbaik demi mencapai cita-cita dan impian saya.
3.Nanti, saya harap saya akan berada pada satu kedudukan yang dihormati dalam masyarakat dengan pencapaian yang membanggakan.

Kumpulan Ketiga   
1.Saya berada di bumi Allah yang dipenuhi dengan nikmat dan ujian.
2.Saya sedang berusaha sedaya upaya menjadi hamba yang taat dan khalifah yang memakmurkan bumi Allah.
3.Saya akan menuju dunia akhirat yang kekal abadi.

Atau mungkin boleh tanyakan soalan ini juga. "Dari mana nak ke mana?"
Jawapan yang mungkin diberikan adalah seperti berikut:

1.Saya dari ofis dan nak balik rumah la ni.
2.Saya berasal dari tanah dan akan kembali ke tanah jua (alam kubur).
3.Saya datang dari Allah dan akan kembali kepada Allah.

Semua jawapan yang diberikan tiada salahnya. Semuanya betul mengikut perspektif masing-masing. Namun manusia takkan mungkin dapat memberikan jawapan yang ketiga. Jawapan yang ketiga dibimbing oleh wahyu melalui perantaraan Rasulullah s.a.w.. Jawapan ketiga hanya diberikan oleh manusia yag mempunyai tauhidic mindset. Anda bagaimana?

No comments:

Post a Comment