08 May 2011

Teguran Buat Yang Masih Bernyawa



"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia ubah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia menolak dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan kemungkaran.. Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib. Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”. Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Kemudian, tegur bukan sekali. Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?

1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.

Selagi tak berlaku salah satu dari empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AA pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan AB dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.

Ayuh, jangan cakap belakang sahaja. Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT. Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.

Firman Allah:
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 71)

No comments:

Post a Comment