28 September 2011

Lelaki Yang Ditarik Wanita Masuk Ke Neraka


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

31 August 2011

Fikir Baik Sangka Positif

Manusia hari ini SUKA bersangka-sangka..

Ada sangkaan BAIK..dan ada sangkaan BURUK..
...❤ Orang beribadah disangka riak
❤ Orang yang “relax” disangka malas
❤ Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
❤ Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud
❤ Orang makan banyak disangka pelahap
❤ Orang makan sikit disangka “diet”
❤ Orang baik disangka buruk

☼ Orang buruk disangka baik
☼ Orang senyum disangka mengejek
☼ Orang masam disangka merajuk
☼ Orang bermuzakarah disangka mengumpat
☼ Orang diam disangka menyendiri
☼ Orang menawan disangka pakai susuk
☼ Orang nampak ceria disangka membela

Mana tahu..
••► Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu..
••► Yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu..
••► Yang masam itu kerana mengenangkan dosa-dosanya
Mana tahu..
••► Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu..
••► Yang ceria itu kerana cergas fikirannya & sentiasa mengingati Allah

p/s : Oleh itu jauhilah SIKAP suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah sesama manusia seperti musnahnya kayu dimakan api..satu perkara yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat...semuanya bergantung kepada bagaimana kita melihatnya...

*Dipetik dari sahabat (Mohammad Mahadzir bin Mokhtar)

27 August 2011

Tanda Kiamat Yang Belum Pernah Muncul


Banyak tanda-tanda kiamat yang sudah terjadi dan tidak ada lagi sekarang ini. Banyak juga yang masih bertahan sampai sekarang dan mungkin akan berkekalan sampai akhir zaman. Tanda-tanda kecil itu sudah kita lalui dan sudah kita saksikan bersama. Sekarang kita sedang menunggu munculnya tanda besar yang menandakan kiamat hampir tiba.

Sebagai keadilan langit, setiap fitnah atau kejahatan itu timbul datang lagi kebaikan menjernihkan keadaan. Ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang mengatakan: "Sekali dalam seratus tahun Allah mengutus orang yang akan membaiki keadaan umat ini atau memperbaharui agama Islam."

Setiap muncul tanda-tanda kecil hari kiamat, iaitu dengan meluasnya kejahatan, muncul lagi keadaan yang menenteramkan keadaan sehingga umat ini merasa tenang.

Setelah munculnya tnada-tanda kecil hari kiamat, yakni ada yang sudah hilang dan ada yang masih berkekalan dan muncul lagi tanda-tanda kecil lainnya, maka sampailah manusia melihat munculnya tanda besar, iaitu dengan munculnya Imam Mahdi. Apabila Imam Mahdi sudah turun, tidak lama lagi akan  terjadilah kiamat.

Imam Mahdi nanti akan mentadbir dunia ini sampai munculnya Dajjal yang membawa fitnah besar dan kerosakan. Fitnah dan keburukan yang dibawa oleh Dajjal adalah yang terburuk sepanjang sejarah. Dajjal akan berkuasa di dunia ini sampai turun Isa a.s. Nabi Isalah nanti yang akan membunuh Dajjal itu. Pada zaman pemerintahan Isa Al-Masih nanti orang kembali berduyun-duyun memasuki agama Allah. Nabi Isa a.s. akan memimpin dunia ini dengan sistem pemerintahan Islam yang adil dan bersih. Ketika itu masyarakat dunia dalam keadaan aman, tenteram dan makmur.

Dalam keadaan demikian, tiba-tiba masyarakat dunia digemparkan oleh Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj membawa banyak kerosakan dan ceritanya akan diterangkan dalam pembahasan khusus nanti. Yakjuj dan Makjuj itu tidak bertahan lama di dunia. mereka semua mati berkat doa Nabi Isa a.s. Setelah mereka mati, dunia kembali tenang dan makmur. Keadaan seperti itu tetap bertahan sehingga Nabi Isa a.s. wafat.

Sedang tanda-tanda besar lainnya berlain-lainan pendapat ulama tentang tertibnya, ertinya tidak pasti mana yang duluan datang. Tanda-tanda besar lainnya yang akan terjadi ialah hancurnya Ka'bah, keluarnya barang-barang simpanannya, terbit matahari dari tempat terbenamnya, keluar binatang dari bumi, keluar asap, datang angin mencabut roh orang-orang mukmin, diangkat al-Quran ke langit, dan terakhir ada api yang akan menghalau manusia ke tempat perkumpulan mereka (Negeri Syam). Kemudian mulalah ditiupkan sangkakala, sangkakala untuk mengejutkan, sangkakala untuk mematikan dan yang terakhir sangkakala untuk membangkitkan manusia dari kubur.

25 August 2011

Ya Allah...


‎_________1¶¶¶¶¶§¶¶1_____________________
________¶¶¶¶§§§§§¶¶§____________________
_______¶¶§§§§§§§§§¶¶§___________________
_______1¶¶§§§§§§§§§¶¶1~Ya Allah…
________¶¶§§§§§§§§§§¶¶¶~~ Ampunilah daku dan sahabatku
_________¶¶§§§§§§§§§§¶1~~dan masukkanlah kami kedalam
__________¶¶§§§§§§§§¶¶§~~rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan
___________¶¶§§§§§§§¶¶¶~yang maha penyayang...
____________¶§§§§§§¶¶~ Ya Allah… Lindunglah sahabat2ku
____________¶§§§§§§¶_________________¶1_
_________1¶¶§§§§§§§¶§_______________§¶¶_
________§¶¶¶§§§§§§§¶¶_____________¶¶¶¶1_=AMIN......
_______¶¶§§§§§§§§§§§¶¶__________1¶¶¶¶___
______¶¶§§§§§§§§§§§§§¶1______§¶¶¶¶¶¶____=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§¶§_____¶¶¶§¶§¶1____
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶¶§1§¶¶§§§§¶§_____=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶§§§§¶¶§______
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶__________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1___________
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶§_____________=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§¶1________________
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶________________=AMIN......
_____¶§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶_______________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶1_____________=AMIN......
____§¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶1__________
____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_______=AMIN......
_____¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1____
______¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶¶¶1_=AMIN......
_____1¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶¶1
____¶¶¶¶§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§§¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶§¶§§§§§§§§§§§¶§
_1¶1_____________11111111§§§§§§§§§§§§§1_
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
¦................AMIN YA ROBAL ALAMIN.................¦

________¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’..
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•♫♫•*

║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝Iman Itu Di Hati..

*Dipetik dari Sahabat FB (Oh Islam [Islam itu indah dan mudah]).

Kenapa Perempuan Cantik Pakai Tudung?



‎1. kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier nak tutup aurat...

2.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier jage maruah..diri. .dan keluarga...

3.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab.. sebab dier cantik..

4.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier x nak tunjuk kecantikan dier..kecuali pada yang berhak..

5.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier seorang yg pandai..pandai jaga diri...

6.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier anak solehah...

7.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier dengar ckp mak bapak dier..

8.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dier hormati orang lain..

9.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab takut apabile dier tak pakai tudung orang tgk dier cantik..dan ade niat yg tak baik..

10.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab tak nak diminati ramai lelaki sgt..

11.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab tak nak menyusahkan orang lain..

12.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dapat pahala..

13.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dapat menghindari maksiat..InsyaAllah ..

14.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab supaya dpt menjadi contoh pada perempuan lain..

15.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab supaya lelaki yg beriman je yg suker dier..

16.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab mendengar suruhan nabi...

17.kenape pompuan caantik pakai tudung... sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya.. jadi die tak nak sewenang2nya menunjuk kpd lelaki..kerana jika die menunjuk maknanya die dah tak bernilai kerana mahkota die telah dilhat oleh semua lelaki (kecuali keluarga)

18.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

19.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab patuh pada suami..

20.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab plg penting..die orang islam...

21.kenape pompuan cantik pakai tudung... sebab dalam Al-Quran suruh die pakai tudung..kalau orang Islam tp tak berpegang pd Al- Quran.. nak berpegang pd ape lg..??

22. kenapa pompuan canti pakai tudung... pasal korang mmg cantik laa kalau pakai tudung..orang lelaki mmg suka org pompuan yg pakai tudung...aku tahu sebab aku lelaki..

23.kenapa pompuan cantik pakai tudung.. pasai diorang tahu kalau tak pakai tudung diorang akan "syok sendiri" yang diorang tu lawa...rugi laa kalau camtu...pakailaa tudung wahai muslimah Islam..serius ni...

24. kenapa pompuan cantik pakai tudung.. pasai dia tak moo orang lelaki suka kat dia pasal nafsu semata2....mesti nak kat dia pasal agama dan akalnya yg baik....

*Artikel dari sahabat FB (Group Oh! Islam (Islam itu indah dan mudah)).

24 August 2011

Keberkatan Hadir Majlis Ilmu


Ramadan bukan saja terkenal sebagai bulan latihan, krsabaran (syahru al-sabr) dan berkat (syahru barakah), malah bulan ilmu. Ia memberi peluang kepada seseorang mendapat ganjaran dan pahala serta menjauhkan diri daripada perkara sia-sia.

Dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Imam Ghazali menjelaskan bahawa Abu Darda' berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hendaklah kamu menjadi orang berilmu. Jika tidak, jadilah orang yang memperlajari ilmu. Jika tidak, jadilah orang yang mendengar ilmu. Jangan kamu jadi golongan keempat (yang tidak termasuk dalam golongan itu). Hendaklah kamu tinggalkan perbuatan golongan keempat itu."

22 August 2011

Amalan Sunat Pada Hari Raya


1.Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah Quran, takbir, tasbih dan istighfar. Ini adalah senarai amalan yang sering diabaikan pada malam raya. Masjid dan surau lengang. Nak sari saf macam solat tarawih sudah tidak nampak lagi.

Kalau semasa Ramadan, masjib melimpah-ruah dengan para jemaah, kini mungkin hanya imam dan bilal sahaja. Tilawah Al-Quran juga diabaikan. Sebenarnya, menghidupkan malam raya dengan amal ibadat kini besar fadilatnya. Diriwayatkan satu sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharap pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekalian hati." [Riwayat Ibnu Majah]

2.Solat Isyak dan subuh berjemaah. Ini adalah sekurang-kurang kaedah bagi menghidupkan malam raya. Solat Isyak mungkin OK tapi solat Subuh kebanyakkanya KO. Masjid lengang juga waktu solat subuh tetapi penuh sesak ketika solat sunat Aidilfitri.

3.Mandi sunat hari raya, memakai baju yang elok dan memakai wangian. Alhamdulillah, bab ini tak ada masalah. Bahkan dua bulan sebelum raya lagi, ramai umat Islam sudah membeli kain untuk dijadikan baju raya. Bukan satu bahkan dua atau tiga pasang setiap seorang.

Mandi sunat hari raya waktunya sekitar awal pagi sebelum Subuh lagi. Kalau mandi sunat selepas solat Subuh tidak mengapa. Menjadi sunah Nabi s.a.w. untuk mandi pada hari raya.

Begitu jugalah digalakkan agar memotong kuku. Mungkin juga elok jika rambut yang panjang dipotong pendek (bagi lelaki).

4.Makan sedikit dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri. Maknanya elok diambil sedikit sarapan sebelum pergi ke tempat solat. Hikmahnya bagi menyatakan bahawa hari ini bukan untuk berpuasa tetapi hari untuk makan. Mengikut sunah Nabi s.a.w., Naginda makan beberapa biji tamar (kurma). Anas r.a. berkata: "Adalah Nabi s.a.w tidak beredar pada Hari Raya Fitri hinggalah Baginda makan beberapa biji tamar." [Riwayat Bukhari]

Bab ini pun tidak ada masalah. Cuma mungkin kurang sunnahnya apabila dimakan terlalu banyakdengan pelbagai jenis makanan. Ada ketupat, rendang, lemang, kuih-muih, laksa dan sebagainya.

5.Segera ke tempat solat untuk menanti solat sunat Aidilfitri. Seeloknya berjalan kaki ke tempat solat. Inilah yang sunah kerana ada disebut dalam riwayat Tirmidzi bahawa daripada sunah untuk keluar kepada hari raya dalam keadaan berjalan kaki.

Tapi tengok jugalah berapa jauh. Kalau satu atau dua kilometer bolehlah berjalan kaki, tetapi kalau sepuluh kilometer, fikir-fikirlah sendiri.

6.Menzahirkan kegembiraan, ziarah-menziarahi keluarga terdekat, kaum kerabat dan sahabat-handai. Dengan ini akan terjalinlah kemesraan dan mahabbah kasih sayang antara umat Islam. Malangnya amalan ini mungkinkurang sikit. Ramai juga yang terperangkap dengan program TV yang memang mengasyikkan.

Hari raya memang baik untuk ziarah, bahkan tuan rumah memang sentiasa menanti kerana konsep "rumah terbuka".

7.Banyak bersedekah. Yang wajibnya zakat fitrah tetapi kalau ada kemampuan, tak ada salahnya untuk bersedekah sunat. Mungkin inilah yang menjadi amalan tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak. Tak ada salahnya lagipun ia amalan sedekah yang dituntut. Kanak-kanak pula lagilah suka dan seronok apabila mendapat duit raya.

Sedekah juga digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Apabila ditanya tentang sedekah yang afdal, sabda Nabi s.a.w.: "Sedekah pada bulan Ramadan." [Riwayat Tirmidzi]

"Aku Muflis!"


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya." Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui." Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Kemungkaran Pada Hari Raya


1.Pakaian yang mendedahkan aurat.
-Dedah aurat ini hukumnya haram dalam Islam. Kebetulan pula hari raya ini berkumpul saudara-mara, sahabat handai, sepupu dan sebagainya di rumah, maka waktu inilah aurat agak terbuka.

2.Bersalam-salaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
-Kes sebegini selalu berlaku ketika hari raya. Mengikut hukum Islam, haram nak bersalam-salaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Kalau mahram tidak mengapa.
Mahram ini ialah muhrim dalam bahasa orang melayu. Mahram ialah orang yang tidak boleh berkahwin dengan seseorang. Contohnya A, seorang lelaki Mahramnya ialah ibu, nenek, ibu saudara atau kakak kandung. Kalau B pula, seorang wanita maka mahramnya ialah bapa, datuk, bapa saudara, adik atau bapa kandung.

Nabi s.a.w. tidak pernah menyentuh wanita yang bukan mahram Baginda. Hinggakan pada waktu  perjanjian atau baiah, Nabi s.a.w. hanya membuat perjanjian dengan suara sahaja bersama wanita, bukan dengan berjabat tangan atau “shake hand”.

Tetapi masa hari raya, bab salam ini kira borong sekali. Kawan sekelas, abang angkat, kakak angkat dan macam-macam hubungan yang tak mahram sudah jadi lain. Kalau nak salam juga, boleh tetapi biarlah berlapik dengan kain sebagai contoh.

3.Terlalu banyak makan minum.
-Memang hari raya hari yang tak boleh puasa. Maknanya kena makan. Tetapi walaupun Islam suruh makan, tetapi prinsip sederhana dalam makan hendaklah diutamakan. Banyak penyakit moden puncanya adalah terlebih makan.

4.Rumah terbuka, masjid tertutup.
-Memanglah majlis rumah terbuka amalan mulia. Sambil menjamu selera, dapat beramah mesra dan berkenalan dengan sanak-saudara. Yang tak baiknya, masjid pada hari raya sudah ditutup. Yang tinggal tok imam dengan bial sahaja. Bulan Ramadan meriah masjid, tup.... tup hari raya tutup pula.

5.Budaya terperap di rumah dengan menonton TV sahaja.
-Ini pun satu budaya yang kurang baik. Masa terbuang dan ziarah merapatkan silaturrahim pun berkurang.

*Jadi di hari raya sama2 kita merapat silaturrahim dan jauhkan kemungkaran agar terhindar dari dosa. Bersederhanalah dalam berhari raya agar tidak berlaku pembaziran. (^_^)

19 August 2011

Jangan Memperolok-olokkan Orang Lain...



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :" Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat." (Hadith riwayat Ahmad dan Tirmizi)

♥♥ Memperolok-olok, mengejek, menghina, memperleceh, memperlekeh, memanggil dengan gelaran yang memalukan, menyatakan kekurangan orang secara terang-terangan dan sebagainya adalah perbuatan yang sangat dilarang oleh Allah.

♥♥ Sesiapa yang mencaci orang lain sebenarnya dia mencaci dirinya sendiri. Sebaiknya selaku umat Islam kita hendaklah hidup saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan tolong-menolong. Aapabila mendengar celaan, kita sepatutnya bertindak menyembunyikan keburukan tersebut sekalipun seseorang yang dicela itu memang telah melakukan sesuatu dosa yang mengaibkan kerana kemungkinan orang itu telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah.

p/s : Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian ganjarannya adalah amat BESAR di akhirat kelak..

*dari sahabat FB ~Mohammad Mahadzir bin Mokhtar~

Renungan... Antara Kereta Sport Dan Al-Quran...


(luangkan masa baca sekejap, sgt menyentuh perasaan)

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan...

Satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima... Sungguh, bukan itu yg kuhajatkan..Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya...

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan. ..amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...Ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu untuk membelikannya..Sudahlah ayah, bukan al-Quran ni yang saya nak, katanya keras...al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...

Dia kemudiannya memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya..10 tahun berlalu, si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan. ..namun hatinya tersentuh... Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...

Sedang dia berkira-kira sendiri, telefonnya berdering... dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta..

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa, si anak pulang ke banglo ayahnya... memerhati kan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya... Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...

Perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek-beleknya dengan penuh keharuan...Tiba- tiba, jatuh sesuatu dari Al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu..Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya. ..Nyata sekali, di dalam sampul surat itu, terdapat resit pembelian kereta idamannya... dibeli pada hari konvokesyennya...Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..HADIAH TERISTIMEWA UNTUK PUTERA KESAYANGANKU...air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang..

Namun semuanya sudah terlambat.....................​...

p/s : Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati..............Wallahhual​lam~

16 August 2011

Apakah Kaitan Malam Lailatulqadar Dengan Nuzul Al-Quran?


Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT yang bermaksud:

     Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau
     dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada
     seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Allah, membawa segala perkara (yang
     ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit
     fajar! [Surah al-Qadr: 1-5]

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah s.a.w. telah menyebut empat orang daripada Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT menurunkan sesuatu yang lebih baik daripada amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadr, Ayat ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Artikel Dipetik Dari: Remeh-Temeh Tentang Puasa.

Doa... Sesungguhnya Allah Maha Pengampun


Do'a itu mempunyai beberapa etika, dan do'a adalah merupakan ibadah yang paling utama.

Pada sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Sunan At-Tirmidzi, yang sebahagian ulama' masih memperbincangkannya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Do'a adalah otaknya ibadah. [At-Tirmidzi]

Adapun riwayat yang benar adalah dengan lafaz: Do'a itu adalah ibadah. [Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi]

Apabila kamu melihat ada seorang yang selalu berdo'a kepada Allah, maka ketahuilah bahawa dia sedang menghadap Allah SWT dan dialah orang yang memiliki iman yang mendalam.

Salah seorang bercerita kepadaku, dia berkata: Saya dan keluargaku singgah pada sebuah negeri yang tandus dan tidak berpenduduk sehingga kami kehabisan air, lalu saya pun pergi mencari air pada lembah-lembah yang lain, tetapi saya tidak mendapatkannya sedikitpun. Lalu saya mencari-carinya ke arah kanan dan kiriku, tetapi saya tidak mendapatkan suatu apapun juga. Maka sayapun kembali kepada keluargaku, saya dapati anak-anakku hampir meninggal dunia kerana kehausan. Dia berkata: Lalu tiba-tiba saya teringat bahawa pada kekuasaan Dzat Yang Maha Hidup lagi Maha Mengatur semua urusan makhlukNya memiliki perbendaharaan langit dan bumi. Allah SWT juga telah memerintahkan kita untuk sentiasa berdo'a kepadaNya, seperti di dalam firmanNya: "...berdo'alah kepadaKu, nescaya Kuperkenankan bagimu..." [Ghafir: 60]

Dan Allah SWT berfirman: "Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesusahan apabila ia berdo'a kepadaNya..." [An-Naml: 62]

Pada ayat lain, Allah SWT juga berfirman: "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepadaKu..." [Al-Baqarah: 186]

Lelaki itu berkata: Semua usaha yang saya lakukan untuk mencari air di setiap lembah telah gagal, lalu saya pun bertayammum dan sembahyang dua raka'at., kemudia saya mengangkat kedua tanganku dan kedua mataku mengeluarka air mata serta saya juga merendahkan diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT. Dia berkata selanjutnya: Demi Allah, belum pun sempat aku meninggalkan tempatku, tiba-tiba awan menjadi pekat - padahal pada waktu itu tiada awan di langit - kemudian hujan pun turun di lembah tempat kami berada, sehingga kami puas minum dan Alhamdulillah kami dapat minum.

Sebenarnya hal ini tidak perlu kepada pembuktian, kerana Al-Quran, hadith dan atsar sangat banyak yang serupa dengan kisah ini. Di antaranya, ialah kisah seorang lelaki shalih yang keluar untuk berniaga, lalu datanglah seorang penjahat menghadangnya di tengah jalan, lalu dia berkata: "Tolong hantarkan saya di tempat itu." Maka dia mempercayai apa yang diucapkan oleh orang itu, lalu dia pun naik bersama-samanya di atas kenderaannya. Tiba-tiba si penjahat itu mengancam lelaki shalih itu dengan berkata: "Demi Allah, sekarang saya akan membunuhmu, atau berikan kepadaku semua harta yang ada padamu sekarang juga!" Lelaki ini berkata: "Demi Allah, saya memohon kepada anda (janganlah bunuh aku), kerana keluargaku tidak memiliki siapa-siapa selain aku." Penjahat itu mengatakan: "Saya sudah bersumpah untuk membunuhmu." Kerana kalau dia membiarkannya begitu sahaja dan hanya mengambil hartanya sahaja, maka lelaki itu akan memberitahu orang lain. Maka lelaki itu berkata: "Kalau begitu, perkenankan saya untuk melakukan sembahyang dua  raka'at!" Dia berkata: "Silakan, sembahyanglah, tetapi cepat sedikit." Lelaki itu berkata: "Lalu saya berdiri dan berwudhu' di lembah itu dan melaksanakan sembahyang dua raka'at. Dia berkata lagi: "Demi Allah, saya telah lupa semua ayat yang ada di dalam Al-Quran, kecuali firman Allah SWT: "Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdo'a kepadaNya..." [An-Naml: 62]

Lalu saya mengulang-ulanginya. Tatkala saya selesai sembahyang dua raka'at tiba-tiba seorang penunggang kuda yang berada di atas kudanya, datang dari lembah lain dan di tangannya ada tombak. Maka diapun melepaskan tombaknya kepada penjahat ini, tepat mengenai dadanya, lalu dia jatuh tersungkur dan terus mati. Lelaki itu bertanya: "Demi Allah, siapakah anda sebenarnya?" Dia berkata: "Saya adalah utusan: 'Atau siapakah yang memperkenankan (do'a) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdo'a kepadaNya...' [An-Naml: 62] . Ketika kamu berdo'a pada do'amu yang pertama, saya sedang berada di langit ketujuh, lalu kamu berdo'a untuk kali keduanya, ketika itu saya berada di langit keempat, kemudian kamu berdo'a lagi untuk kali ketiganya, dan saya pun sudah berada di bumi."

Di dalam Al-Quran terdapat juga beberapa kisah yang lebih dahsyat daripada ini, seperti kisah Nabi Ibrahim a.s. tatkala dia dicampakkan ke dalam api yang menyala. Lalu Allah SWT berfirman: "...hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim..." [Al-Anbiya': 69]

Nabi Yunus a.s. yang berada di dalam ikan paus telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada lautan dan menumbuhkan tumbuhan dari jenis labu. Lalu dia keluar ke dunia setelah dia masuk ke dalam perut ikan paus, kerana dia mengatakan: "...bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." [Al-Anbiya': 87]

Maka setiap kali kamu menyaksikan ada seorang hamba yang selalu berdo'a, maka ketahuilah bahawa dia itu dekat dengan Allah SWT.

Dan waktu yang paling  baik untuk berdo'a, iaitu setiap selesai daripada melaksanakan sembahyang. Rasulullah s.a.w. pernah ditanya (sebagaimana yang terdapat dalam kitab Sunan At-Tirmidzi)

"Do'a yang bagaimanakah yang paling didengar?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Do'a pada akhir malam yang terakhir dan setiap kali selesai melaksanakan sembahyang." [At-Tirmidzi & Nasa'i]

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Mu'adz bin Jabal r.a.: "Jangan kamu lupa untuk berdo'a setiap kali selesai daripada sembahyang dengan mengatakan: "Wahai Allah, tolonglah aku untuk sentiasa mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan beribadah dengan baik kepadaMu." [Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]

Kemudian tempat yang paling baik di kala dalam sujud. Dalam hadith shahih daripada Rasulullah s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah do'a di kala itu." [Muslim, Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]

Pada riwayat yang lain dikatakan: "Maka do'amu layak dikabulkan." [Muslim, Ahmad, Abu Daud & Nasa'i]

Maka apabila kamu meletakkan kepadamu di atas tanah untuk bersujud, setelah kamu mengatakan: "Subhana rabbiyal a'la wabihamdihi", maka kamu hendaklah berdo'a dengan do'a yang mudah bagimu.

Al-Andalusi mengatakan ketika dia menasihati anaknya:


Bila enkau sujud sebagai pengakuanmu kepadaNya, maka berdo'alah
Dengan do'a yang diucapkan Dzun An-Nun bin Matta!
Dan perbanyakkanlah selalu mengingatiNya di bumi
Agar bila engkau mengingatiNya, namamu akan diingat di langit.


Salah seorang shalih mengatakan: "Saya duduk bersama orang-orang shalih, lalu saya mendengar dia mengatakan di dalam majlisnya: Oh...tolonglah, oh...tolonglah, oh...tolonglah." Saya bertanya: "Apa maksud dengan oh...tolonglah itu?" Dia menjawab: "Saya meminta tolong kepada Allah, tidakkah kamu mendengar Dia berfirman: "(ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankanNya bagimu..." [Al-Anfal: 9]

Hasan Al-Bashri mengatakan, bahawa manusia dalam kehidupan ini bagaikan orang yang tenggelam di dasar laut. Lalu dia bergantung kepada apa sahaja yang dapat menyelamatkannya. Kita ini seperti orang-orang yang tenggelam di dasar laut, kita hanya dapat berpegang teguh untuk berzikir, melakukan sembahyang, berdo'a dan beristighfar kepada Allah SWT.

Salman Al-Farisi r.a. mengatakan: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Mulia, Dia malu kepada seorang darimu yang mengangkat kedua tangannya, menggembalikannya dalam keadaan kosong." [Abu Daud, Ibnu Majah, Al-Baihaqi]

Betapa Maha Mulianya Allah! Allah SWT malu dengan sifat malu yang layak bagiNya untuk mengembalikanmu dengan sia-sia apabila kamu berdo'a kepadaNya.

Artikel Dipetik Dari: Buku Ihfazillah Yah Fazka.

13 August 2011

Tiga Peringkat Puasa


1.Puasa orang awam.
Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan.

2.Puasa orang khas.
Puasa ini cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti puasanya.

3.Puasa paling khas.
Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara yang membatalkan puasa, tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat amat dipentingkan. Anggota badan turut sama berpuasa. Hati pula sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT

*Jadi renung2kanlah.. Jadilah golongan yg ke-3, agar mendapat lebih ganjaran daripada Allah SWT. (^_^)

Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.

Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan


Pada bulan Ramadan tahun ke-92 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Zaid, berjaya membuka Andalusia (sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusi" ini begitu menyemarakkan semangat peluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin, berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam ketika itu.

Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam: "Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."

Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada bulan Ramadan.

Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam masa silam.

Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.

Keistimewaan Ramadan


1.Syurga akan dihias semula.

Segala keindahan yang terdapat di syurga tidak dapat dibayangkan. Segala persepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana syurga jauh lebih hebat. Haruman syurga akan ditambah sehingga boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan.

2.Bidadari diciptakan oleh Allah.
Bidadari merupakan penghias syurga yang Allah ciptakan untuk kaum lelaki yang beriman kepada Allah SWT. Balasan ini akan mereka terima sewaktu di syurga nanti.

3.Allah menyeru sebanyak tiga kali.
Pada malam pertama Ramadan bahkan setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali: "Adakah sesiapa di sana ingin meminta sesuatu lalu Aku berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah SWT maka Aku akan menerima taubatnya."

4.Pada bulan Ramadan Allah membuka peluang kepada hamba-hambaNya untuk beribadat.

5.Ikan di dalam air akan meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berbuka.

6.Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadan.

7.Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.


Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.

11 August 2011

Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains


Puasa bulan Ramadan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.


  • Dalam bulan ini kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan sahaja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan 'dirinya' dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.


  • Berpuasa juga akan memberi peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kulit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.


  • Berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pebagai bentuk ujian. Bagi mereka yang bekerja keras dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.

Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.

Menhidupkan Hari-Hari Terakhir Ramadan


Adakah kita benar-benar memahami makna hari-hari terakhir Ramadan? Khalifah Ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyakkan istighfar dan memberikan sedekah. Ini kerana istighfar dan sedekah dapat menampal amalan puasa kita yang berlubang atau pecah. Menapak hari-hari berlalunya Ramadan, semestinya kita semakin kerap melakukan muhasabah diri.


"Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok
dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan." [Al-Hasyr: 18]

Marilah kita bandingkan kemeriahan anak kita dengan kesayuan anak di Iraq, Yogyakarta dan Lubnan yang dikejutkan dengan bunyi dentuman roket, bom dan rempuhan kereta kebal. Anak-anak dan ibu dikejut dengan bedilan mortar askar penceroboh pada waktu sahur, tangan mereka diikat, hanya atas nama memerangi keganasan dan menggembalikan keamanan. Apakah yang membezakan kita dengan mereka?.

Semakin akhir Ramadan seharusnya kita semakin bersedih kerana sebenarnya tidak layak untuk syurga, tetapi kita tidak sanggup menahan api neraka. Rasulullah menyuruh umatnya melipatgandakan amalan menjelang akhir Ramadan.

Rebutlah peluang beristighfar dan memohon kelepasan daripada api neraka pada Ramadan ini. Jangan biarkan Ramadan berlalu dan kekesalan kerana tidak memanfaatkan kemuliaannya.

Artikel dipetik dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa

10 August 2011

Pahala Memberi Makan Orang Berbuka


Bulan Ramadan memounyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nurul Al-Quran dan amal kebajikan.

Salan al-Farisi meriwayatkan: Dalam sebuah hadid panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami aungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan."

5 Perkara Hindar Akhlak Buruk


Pada bulan Ramadan, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Insya'Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memveri kesedaran kepada kita sepanjang bulan Ramadan.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:


  • Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
  • Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
  • Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan.
  • Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
  • Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.


Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika bulan Ramadan.

Bulan Ramadan Bulan Berhenti Merokok


Perokok sukar berhenti merokok kerana tubuhnya terbiasa dengan narkotin dan ketiadaanya antara dua hingga empat jam menyebabkan gegala gian. Bagaimanapun, pada Ramadan al-Mubarak, perokok yang aktif sekalipun boleh berhenti merokok melibihi 12 jam bermula dari sahur hingga berbuka.

Ini perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa selepas dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku ketika Ramadan kerana perokok boleh berhenti melebihi 12 jam dan ini menandakan laluan rangsangan otak berpusat di mesolimbik adalah tumpul pada masa itu. Ini berlaku kerana iman di dada sedar keperluan menunaikan ibadah puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.

Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagihan terhadap nikotin yang terkandung dalam asap rokok. Sebanyak 80 peratus perokok berjaya berhenti merokok dengan daya usaha sendiri melalui keazaman yang tinggi disebabkan pengaruh kawan yang berperanan besar menggagalkan wawasan itu. Pengalaman pakar perubatanmendapati, Ramadan memberi kelebihan kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang yang datang untuk mengatasi masalah ini.

08 August 2011

10 Peringatan Bumi



(Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka)

Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a.: "Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."

1.Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan bersedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.

6.Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7.Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

06 August 2011

Teka-Teki Rasulullah s.a.w.


Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur, dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"
     Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."
     Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda lagi: "Kurma." [Riwayat Muslim & al-Tirmidzi]. Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.

Tahukah Anda?



Apabila orang yang gila yang kembali waras, maka dia tidak wajib untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika dia tidak waras, sama ada gilanya itu sekejap ataupun lama.


Wanita yang berada dalam keadaa haid perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan, tetapi tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: "Kami diperintahkan untuk menggantikan puasa, dan kami tidak diperintahkan untuk menggantikan solat." [Riwayat al-Bukhari & Muslim]


Orang yang berpuasa disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit fajar supaya bersih semula dari awal pagi. Sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berjunub pada malam hari tidak membatalkan puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardu dengan sengaja.


Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang  itu melaksanakan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih. Namun, lebih afdal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat Witir sesudah solat-solat sunat lain dan kemudian bersahur.


Orang yang sakit tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka. Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada waktu tengah hari, maka dibolehkan baginya untuk berbuka. Sekiranya seseorang pesakit berpuasa dan kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka kerana keringanan baginya telah hilang.


Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan terbuka seperti mulut, hidung, telinga, faraj dan dubur. Memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui saluran darah, menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan, tidak membatalkan puasa contohnya suntikan bertujuan perubatan seperti membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam empat mahzab. Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradawi. Menurut beliau, benda yang masuk melalui suntikan itu tidak masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri. Namun ada sesetengah ulama hari ini mengecualikannya daripada suntikan makanan, iaitu jika disuntik itu bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal puasa kerana mengambil kedudukan seperti makan dan minum.


Memakai gincu pada bulan Ramadan tidak membatalkan puasa selagi mana tidak bercampur dengan air liur dan ditelan sehingga memasuki kerongkong. Hukumnya sama seperti menggosok gigi dengan ubat gigi. Tetapi dari segi hukum berhias, tidak harus perempuan bertabarruj dan berhias untuk lelaki selain suaminya. Seandainya sekadar menampakkan warna asal dan menjaga kelembapan bibir, ia diharuskan.

Mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a.: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan." [Riwayat Abu Daud]

Tiba-Tiba...


Tiba-tiba...

     Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada Muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini yang kini menjelma di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur. Alhamdulillah ya Allah! Engkau ketemukan aku lagi dengan Ramadan, yang padanya ada sesuatu yang didamba kekasih-Mu.

     Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika bulan Ramadan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu." [Riwayat al-Bukhari & Muslim].
     Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditanggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadan, maka apa yang terjadi ialah ibadah mengejut.

     Tiba-tiba ibadah digandakan...
     Tiba-tiba bangun qiamullail...
     Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat...
     Tiba-tiba segala yang lagha itu semua ditinggalkan...
     Dan macam-macam lagi.

     Okey, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadan.

     Namun, jangan ulangi kejutan berupa "tiba-tiba" itu seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadan.

     Tiba-tiba makan banyak...
     Tiba-tiba mendedahkan aurat...
     Tiba-tiba terlupa di mana Al-Quran...
     Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadan dikerjakan seolah-olah wajib...
     Tiba-tiba memulakan kembali semua agenda lagha.

     Apakah semua ini? Adakah ini satu perbuatan membalas dendam? Balas dendam kepada siapa pula ini?

     Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah sesuatu yang tidak patut tiba-tiba "bertanduk" sebaik takbir syawal bergema. Koreksilah diri. Apa niat utama kita berpuasa sebulan? Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja? Adakah ibadah sepanjang bulan Ramadan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah 11 bulan berbaki? Jadi sama-samalah kita renungkan...

05 August 2011

Lelaki & Insya'Allah


     Ada seorang lelaki berkata kepada isterinya: "Esok saya akan ke pasar. Apabila petang dan cuaca elok, saya akan ke ladang. Siapkan bekalan makanan dan peralatan kerja saya." Isterinya pula menjawab: "Abang selalu begitu. Cubalah kata Insya'Allah." Walaupun begitu, lelaki ini hanya diam sahaja.

     Esoknya dia ke pasar. Sampai ke pertengahan jalan, motorsikalnya rosak. Dia terpaksa berpatah balik ke rumahnya sambil mencari kedai membaiki motorsikalnya. Setelah beberapa lama, barulah berjumpa dengan kedai. Setelah dibaiki, dia segera pulang ke rumah. Namun hujan turun pula. Dia kebasahan. Apabila sampai di rumahnya, dia mengetuk pintu. Isterinya bertanya: "Siapa?" Dia menjawab: "Saya suami awak yang baru balik INSYA'ALLAH."


Moral cerita: Sebutlah Insya'Allah. Bulan Ramadan yang datang Insya'Allah menjadi landasan ke arah perubahan menjadi lebih baik.

04 August 2011

Syaitan Bercuti Lagi

  
   Syaitan terpaksa bercuti sebulan! Jangan sangka pelajar dan cikgu-cikgu sahaja yang ada  citu bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang.

     Namun, jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda anak Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadan.
     Dipasaknya kukuh sifat-sifat buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus mengerjakan larangan Allah SWT. Bersungguh-sungguh si syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia daripada makruf.
     Sementara Syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela. Dengan ini semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas menggoda anak Adam dapat dicuci kembali.
 
     Jika dalam bulan Ramadan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi lebih islamik, dihiasi dengan bacaan Al-Quran serta zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi kita meningkat sepanjang Ramadan? Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Apabila datangnya bulan Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

     Jika syaitan sedih menjelang Ramadan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadan. Semoga natijah akhir iaitu taqwa mampu dicapai.. Amin...

Artikel dipetik dari: Majalah Solusi #34

01 August 2011

Allah Membuka Pintu Rahmat


Daripada Abu Hurairah r.a, katanya:
         Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu
          rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada
          merasuk mangsanya)." [Riwayat Muslim]

Menurut huraian para ulama rahimahullah, bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu.

Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenit ibadat yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga pada yang menyelamatkannya daripada hasutan syaitan dan daripada azab neraka.

Ganjaran Bagi Insan Yang Ikhlas Berpuasa


Kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke Syurga yang dinamakan Al-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.

Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."

Orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Di Manakah Mulianya Ramadhan?


Soalan: Selalu orang sebut bulan Ramadhan adalah bulan mulia. Di manakah mulianya Ramadhan itu berbanding bulan-bulan lain?

Jawapan: Kelebihan dan kemuliaan Ramadhan sabit dengan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadhan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: "Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadhan)." [Al-Baqarah: 183]

Ramadhan juga adalah bulan diturunkan Al-Quran. Firman Allah: "Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza." [Al-Baqarah: 185]


Malam "Lailatul Qadar" juga wujud pada bulan Ramadhan sajaha. Dalam bulan Ramadhan juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.

Ketika Ramadhan juga, pintu Syurga dibuka. Sabda Nabi SAW: "Apabila datang Ramadhan dibuka pintu-pintu Syurga." [Riwayat Bukhari]

Bahkan pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Nabi SAW: Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." [Riwayat Bukhari]

Kenapa Puasa Kena Tengok Anak Bulan?


Soalan: Kenapa nak mula puasa Ramadhan kena tengok anak bulan?

Jawapan: Sistem kalendar Hijrah berasaskan perjalanan bulan, tidak sebagaimana kalendar Masihi yang berasaskan pergerakan matahari. Oleh itu, penentuan awal Ramadhan berdasarkan nampaknya anak bulan Ramadhan.

Zaman Nabi SAW, dengan adanya persaksian seseorang Muslim yang adil bahawa dia sudah melihat anak bulan Ramadhan, maka Nabi SAW akan menerimanya dan mengarahkan umat Islam berpuasa. Contonhnya, Ibn Abbas r.a menceritakan bahawa seorang lelaki datang berjumpa Nabi dan memberitahu bahawa dia melihat anak bulan. Nabi SAW bertanya tentang imannya sama asa dia bersaksi bahawa tiada tuhan selain Alla dan Muhammad Rasul Allah? Selepas dia mengakuinya, Nabi mengarahkan Bilal memberitahu agar esok berpuasa. [Riwayat Abu Daud]

Tapi zaman sekarang, dengan kecanggihan yang ada, Alhamdulillah umat Islam dalam skala yang lebih besar dapat berpuasa. Suatu masa dulu mungkin sekitar tahun 60-an, umat Islam masih berbeza tentang tarikh mula puasa. Kalau Kedah sudah mula puasa pada hari Khamis, Perak mungkin puasa pada hari Jumaat. Adakalanya orang di Kedah tak puasa lagi pada hari Khamis dengan alasan mengikut negeri Perak.

Kejadian ini pun masih berlaku di negara lain. Ada satu negara yang ada tiga tarikh mula puasa.
Kumpulan A: Puasa pada hari Isnin.
Kumpulan B: Puasa pada hari Selasa.
Kumpulan C: Puasa pada hari Rabu.

Natijahnya mereka saling berkelahi. Apabila kumpulan A berkata bahawa puasa pada hari Isnin, akan ada yang tak berpuasa kerana mereka mengikut kumpulan B yang berpuasa pada hari Selasa. khirnya kumpulan A akan menangkap orang yang tak berpuasa pada hari Isnin. Begitu juga kumpulan B akan menegah orang daripada berpuasa pada hari Isnin kerana hari Isnin itu adalah hari syak iaitu salah satu hari yang tidak dibenarkan berpuasa. Alhamdulillah dengan keseragaman, masalah ini dapat diatasi.

Semuanya ini menjadi kajian ulama silam lagi. Asas kepada masalah ini ialah perbezaan terbit anak bulan. Seeloknya umat Islam dapat disatukan dalam permulaan ibadat dan sebagainya.

31 July 2011

Adab Berpuasa


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei).


23 July 2011

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

     Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. Esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

     Wahai hamba Allah.. Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

     Sebelum emosi kita tidak dapat dikawal dek kesedihan yang mencengkam jiwa, kita perlu sedarkan diri kita tentang beberapa hakikat. Hakikat yang pertama, pastinya tiada insan yang mahu berasa sedih kan? semua insan mahu bahagia, mahu tersenyum sentiasa, betul bukan? Akan tetapi kita perlu juga akui bahawa hakikatnya hidup di dunia ini untuk berasa bahagia sentiasa tanpa sebarang dugaan dan ujian itu adalah impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Diulangi, impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Jadi, apa yang kita perlu lakukan ialah hadapi kesedihan itu. bersangka baik dengan kesedihan yang menyapa kita. Insya'Allah pasti ada hikmahnya. Allah menguji kita kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya. Bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan pernah mengecewakan kita. Yakinlah !

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi... Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam Nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita, moga Allah redha ke atas kita semua.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.

tersenyumlah Wahai Hati Yang bersedih ! :)