05 May 2011

Hudud Relevan Sepanjang Zaman



Selamatkan Mangsa dan juga Penjenayah

Perundangan Islam sering menjadi perbahasan orang Islam dan bukan Islam. Kewajaran hukum hudud misalnya sering menjadi isu pertikaian yang serius. Pada ruangan ini penulis ingin mengemukakan betapa kequdusan dan kemuquddasan syariat Allah s.w.t. yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan berpandukan al-Quran dan Sunnah.

     Dr.Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh Islami wa Adillatuh berkata: "Fiqah berbeza dengan undang-undang cipaan kerana sumbernya ialah wahyu yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.. Setiap mutjahid dalam merumuskan hukum syarak terikat dengan kedua-dua sumber ini dan segala hukum yang lahir secara langsung daripada kedua-duanya, roh syariah, matlamat umum, kaedah dan prinsip am syariah semuanya sudah sempurna pertumbuhannya dan selesai pembinaan kerana prinsipnya sempurna dan kaedahnya selesai, asasnya pula diperteguh pada zaman Rasulullah s.a.w."
     Dr.Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh Islami wa Adillatuh (jilid 4/halaman 11-12) berkata: "Hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah hukum potong tangan pencuri atau musuh lebih mudah daripada membiarkan kes curi terus berleluasa dalam masyarakat hingga menggugat keamanan akibat daripada jenayah dan kemungkaran yang tidak dikawal."
     Sejarah membuktikan masyarakat Islam ketika melaksanakan hukum hudud, dalam keadaan aman damai dengan harta benda, kehormatan dan peraturan, sehingga pesalah itu sendiri yang meminta dihadkan (dikenakan hukuman hudud keatasnya) kerana mahu menyucikan diri dan menghapus dosanya.

Basmi Jenayah dengan Hudud
     Di tanah Arab satu ketika dahulu, jenayah mencuri dan merompak jemaah haji lelaki dan wanita di Baitullah begitu berleluasa. Dengan itu, sebahagian  jemaah haji tidak lagi mahu kembali ke Makkah kecuali dengan menunaikan nazar yang kecil. Oleh itu Hijjaz (kerajaan saudi) telah melaksanakan kedua-dua hukuman ini sehingga keamanan dapat distabilkan. Selepas itu, jenayah mencuri mula berkurangan dan kegiatan merompak lumpuh, sehingga negeri itu menjadi aman.
     Kejayaan menangani jenayah ini melalui perlaksanaan hukum hudud sangat mengagumkan dan memeranjatkan banyak pihak. Namun perkara paling menakjubkan adalah sepanjang 24 tahun hukuman ini dijalankan hanya 16 orang dikenakan hukuman potong tangan. Secara tersiratnya, kerajaan saudi berjaya menyelamatkan beribu-ribu "tangan" yang tidak berdosa dengan mengorbankan 16 bilah tangan sahaja!
     Jelaslah ketegasan ini adalah rahmat kepada masyarakat umum. Oleh itu pengorbanan tangan dan kaki adalah terlalu sedikit bilangannya jika dinisbahkan kepada orang yang keluar daripada hukum Allah s.w.t. yang melakukan jenayah melibatkan ribuan orang yang tidak berdosa kehilangan harta benda dan tubuh, malah nyawa mereka.
     Malah kekerasan hukuman ini juga hakikatnya adalah rahmat kepada orang yang hendak melakukan jenayah, kerana ia menimbulkan ketakutan kepada orang lain untuk melakukannya. Justeru, apabila seorang perompak dibunuh, ia sebenarnya menyelamatkan beribu-ribu bakal penjenayah lain.
     Jelasnya, hukuman hudud tidak bertujuan membalas dendam kepada penjenayah tetapi sebaliknya menyelamatkan bakal-bakal penjenayah dan memelihara orang ramai.

Pengakuan Beberapa Orang Tokoh-Tokoh Barat
     Pengakuan berikut bukan disuarakan oleh para ulama Islam Universiti al-Azhar, atau profesor fiqah di universiti-universiti lain, tetapi ia dilontarkan oleh beberapa orang tokoh popular undang-undang dunia. Pandangan mereka ini menjadi bukti tentang kebenaran, kelebihan serta kebaikan syariat Islam, mengatasi undang-undang manusia.

  • Dr.Ezko Insabato: 
     "Kebanyakan perbahasan syariat Islam dalam pelbagai aspek mengatasi segala perundangan Eropah."

  • Seorang sarjana undang-undang Chibrel Dekan Fakulti Undang-Undang Universiti Vienna dalam kongres Undang-undang dan peguam Bela tahun 1927:
    "Manusia merasa bangga terhadap keturunan seorang lelaki seperti Muhammad kerana sekalipun beliau tidak tahuu membaca dan menulis, namun dalam masa lebih 10 kurun beliau mampu membawa satu perundangan yang menjadikan kami orang Eropah lebih bahagia terhadap apa jua yang kami lakukan sekiranya kami sampai kepada kemuncak selepas 1000 tahun."

  • Ahli falsafah Inggeris, Bernard Shaw:
     "Agama Nabi Muhammad merupakan satu ketentuan yang tinggi kerana mengandungi satu kehidupan yang amat mengagumkan, satu-satunya agama yang memiliki pelbagai keistimewaan dan mampu mencernakan perkembangan kehidupan.
    Saya berpendapat, Nabi Muhammad s.a.w. wajar dianggap sebagai penyelamat manusia. Jika seorang lelaki yang sama sifat dengannya dilantik sebagai pemimpin dunia moden ini, dia pasti berjaya menyelesaikan pelbagai permasalahan."

  • Ahli sejarah Perancis, Seideo:
     "Undang-undang Napoleon sebenarnya dicedok daripada kitab fiqah mahzab Imam Malik iaitu keterangan Dardir yang mensyarahkan matan kitab Khalil."

  • Ghoustaff Loubon memetik kata-kata Prof.Leiberry:
     "Jika orang Arab tidak muncul di atas pentas sejarah, nescaya kebangkitan orang Eropah moden akan terkebelakang beberapa kurun."

  • Admond Berk:
     "Undang-undang Nabi Muhammaf adalah perundangan yang kukuh terhadap masyarakat daripada hak memiliki kepada penjagaan yang paling rendah. Ini merupakan perundangan yang dilengkapi segala hukum-hakam sistem undang-undang. syariat Islam adalah syariat yang paling adil, di mana penggubalan undang-undang dunia sepertinya tidak pernah mendahuluinya dan tidak mungkin ada pada zaman selepasnya..."
    Seorang tokoh undang-undang yang masyhur, Fhamberry berkata: "Fiqah Islam berkembang ke satu peringkat yang amat menakjubkan saya setiap kali mengambil segala peraturan serta hukum hakamnya yang sesuai dengan zaman serta negara anda..."

Inilah sebahagian pengakuan tokoh-tokoh Barat yang membuktikan kekayaan perundangan, pensyariatan, pendorongan ilmiah serta kemajuan yang terkandung dalam syariat Islam. Kelebihan demi kelebihan diiktiraf oleh mereka dan diakui oleh ramai tokoh. 

No comments:

Post a Comment