02 May 2011

Ganjaran Wuduk Serta Niat




Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa berwuduk dengan memperbaguskan wuduknya maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Wuduk yang sempurna disertakan niat yang jelas pasti dirahmati Allah SWT.Insya'Allah,kita akan mendapat solat yang khusyuk dan diterima Allah SWT.Banyak hikmahnya berwuduk disertakan dengan niat kerana ia bukan sangat berguna untuk dunia malah diakhirat dengan keredhaanNya:

Ketika berkumur: Berniatlah, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
*Penjelasannya, setiap hari kita bercakap perkara tidak berfaedah dan dengan niat berkenaan,semoga kita tidak lagi memperkatakan sesuatu yang tidak membawa kebaikan.

Ketika membasuh muka: Berniatlah, "Ya Allah,putihkanlah wajahku di akhirat kelak.Janganlah Kau hitamkan muka ku ini."
*Penjelasannya, ahli syurga,wajah mereka berseri-seri dan semoga kita tergolong di kalangan mereka.

Ketika membasuh tangan kanan: Berniatlah, "Ya Allah,berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini."
*Penjelasannya, ahli syurga diberikan hisabnya di tangan kanan.

Ketika membasuh tangan kiri: Berniatlah, "Ya Allah janganlah Kau berikan hisab-hisabku ini di tangan kiriku ini."
*Penjelasannya, ahli neraka diberikan hisabnya di tangan kiri.

Ketika membasuh kepala: Berniatlah, "Ya Allah,lindungilah aku daripada panas terik matahari di Padang Mahsyar dengan Arasy-Mu."
*Penjelasannya, panas di Padang Mahsyar seperti matahari sejengkal di atas kepala.

Ketika membasuh telinga: Berniatlah, "Ya Allah,ampunilah dosa telingaku ini."
*Penjelasannya, setiap hari kita mendengar orang mengumpat,memfitnah dan lain-lain perkataan buruk.

Ketika membasuh kaki kanan: Berniatlah, "Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."
*Penjelasannya, ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

Ketika membasuh kaki kiri: Berniatlah, "Ya Allah,bawakanlah aku ke masjid,surau dan bukan tempat maksiat."
*Penjelasannya, qada' dan qadar kita di tangan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment