07 May 2011

MENINGGALKAN PUASA RAMADAN


 

Meninggalkan Puasa Ramadan


Puasa di bulan Ramadan adalah termasuk salah satu rukun Islam yang lima. Orang yang meninggalkan ibadah puasa dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran yang haruskan syarak, bererti dia telah meninggalkan kewajipan terhadap Allah SWT dan akibatnya telah melakukan dosa besar di sisi Allah SWT. Firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa. Puasa itu hari yang tertentu (29-30). Barang siapa yang sakit di antara kamu atau  dalam perjalanan, maka berpuasalah pada hari lain." (Al-Baqarah: 183-184)

     Seorang Muslim mukallaf yang mampu dan tiada sebarang keuzuran atau rukhsyah, maka jika dia meninggalkan puasa dengan sengaja tanpa menyesal dan tiada mengqadakan serta tidak mahu bertaubat kepada Allah SWT, maka dia telah batal atau rosak iman dan Islamnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ciri-ciri Islam dan tiangnya itu ada tiga, iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, solat, puasa Ramadan. Maka barang siapa yang meninggalkan salah satu daripadanya, maka dia telah kafir. (H.R. Adz-Dzahabi)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barang siapa tidak berpuasa di bulan Ramadan tanpa ada keuzuran, maka dia tidak boleh membayarnya dengan berpuasa satu tahun penuh walaupun dia kerjakan puasa itu." (H.R. At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)

 

No comments:

Post a Comment