07 May 2011

ENGGAN MENGELUARKAN ZAKAT



Enggan Mengeluarkan Zakat

     Mengeluarkan zakat adalah termasuk rukun Islam. Kewajipan berzakat bagi setiap Muslim hanya yang memiliki harta benda tertentu yang cukup syaratnya dan diberikan kepada orang yang tertentu mengikut ketentuan syarak, sebagai membersihkan diri, tanggungjawab dan amanah Allah.

     Orang yang enggan mengeluarkan zakat sedang dia mampu dan cukup syarat-syaratnya, bererti dia telah mengingkari perintah Allah, berdosa besar dan terkeluar dari landasan Islam serta akan mendapat azab Allah.

     Menurut ulama, orang yangenggan mengeluarkan zakat akan mati dalam su'ul khatimah, iaitu dalam keadaan bahawa harta yang tidak dikeluarkan zakat akan berupa sekor ular besar, pada hari kiamat akan membelit leher pemilik harta itu.

Firman Allah SWT: "Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang-barang yang dikurniakan Allah kepadanya mengira bahawa bakhil itu lebih baik, bahkan kejahatan bagi mereka, nanti akan dikalungkan ke leher mereka barang-barang yang mereka bakhil itu pada hari kiamat." (Ali Imran: 180)

Firman Allah SWT: "Orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tiada membelanjakan pada jalan Allah, hendaklah diberi peringatan dengan seksaan yang pedih." (At-Taubah: 34)

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada tiga golongan pertama sekali masuk neraka ialah pemerintah yang angkuh, orang yang memiliki kekayaan tetapi tidak membayar hak Allah dari hartanya (zakat) dan orang miskin yang sombong." (H.R. Ibnu Hibban)

  

No comments:

Post a Comment