16 July 2011

Takdir Manusia


Hadis Anas bin Malik ra.: Secara marfuk Baginda SAW bersabda: Allah SWT mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Ya Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah SWT membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala2 dicatat semasa dalam perut ibunya lagi.

No comments:

Post a Comment