14 July 2011

Di Manakah Kita???


Aku membuka mata... 
mula melihat keluasan dunia...
terpesona dengan keindahan alam ciptaanMu..
dan ku sangat bersyukur dilahirkan ke dunia ini..
sebagai umat ISLAM..
Ku mengetahui betapa hebatnya kita..
menawan 2/3 dunia..
menakluk Parsi, Andalusia, Konstantinopel..
menguasai jalan darat dan lautan..
menggenggam ilmu sains dan teknologi..
tetapi itu SEMALAM!!!

Bagaimanakah HARI INI???
Di manakah kita???
ketika saudara di sana merempat tak tentu arah?
di manakah kita???
ketika saudara di sana dianiaya bagai binatang...
di manakah kita???
ketika saudara di sana berjuang di medan perang..
di manakah kita???


Ku cuba mengamati..
di sini ku dapat melihat..
sibuk mengejar cita-cita..
ghairah mengejar cinta sejati..
hiburan menjadi keutamaan...
kita sangka hidup dan memenuhi tujuan..
asalkan memenuhi Rukun Islam sudah memadai??


Agama digunapakai untuk perkahwinan dan kematian sahaja?
hukum ditafsirkan mengikut akal dan nafsu???
saf-saf kini seolah-olah bertukar kiblat..
Al-Quran di ketepikan...
'kitab hiburan' di agung-agungkan...


Saudara di sana tidak dipedulikan???
gosip hiburan menjadi prioriti...
ulama' dipinggirkan..
artis dijulang tinggi..
pakaian membungkus diri dipandang serong..
pakaian  mengejar fesyen menjadi pilihan..


Apakah kita nak jawab di hadapan Allah kelak???
bersedialah...

No comments:

Post a Comment