07 July 2011

Langkah Agresif Memburu Kemanisan Iman


Ingatlah Dua Perkara

Kebaikan Orang Kepada Kita

-kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingati.Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat,wang ringgit,tenaga dan sebagainya perlu diingat.Jika boleh,dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih.Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya.

  • Lebih-lebih lagi nikmat Allah kepada kita perlu disyukuri,perlu selalu diingati dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan terhadap nikmat Tuhanmu,maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur)." (Surah Al-Duha 93:11)
  • Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf.Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesama manusia kerana Allah.Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi. 
  • Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah.Ini akan menimbulkan rasa insaf,takut,menyesal,yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah.Ingatlah,bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan dua perkara.


1)Kebaikan kita kepada orang.

Jangan sekali-kali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain.Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain.Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal.Jadi,apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain,cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah membuat baik kepadanya.
  • Lebih-lebih lagi,perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita tunaikan kepada Allah.Perbuatan mengingat ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan.Sedangkan segala-gala dilakukan atas hidayah Allah jua.Oleh sebab itu,setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal.Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub,sum'ah,riyak atau bangga diri.

2)Kejahatan orang terhadap kita.
Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita.Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam.Kita hanya hamba Allah,bukan tuan lebih-lebih lagi Tuhan dalam kehidupan ini.Jadi,apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah.
  • Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan,ujian,musibah atau malapetaka yang Allah timpakan.Sedarlah bahawa,kesakitan,kematian,kerugian,kemalangan,kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi,banjir,kemarau,ribut taufan,tsunami,wabak penyakit,kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk "memujuk" manusia kembali kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment