07 July 2011

Orang Malaysia Malas Solat!!!



Berdasarkan kajiannya,Datuk Dr.Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi dan penceramah terkenal, mendedahkan bahawa 80% orang Islam di Malaysia tidak menyempurnakan solat lima waktu!!"

Mungkin inilah faktor utama menyebabkan Malaysia dilanda keruntuhan akhlak yang parah.Allah sendiri mengingatkan bahawa pengabaian solat boleh menjerumuskan seseorang ke dalam Neraka.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka); kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun." (Surah Maryam: 59-60).

No comments:

Post a Comment