21 July 2011

Sebaik-baik pekerjaan.

   
     Para Ulama' berbeza pendapat tentang definisi pekerjaan yang paling utama. Sebahagian ada yang mengatakan: "Pekerjaan yang paling baik adalah pertanian", ini pendapat para penganut mahzab Imam Syafi'i. Sebahagian lagi mengatakan: "Pekerjaan yang paling baik adalah perdagangan, kerana 9/10 rezeki ada pada perdagangan." Dan sebahagian lagi mengatakan: "Pekerjaan yang paling baik adalah sesuatu yang dihasilkan dengan tangan sendiri", kerana dalam hadith Shahih, Rasulullah SAW bersabda:


"Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri, dan sesungguhnya Nabi Allah Daud 'Alaihissalam makan dari usaha tangannya sendiri. [HR Bukhari, no.2072 & Ahmad, no.16729)

     Yakni; beliau bekerja sebagai tukang besi. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman: "...dan Kami telah melunakkan besi untuknya (Daud). [Saba': 10]

     Para Ulama' mengatakan, bahawa besi di tangan Nabi Daud a.s melalui kekuasaan Allah Yang Maha Esa, iaitu seperti adunan yang ada pada tangan orang lain, dan dia membuat baju besi dari besi tersebut untuk berperang.

     Semua keluarga Nabi Daud a.s yang berjumlah 36 ribu orang, semuanya memakan daripada hasil usaha tangan mereka sendiri.

Dipetik dari: Buku Ihfazillah, yah fazka

No comments:

Post a Comment