16 August 2011

Apakah Kaitan Malam Lailatulqadar Dengan Nuzul Al-Quran?


Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Firman Allah SWT yang bermaksud:

     Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau
     dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada
     seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Allah, membawa segala perkara (yang
     ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit
     fajar! [Surah al-Qadr: 1-5]

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah s.a.w. telah menyebut empat orang daripada Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. bahawa Allah SWT menurunkan sesuatu yang lebih baik daripada amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadr, Ayat ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Artikel Dipetik Dari: Remeh-Temeh Tentang Puasa.

No comments:

Post a Comment