01 August 2011

Kenapa Puasa Kena Tengok Anak Bulan?


Soalan: Kenapa nak mula puasa Ramadhan kena tengok anak bulan?

Jawapan: Sistem kalendar Hijrah berasaskan perjalanan bulan, tidak sebagaimana kalendar Masihi yang berasaskan pergerakan matahari. Oleh itu, penentuan awal Ramadhan berdasarkan nampaknya anak bulan Ramadhan.

Zaman Nabi SAW, dengan adanya persaksian seseorang Muslim yang adil bahawa dia sudah melihat anak bulan Ramadhan, maka Nabi SAW akan menerimanya dan mengarahkan umat Islam berpuasa. Contonhnya, Ibn Abbas r.a menceritakan bahawa seorang lelaki datang berjumpa Nabi dan memberitahu bahawa dia melihat anak bulan. Nabi SAW bertanya tentang imannya sama asa dia bersaksi bahawa tiada tuhan selain Alla dan Muhammad Rasul Allah? Selepas dia mengakuinya, Nabi mengarahkan Bilal memberitahu agar esok berpuasa. [Riwayat Abu Daud]

Tapi zaman sekarang, dengan kecanggihan yang ada, Alhamdulillah umat Islam dalam skala yang lebih besar dapat berpuasa. Suatu masa dulu mungkin sekitar tahun 60-an, umat Islam masih berbeza tentang tarikh mula puasa. Kalau Kedah sudah mula puasa pada hari Khamis, Perak mungkin puasa pada hari Jumaat. Adakalanya orang di Kedah tak puasa lagi pada hari Khamis dengan alasan mengikut negeri Perak.

Kejadian ini pun masih berlaku di negara lain. Ada satu negara yang ada tiga tarikh mula puasa.
Kumpulan A: Puasa pada hari Isnin.
Kumpulan B: Puasa pada hari Selasa.
Kumpulan C: Puasa pada hari Rabu.

Natijahnya mereka saling berkelahi. Apabila kumpulan A berkata bahawa puasa pada hari Isnin, akan ada yang tak berpuasa kerana mereka mengikut kumpulan B yang berpuasa pada hari Selasa. khirnya kumpulan A akan menangkap orang yang tak berpuasa pada hari Isnin. Begitu juga kumpulan B akan menegah orang daripada berpuasa pada hari Isnin kerana hari Isnin itu adalah hari syak iaitu salah satu hari yang tidak dibenarkan berpuasa. Alhamdulillah dengan keseragaman, masalah ini dapat diatasi.

Semuanya ini menjadi kajian ulama silam lagi. Asas kepada masalah ini ialah perbezaan terbit anak bulan. Seeloknya umat Islam dapat disatukan dalam permulaan ibadat dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment