10 August 2011

Bulan Ramadan Bulan Berhenti Merokok


Perokok sukar berhenti merokok kerana tubuhnya terbiasa dengan narkotin dan ketiadaanya antara dua hingga empat jam menyebabkan gegala gian. Bagaimanapun, pada Ramadan al-Mubarak, perokok yang aktif sekalipun boleh berhenti merokok melibihi 12 jam bermula dari sahur hingga berbuka.

Ini perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa selepas dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku ketika Ramadan kerana perokok boleh berhenti melebihi 12 jam dan ini menandakan laluan rangsangan otak berpusat di mesolimbik adalah tumpul pada masa itu. Ini berlaku kerana iman di dada sedar keperluan menunaikan ibadah puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.

Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagihan terhadap nikotin yang terkandung dalam asap rokok. Sebanyak 80 peratus perokok berjaya berhenti merokok dengan daya usaha sendiri melalui keazaman yang tinggi disebabkan pengaruh kawan yang berperanan besar menggagalkan wawasan itu. Pengalaman pakar perubatanmendapati, Ramadan memberi kelebihan kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang yang datang untuk mengatasi masalah ini.

No comments:

Post a Comment