01 August 2011

Di Manakah Mulianya Ramadhan?


Soalan: Selalu orang sebut bulan Ramadhan adalah bulan mulia. Di manakah mulianya Ramadhan itu berbanding bulan-bulan lain?

Jawapan: Kelebihan dan kemuliaan Ramadhan sabit dengan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadhan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: "Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadhan)." [Al-Baqarah: 183]

Ramadhan juga adalah bulan diturunkan Al-Quran. Firman Allah: "Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza." [Al-Baqarah: 185]


Malam "Lailatul Qadar" juga wujud pada bulan Ramadhan sajaha. Dalam bulan Ramadhan juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.

Ketika Ramadhan juga, pintu Syurga dibuka. Sabda Nabi SAW: "Apabila datang Ramadhan dibuka pintu-pintu Syurga." [Riwayat Bukhari]

Bahkan pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Nabi SAW: Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." [Riwayat Bukhari]

No comments:

Post a Comment