22 August 2011

Amalan Sunat Pada Hari Raya


1.Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti zikir, solat, tilawah Quran, takbir, tasbih dan istighfar. Ini adalah senarai amalan yang sering diabaikan pada malam raya. Masjid dan surau lengang. Nak sari saf macam solat tarawih sudah tidak nampak lagi.

Kalau semasa Ramadan, masjib melimpah-ruah dengan para jemaah, kini mungkin hanya imam dan bilal sahaja. Tilawah Al-Quran juga diabaikan. Sebenarnya, menghidupkan malam raya dengan amal ibadat kini besar fadilatnya. Diriwayatkan satu sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang bangun malam raya Fitrah dan malam raya Adha dengan mengharap pahala, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari mati sekalian hati." [Riwayat Ibnu Majah]

2.Solat Isyak dan subuh berjemaah. Ini adalah sekurang-kurang kaedah bagi menghidupkan malam raya. Solat Isyak mungkin OK tapi solat Subuh kebanyakkanya KO. Masjid lengang juga waktu solat subuh tetapi penuh sesak ketika solat sunat Aidilfitri.

3.Mandi sunat hari raya, memakai baju yang elok dan memakai wangian. Alhamdulillah, bab ini tak ada masalah. Bahkan dua bulan sebelum raya lagi, ramai umat Islam sudah membeli kain untuk dijadikan baju raya. Bukan satu bahkan dua atau tiga pasang setiap seorang.

Mandi sunat hari raya waktunya sekitar awal pagi sebelum Subuh lagi. Kalau mandi sunat selepas solat Subuh tidak mengapa. Menjadi sunah Nabi s.a.w. untuk mandi pada hari raya.

Begitu jugalah digalakkan agar memotong kuku. Mungkin juga elok jika rambut yang panjang dipotong pendek (bagi lelaki).

4.Makan sedikit dahulu sebelum solat sunat Aidilfitri. Maknanya elok diambil sedikit sarapan sebelum pergi ke tempat solat. Hikmahnya bagi menyatakan bahawa hari ini bukan untuk berpuasa tetapi hari untuk makan. Mengikut sunah Nabi s.a.w., Naginda makan beberapa biji tamar (kurma). Anas r.a. berkata: "Adalah Nabi s.a.w tidak beredar pada Hari Raya Fitri hinggalah Baginda makan beberapa biji tamar." [Riwayat Bukhari]

Bab ini pun tidak ada masalah. Cuma mungkin kurang sunnahnya apabila dimakan terlalu banyakdengan pelbagai jenis makanan. Ada ketupat, rendang, lemang, kuih-muih, laksa dan sebagainya.

5.Segera ke tempat solat untuk menanti solat sunat Aidilfitri. Seeloknya berjalan kaki ke tempat solat. Inilah yang sunah kerana ada disebut dalam riwayat Tirmidzi bahawa daripada sunah untuk keluar kepada hari raya dalam keadaan berjalan kaki.

Tapi tengok jugalah berapa jauh. Kalau satu atau dua kilometer bolehlah berjalan kaki, tetapi kalau sepuluh kilometer, fikir-fikirlah sendiri.

6.Menzahirkan kegembiraan, ziarah-menziarahi keluarga terdekat, kaum kerabat dan sahabat-handai. Dengan ini akan terjalinlah kemesraan dan mahabbah kasih sayang antara umat Islam. Malangnya amalan ini mungkinkurang sikit. Ramai juga yang terperangkap dengan program TV yang memang mengasyikkan.

Hari raya memang baik untuk ziarah, bahkan tuan rumah memang sentiasa menanti kerana konsep "rumah terbuka".

7.Banyak bersedekah. Yang wajibnya zakat fitrah tetapi kalau ada kemampuan, tak ada salahnya untuk bersedekah sunat. Mungkin inilah yang menjadi amalan tradisi memberi duit raya kepada kanak-kanak. Tak ada salahnya lagipun ia amalan sedekah yang dituntut. Kanak-kanak pula lagilah suka dan seronok apabila mendapat duit raya.

Sedekah juga digalakkan sepanjang bulan Ramadan. Apabila ditanya tentang sedekah yang afdal, sabda Nabi s.a.w.: "Sedekah pada bulan Ramadan." [Riwayat Tirmidzi]

No comments:

Post a Comment