22 August 2011

Kemungkaran Pada Hari Raya


1.Pakaian yang mendedahkan aurat.
-Dedah aurat ini hukumnya haram dalam Islam. Kebetulan pula hari raya ini berkumpul saudara-mara, sahabat handai, sepupu dan sebagainya di rumah, maka waktu inilah aurat agak terbuka.

2.Bersalam-salaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram.
-Kes sebegini selalu berlaku ketika hari raya. Mengikut hukum Islam, haram nak bersalam-salaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Kalau mahram tidak mengapa.
Mahram ini ialah muhrim dalam bahasa orang melayu. Mahram ialah orang yang tidak boleh berkahwin dengan seseorang. Contohnya A, seorang lelaki Mahramnya ialah ibu, nenek, ibu saudara atau kakak kandung. Kalau B pula, seorang wanita maka mahramnya ialah bapa, datuk, bapa saudara, adik atau bapa kandung.

Nabi s.a.w. tidak pernah menyentuh wanita yang bukan mahram Baginda. Hinggakan pada waktu  perjanjian atau baiah, Nabi s.a.w. hanya membuat perjanjian dengan suara sahaja bersama wanita, bukan dengan berjabat tangan atau “shake hand”.

Tetapi masa hari raya, bab salam ini kira borong sekali. Kawan sekelas, abang angkat, kakak angkat dan macam-macam hubungan yang tak mahram sudah jadi lain. Kalau nak salam juga, boleh tetapi biarlah berlapik dengan kain sebagai contoh.

3.Terlalu banyak makan minum.
-Memang hari raya hari yang tak boleh puasa. Maknanya kena makan. Tetapi walaupun Islam suruh makan, tetapi prinsip sederhana dalam makan hendaklah diutamakan. Banyak penyakit moden puncanya adalah terlebih makan.

4.Rumah terbuka, masjid tertutup.
-Memanglah majlis rumah terbuka amalan mulia. Sambil menjamu selera, dapat beramah mesra dan berkenalan dengan sanak-saudara. Yang tak baiknya, masjid pada hari raya sudah ditutup. Yang tinggal tok imam dengan bial sahaja. Bulan Ramadan meriah masjid, tup.... tup hari raya tutup pula.

5.Budaya terperap di rumah dengan menonton TV sahaja.
-Ini pun satu budaya yang kurang baik. Masa terbuang dan ziarah merapatkan silaturrahim pun berkurang.

*Jadi di hari raya sama2 kita merapat silaturrahim dan jauhkan kemungkaran agar terhindar dari dosa. Bersederhanalah dalam berhari raya agar tidak berlaku pembaziran. (^_^)

No comments:

Post a Comment