29 April 2011

Ubat Enam Resipi




Penulis buku al-Farj Ba'da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang yang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. Maka datanglah kawan-kawannya mengucapkan keperihatinan mereka terhadap musibah yang menimpanya.

Si bijaksana itu pun berkata: "Aku tahu ada satu ubat dibuat daripada enam resipi yang berbeza." Kawan-kawannya pun bertanya: "Apa dia?"

Jawabnya: "Pertama, percaya sepenuhnya kepada Allah. Kedua, kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku. Ketiga, sabar adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang mendapat ujian.

Keempat, jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong hanya dengan perasaan resah. Kelima, mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk daripada keadaan saya sekarang ini. Keenam, dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka."

No comments:

Post a Comment