03 July 2011

Bab 05: Tanda-tanda Hari Kiamat (part 2)


7.Munculnya berbagai bentuk fitnah. Sepertinya, muncul berbagai mazhab dan aliran dalam Islam, yang menyebabkan kehancuran didalam agama, politik, ekonomi dan sebagainya.

8.Kemunculan fitnah tersebut mengakibatkan munculnya perselisihan, bahkan sampai terjadinya pembunuhan.

9.Banyaknya harta yang melimpah ruah sehingga orang  tidak memerlukan harta lagi. Orang kaya sukar untuk menyalurkan zakatnya, kerana harta sudah tidak diperlukan lagi.

10.Banyaknya orang bebas menjual dan meminum minuman keras sehingga timbulnya kekacauan di mana-mana, kerana mabuk atau hilang akal akibat dari minuman itu tadi.

11.Munculnya penzinaan secara terang-terangan, bahkan secara terangan dan berpersatuan.

12.Sedikitnya kaum lelaki dan banyaknya kaum wanita, di samping banyak terjadi permasalahan mengenal identiti antara lelaki dan perempuan.

13.Keluarnya asap, baik disengajakan mahupun tidak disengaja. Hal itu dapat dilihat dari gedung-gedung industri, pengilangan minyak, mahupun dibakar (terbakar) hutan-hutan yang terjadi di mana-mana.

B.Tanda-tanda besar meliputi:

Ketika hampirnya terjadi hari kiamat, banyak sekali tanda-tanda perubahan yang sangat besar dalam susunan alam semesta sehingga terjadinya peristiwa-peristiwa yang jarang terjadi. Oleh kerana itu, muncullah peristiwa-peristiwa seperti:

1.Terbitnya matahari dari arah barat yang bergerak berlawanan dari putaran asalnya, iaitu matahari terbit dari timur. Padahal telah ribuan tahun matahari tunduk kepada hukum Allah SWT, sebagaimana diterangkan didalam Al-Quran: "Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi  Maha Mengetahui." (Surah Yasin: 38)

Berkaitan dengan hal itu, Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang ertinya:

"Tidaklah datang hari kiamat sehingga matahari keluar dari arah Barat. Apabila matahari telah terbit, maka berimanlah seluruh manusia. Namun, beriman pada saat itu tidak ada gunanya bagi diri mereka yang tadinya belum beriman (orangorang kafir). Demikian juga bagi mereka yang tadinya belum pernah berbuat baik dalam berimannya."

2.Keluarnya bermacam jenis binatang yang dapat bercakap-cakap dengan manusia, Allah berfirman: "Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami." (Surah An-Naml: 82).

Hal itu diperkuat oleh sabda Rasulullah, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Abdullah bin Amr bin Ash, dan diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Abu Daud, yang ertinya:

"Sesungguhnya, tanda-tanda awal yang keluar (yang menunjukkan datangnya hari kiamat) adalah terbitnya matahari dari arah barat dan juga keluarnya semacam binatang di hadapan orang ramai di waktu dhuha (kira-kira pukul 06.30-11.00). Di mana di antara kedua tanda ini keluar lebih dahulu sebelum yang satunya, maka yang satunya akan menyusul dalam waktu yang sangat dekat sesudah terjadinya yang pertama. Hadis ini juga untuk menguatkan tanda yang pertama."

3.Munculnya Imam al-Mahdi. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi. Beliau adalah masih berketurunan ahlul-bait (Rasulullah SAW), iaitu anak cucu Fatimah binti Muhammad SAW. Akhlaknya menyerupai akhlak Rasulullah, bentuk tubuhnya berbeza. Kemunculannya adalah untuk menegakkan agama Islam, kerana pada akhir-akhir ini agama Islam sudah tidak diamalkan lagi oleh umatnya. Saat itu, agama Islam akan terangkat lagi sehingga menjadi kukuh. Hal itu sesuai dengan janji Allah yang termaktub di dalam surah Al-Fath yang berbunyi: "Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkanNya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allan menjadi saksi." (Surah Al-Fath: 28)

4.Munculnya Dajjal.Dajjal iaitu seorang yang mengaku sebagai Tuhan, yang menabur fitnah di kalangan umat manusia agar meninggalkan agama Islam. Ia menginginkan dasar sekular (pemisahan agama dengan dunia) di kalangan umat manusia. Caranya adalah dengan menunjukkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, yang dapat menakjubkan umat manusia sehingga sebahagian umat manusia ada yang terpikat, tetapi bagi yang imannya kuat sulit untuk mengikutinya. Rasulullah SAW, melalui hadisnya juga mengingatkan akan datangnya Dajjal, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, yang ertinya:

"Tidak seorang Nabi pun yang diutus oleh Allah, melainkan ia memperingatkan kepada umatnya tentang kedatangan Dajjal. Dajjal akan keluar di kalangan kamu semua, maka tidak samar lagi bagimu tentang hal ehwalnya. Tidak samar pula bahawa Tuhanmu tidak buta sebelah matanya. Sesungguhnya Dajjal buta mata kanannya, seolah-olah metanya adalah sebuah batu yang menonjol."

Dajjal yang sering difahami sebagai pendusta/pembohong besar, yang menurut keterangan Rasulullah berjumlah 30 orang, mereka semuanya mengaku sebagai Rasulullah (para utusan Allah). Di samping ciri-ciri seperti yang telah disebutkan di atas, masih ada ciri-ciri seperti telah disebutkan di atas, masih ada ciri-ciri lain, iaitu satu matanya pecah/buta (axwar), buruk rupa, cerdik dan penipu. Dia mempunyai tanda kekafiran pada keningnya, dan amat mahir dalam ilmu pengetahuan alam. Orang banyak akan tertipu kerana kecanggihan ilmunya sehingga disangka dia adalah Tuhan. Beberapa Ulama Islam menyebutkan, di antara Dajjal akan adanya kelompok Qaddiyan dan Bahai.

Oleh kerana itu, jika melihat ciri-ciri yang disebutkan di atas sebenarnya pada saat sekarang ini, telah banyak di antara manusia yang mengaku sebagai rasul.

5.Turunnya Nabiyullah Isa a.s.. Dalam beberapa riwayat dijelaskan bahawa setelah munculnya Dajjal, akan muncul Nabi Isa a.s. Turunnya Isa a.s. adalah untuk memerintah dengan adil sekali san menerapkan syariat Islam. Demikian juga akan menerapkan hukum-hukum agama yang selama ini ditinggalkan oleh orang banyak, kemudian akan dihidupkan kembali. Di samping itu, Nabi Isa a.s. juga akan membunuh Dajjal. Kemudian terjadilah angin yang bertiup kencang, yang membawa tugas untuk mencabut seluruh nyawa kaum Muslimin. Dengan demikian, yang tertinggal adalah orang-orang yang tidak Islam. Akhirnya, terjadilah kehancuran dan kerosakan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, yang ertinya:

"Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaannya, pasti hampirlah putra Maryam (Isa Al-Masih) akan diturunkan dikalangan kamu sekalian dan menjadi seorang pemegang pemerintahan yang adil. Ia akan mematahkan palang salib, membunuh babi dan melenyapkan jual-beli. Saat itu harta meluap ruah sehingga tidak seorang pun yang suka menerimanya, sehingga sekali bersujud lebih baik dari pada dunia dan seisinya."

Abu Hurairah juga menyampaikan sebuah hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, yang terjemahnya: "Bacalah sekehendak hatimu ayat berikut: "Tidak ada seorang pun dari Alhi Kitab, kecuali akan beriman kepadanya (Isa) sebelum kematiannya. Dan di hari kiamat nanti Isa akan menjadi saksi terhadap mereka." (Surah An-Nisa': 159)

Dari keterangan tersebut dapat disimpulkan bahawa suatu hari nanti ahlil-kitab (Kaum Yahudi & Nasrani) akan beriman kepada Nabi Isa a.s. Akan tetapi keimanan mereka adalah sia-sia kerana mereka telah banyak melakukan kezaliman di muka bumi ini. Kecuali bagi mereka yang beriman dengan apa yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Maka disebabkan kezaliman yang amat besar dari perbuatan orang-orang Yahudi, kami haramkan atas mereka makanan yang baik-baik yang pernah dihalalkan bagi mereka, dan disebabkan mereka banyak menghalang manusia dari jalan Allah. Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran), dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu, -Khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan orang-orang yang menunaikan zakat, serta beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.." (Surah An-Nisa': 160-162)

6.Keluarnya Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj (bangsa yang pernah hidup pada zaman Raja Iskandar Zulqarnain). Mereka gemar berbuat kerosakan dan kekecohan sehingga pemerintah pada waktu itu mengalami kekacauan. Akhirnya, Raja Iskandar Zulqarnain dengan dibantu oleh rakyat tempatan membuat dinding dari besi dengan ukuran besar sebagai penjara bagi mereka. Namun, menjelang kiamat, tembok itu akan hancur rata dengan tanah seizin Allah. Kisah Raja Iskandar Zulqarnain dengan Yakjuj dan Makjuj diterangkan di dalam surah Al-Kahfi yang bermaksud: 

"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulqarnain. Katakanlah: "Aku akan membacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya": Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya. Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya). Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulqarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka". Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati". Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya. Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?" Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya". Maka mereka juga tidak dapat menebuknya.

(Setelah itu) berkatalah Zulqarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan temnok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar". Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar. Dan Kami memperlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata; (iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali." (Surah Al-Khafi: 83-101)

7.Robohnya Kaabah. Kaabah adalah kiblat umat Islam dalam beribadah sehingga ia dikenali sebagai tempat suci umat Islam. Selama ini, Allah telah menjaganya dari segala hal-hal yang buruk, yang dapat menggangu keberadaan dan kesucian Kaabah. Hal itu pernah dilakukan oleh pasukan Abrahah, yang akhirnya mereka dapat dihancurkan. Menurut Imam Ahmad, apabila menjelang kiamat Kaabah akan dihancurkan oleh perbuatan Dzusuwaqatain, seorang lelaki dari Habsyi (Ethiopia), dan akan menanggalkan kiswahnya. Hal itu diterangkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang ertinya: "Kaabah akan dirosak oleh seorang lelaki dari Habsyah (Ethiopia) yang memiliki dua pergelangan kaki yang bengkok, dia akan menghancurkan Kaabah dengan pemukul dan linggisnya.

8.Hilangnya ayat-ayat Al-Quran dari muka bumi, dan tidak tertinggal hurufnya walau pun satu, kecuali tinggal kertas putih. Pada situasi seperti ini, tiak seorang pun yang mempu mengingatkan walau satu ayat dari firman Allah yang terdapat di dalamnya.

9.Seluruh manusia di muka bumi menjadi kafir sehingga tidak ada lagi orang yang melakukan "amar ma'ruf nahi munkar". Kemudian, atas perintah Allah, Malaikat Israfil meniup terompet (sangkakala) sebagai tanda datangnya hari kiamat.

10.Fenomena alam sebagaimana yang diketahui, usia alam ini semakin hari semakin tua. Dengan usianya yang tua, maka secara langsung telah banyak organ-organnya yang rosak. Dahulu, alam ini sangat tenang, tetapi sekarang kian berubah. Hal itu disebabkan alam mengalami kerosakan, juga kerana alam dirosakkan oleh makhluknya, terutama oleh umat manusia.

     Di alam sebuah artikel yang berjudul: "Ends of Days Scenario", disebutkan bahawa antara penyebab kehancuran dunia meliputi bencana alam dan oleh manusia. Di antara akibat dari bencana alam tersebut ialah:
  1. Bencana alam dahsyat, seperti ledakan Gunung Toba di Indonesia, yang terjadi 71,500 tahun yang lalu. Dianggarkan pada saat itu umat manusia yang mati mencapai 10 juta.
  2. Ledakan radiasi gamma di luar angkasa.
  3. Berubahnya putaran bumi.
  4. Matahari yang membesar dan mengecil.
  5. Muntahan dari meteor. Hal itu pernah terjadi, walaupun dalam skala kecil pada tahun 1908 di Tunguska, Rusia.
  6. Lubang hitam yang muncul di luar angkasa dan menghancurkan bumi.
  7. Perubahan cuaca secara mengejut sedangkan perbuatan manusia mengakibatkannya.
  8. Kehabisan minyak.
  9. Perang nuklear, biologi dan kimia.
  10. Revolusi robot.
  11. Pemanasan global.
 Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

Bab 05: Tanda-tanda Hari Kiamat (part 1)


Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah datang hari kiamat sehingga matahari keluar dari arah Barat."

     Sebagai orang yang beragama Islam, sudah tentu dalam memahami sesuatu hanya menggunakan akal saja, lebih-lebih lagi dalam memahami kiamat yang merupakan masalah agama tetapi juga harus didasarkan kepada firman Allah (Al-Quran). Oleh kerana itu, untuk membicarakan tanda-tanda hari kiamat juga harus melandaskan kepada dua hal, pertama, Al-Quran dan Hadis; dan kedua, fenomena alam.


1.Al-Quran dan Hadis

     Allah berfirman di dalam Surah Muhammad: Apabila membicarakan tanda-tanda datangnya hari kiamat, memang merupakan suatu hal yang sulit. Namun pada saat sekarang ini, tanda-tanda yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW, sebahagian tanda-tanda telah kelihatan (terbukit), baik itu tanda-tanda Kiamat Sughraa (Kiamat Kecil), atau pun tanda-tanda Kiamat Kubraa (Kiamat Besar).


     Sebagai contoh, kiamat akan dimulai dengan rosaknya alam, seperti gempa bumi, badai, tsunami, gunung meletus, terbakarnya hutan, baik disengajakan oleh manusia, mahupun tidak disengajakan, dan tanda-tanda lain. Juga sering terjadinya badai yang merobohkan bangunan-bangunan, pohon-pohon, dan hilangnya nyawa manusia. Memandangkan sudah banyak tercemarnya lautan sehingga mengakibatkan banyak makhluk hidup yang mati. Cairnya ais di kutub (utara dan selatan) disebabkan kepanasan suhu global yang meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun, yang mengakibatkan kenaikan air laut dan adanya kesan perubahan iklim/cuaca. Adanya rumah kaca yang mengakibatkan udara semakin panas dan berbahang tinggi, pencemaran udara yang terjadi secara terus-menerus, dan tanda-tanda lainnya.


     Khusus yang berkaitan dengan gempa bumi, sehingga saat ini sudah terjadi ribuan kali gempa bumi, baik berskala besar mahupun kecil. Juga muncullah tsunami, akibat berlakunya gegaran didasar laut, seperti yang berlaku pada bandar acheh dua tahun dahulu. Demikian juga yang terjadi di belahan dunia lainnya.


     Secara ilmiah, peristiwa-peristiwa seperti itu menunjukkan adanya tanda-tanda kerosakan alam, yang suatu saat nanti alam ini akan berakhir/hancur (kiamat). Demikian juga dengan adanya tanda-tanda lain, seperti terasanya waktu yang begitu singkat sehingga komunikasi antara bandar, kepulauan dan negara dapat ditempuh dalam waktu singkat dan cepat, jumlah wanita yang lebih banyak, banyaknya pendusta/pembohong, banyaknya pecah amanah, merebaknya penzinaan dan lain sebagainya.


     Mengenai pembahagian tanda-tanda akan terjadinya kiamat, para ulama berbeza pendapat. Misalnya, ada ulama yang membahagikan tanda-tanda kiamat menjadi tiga bahagian, iaitu: tanda-tanda yang telah terjadi, tanda-tanda yang akan terjadi dan terus-menerus terjadinya, seperti zina; dan tanda-tanda yang akan terjadi. Juga ada yang membahagikan menjadi dua, iaitu tanda-tanda Kiamat Sughaa (kiamat kecil) dan Kiamat Kubraa (kiamat besar). Untuk mempermudahkan pemahaman, di sini akan disajikan pembahagian yang dua. Adapun perinciannya adalah sebahagian berikut.


A.Tanda-tanda kecil meliputi:

1.Diutusnya Muhammad SAW sebagai Rasul/Nabi terakhir. Dengan diutusnya Beliau, bererti tidak ada Nabi lagi setelahnya, yang benar-benar menjadi Rasul/pesuruh Allah SWT. Hal itu telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Tirmidzi, yang ertinya sebagai berikut:

"Saya diutuskan (oleh Allah) dan jaraknya dengan Hari Kiamat seperti dua jari ini. Tatkala bersabda, Beliau menunjukkan jarinya, iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya. Hal itu menunjukkan bahawa antara peritiwa diutusnya Nabi dengan hari kiamat sangat dekat."

2.Apabila yang menjadi penguasa (raja, menteri, amir dan lain sebagainya) adalah anak-anak wanita-wanita tawanan atau golongan rendah, bukan dari keturunan orang yang mulia. Seperti pendidikannya, akhlaknya, dan keperwiraannya yang rendah, yang akan mengakibatkan kacau dan rosaknya pemerintahan yang jujur.

3.Manusia yang terdiri dari fakir miskin dan penggembala kambing berlumba-lumba dalam kemegahan (mencari kekayaan). Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syaibah, pada suatu hari, Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril yang menanyakan, "Wahai Rasulullah, bilakah datangnya hari kiamat?" Rasulullah menjawab: "Tidakkah yang ditanya lebih mengerti daripada yang bertanya. Akan tetapi, saya hendak memberitahukan padamu tentang tanda-tandanya, iaitu di antaranya apabila hamba sahaya wanita telah melahirkan tuannya. Demikian juga, apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan telanjang (fakir miskin) serta penggembala kambing telah menjadi pemimpin-pemimpin manusia. Juga apabila para penggembala kambing sudah bermegah-megahan dalam bangunan-bangunan yang menjulang tinggi".

Hadis tersebut sekaligus menyokong keterangan nombor dua di atas. Terjadinya peperangan antara dua kelompok dakwah (sesama umat Islam). Sememangnya, peristiwa itu telah terjadi tatkala adanya peperangan antara Khalifah Ali Karramallaahu Wajhah dengan gabenor Syam, iaitu Khalifah Muawiyah dan pengikutnya.

4.Lenyapnya ilmu pengetahuan dan meluasnya kebodohan.Dimaksudkan dengan lenyapnya ilmu pengetahuan adalah wafatnya alim ulama, cendiakawan muslim, dan para muballigh. Padahal mereka adalah para pendakwah Islam yang jujur, dan tidak mengenal lelah dalam dakwahnya.

5.Terjadinya gempa bumi yang berulang kali. Kejadian ini banyak berlaku di negara jirang seperti Indonesia dan Filipina. Semenjak gempa di wilayah Acheh, wilayah Daerah Istimewa Yogjakarta, dan wilayah Jawa Barat, serta muntahan gunung berapi Mayon di Filipina, telah diikuti oleh gegaran kecil yang lain. Hal itu menunjukkan tanda-tanda rosaknya dunia.

6.Waktu terasa sangat pendek. Dengan munculnya teknologi tinggi sehingga banyaknya negara maju membuat pesawat supersonik, challanger dan lain sebagainya, jarang antara satu kota ke kota yang lain; antara satu pulau ke pulau lain; antara satu negara ke negara yang lain; dan antara benua ke benua yang lain sangat dekat. Contoh-contoh tersebut menunjukkan bahawa hal-hal yang ghaib telah diberitahukan sebelumnya oleh Allah SWT kepada RasulNya mengenai hal-hal yang akan terjadi di kemudian hari.

Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

Taubat


Hanya kepada Engkau kami sembah,
Dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan,
Sesungguhnya dosa-dosa kami ibarat debu-debu tanah,
Beruntunglah bagi siapa-siapa yang memohon keampunan.

Pintu taubat itu sentiasa terbuka,
Tidak pernah tertutup selagi nyawa masih dikandung badan,
Jangan habiskan usiamu dengan perbuatan sia-sia,
Nescaya selamat pada kemudian hari yang tiada lagi untungnya penyesalan.

Iman itu boleh bertambah dan berkurang,
Manusia itu sering alpa dan mudah terlanjur,
Sering melanggar tegahan dan pantang-larang,
Teruskan bertaubat selagi tubuhmu belum ditempatkan di dalam kubur.

"Di manakah hamba-hambaKu yang memohon keampunan?
Akan Ku ampunkan segala dosa-dosa mereka seolah-olah mereka baru dilahirkan",
Hati kecilku berkata, 'Adakah aku termasuk dalam golongan yang diberi ampunan?'
Yakinlah dengan janji Allah  yang Maha Pemurah lagi Maha Pengampun.

Tuhan,
Diri ini tidak layak ke syurgaMu,
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu.

Aku takut kepadaMu,
Ku mengharap jua padaMu,
Moga aku akan selamat dunia akhirat,
Ku terus berharap dan berharap, hanya padaMu.

- Artikel iLuvislam.com-

02 July 2011

Kisah Umar Al-Khaththab

 

Gaya Pemerintahan Umar al Khattab


1. Umar Yang Berjiwa Rakyat

Pada suatu hari, Umar al-Khattab naik mimbar dan berkhutbah.

“Wahai, kaum Muslimin! Apakah tindakanmu apabila aku memiringkan kepalaku ke arah dunia seperti ini?” (lalu beliau memiringkan kepalanya).

Seorang sahabat menghunus pedangnya. Sambil mengisyaratkan gerakan memotong leher, ia berkata, "Kami akan melakukan ini.”

“Maksudnya, kau akan melakukannya terhadapku?” Umar bertanya.

“Ya!” Orang itu menjawab.

Lalu Umar berkata, “Semoga Allah memberimu rahmat! Alhamdulillah, kerana ada rakyatku yang boleh meluruskan perjalananku apabila menyimpang dari kebenaran.”

2. Umar Menentang Pemborosan


Pada suatu hari, Umar al-Khattab mendengar bahAwa salah seorang anaknya membeli cincin bermata seharga seribu dirham. Dia segera menulis surat teguran kepada anaknya dengan kata-kata sebagai berikut:

“Aku mendengar bahwa engkau membeli cincin permata seharga seribu dirham. Kalau hal itu benar, maka segera juallah cincin itu dan gunakalah wangnya untuk mengenyangkan seribu orang yang lapar, lalu buatlah cincin dari besi dan ukirlah dengan kata-kata, Semoga Allah merahmati orang yang mengenali jati dirinya.”

3. Peristiwa Umar Meminjam Wang

 
Pada suatu hari, Umar al-Khattab memerlukan wang untuk keperluan peribadi. Dia menghubungi Abdurrahman bin 'Auf, sahabatnya yang berada, untuk meminjam sebanyak 400 dirham.

“Mengapa engkau meminjam dariku? Bukankah kunci Baitul Maal (perbendaharaan negara) berada di tanganmu? Mengapa engkau tidak meminjam dari sana?” Abdurrahman bertanya.

“Aku tidak mau meminjam dari Baitul Maal. Aku takut pada saat maut datang menghampiriku, engkau dan segenap kaum Muslimin menuduhku menggunakan wang Baitul Maal. Jika hal itu terjadi, pasti amal kebajikanku diakhirat berkurangan. Sedangkan kalau aku meminjam dari engkau, jika aku meninggal sebelum aku membayarny kembali, engkau dapat menagih hutangku dari ahli warisku,” Umar menjawab bagi menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang amanah.

4. Umar Mengakui Kesalahan


Pada suatu hari, Umar al-Khattab berkhutbah di hadapan kaum Muslimin.

“Jangan memberikan mas kahwin lebih dari 40 uqiyah (1240 gram). Barangsiapa yang melebihkannya, maka baki tersebut akan kuserahkan ke Baitul Maal,” katanya.

Dengan berani, seorang wanita membalas kata-kata Umar itu. “Apakah yang dihalalkan Allah akan diharamkan oleh Umar? Bukankah Allah berfirman, ‘Sedang kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka sejumlah harta, maka janganlah kamu mengambil dari padanya sedikitpun’(An Nisaa':20),” kat wanita itu.

Umar sedar bahawa dia telah tersilap kata. “Benar apa yang dikatakan wanita itu dan akulah salah,” katanya mengakui kesilapan.

6. Umar adil dalam membuat keputusan

Pada suatu hari, seorang wanita datang dan mengadu kepada Umar al-Khattab, bahawa dia telah diperkosa. Menurut perempuan itu, oleh kerana dia melawan dan memberontak, air mani lelaki tersebut telah tertumpah dan mengotori pakaiannya.

Sebagai bukti, wanita itu menunjukkan pakaiannya yang terkena tumpahan cairan putih. Umar walau bagaimanapun tidak segera percaya terhadap wanita itu. Dan meminta pendapat Ali bin Abi Talib.

“Sirami tumpahan putih itu dengan air panas. Kalau kesan itu membeku, maka itu pasti putih telur. Kalau kesan itu hilang dan lumat bersama air, maka itu adalah air mani,” kata Ali.

Ketika kesan itu disiram air panas, ternyata ia membeku. Umar dan Ali pun memutuskan bahawa pengaduan wanita itu palsu.

“Bertakwalah kamu kepada Allah, wahai wanita! Pengaduanmu ternyata bohong dan tuduhanmu itu adalah palsu,” kata Umar kepada wanita itu sebagai menasihatinya.

01 July 2011

Peristiwa 15 Ramadhan 2012???

December 21 2012

Pada 2012 apa fenomena alam yang berlaku..? Pada 2012 saintis sebenarnya meramalkan semua planet akan berada dalam satu garisan selari. Bermula dari planet neptun hingga matahari. Dan juga tarikan graviti yang lebih kuat daripada biasa. Kesannya..? adalah pada peralatan elektrik dan elektronik yang akan terganggu. Tapi sejauh mana kesahihannya...?

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan

Dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu... ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 baca hadis bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


Sejauh mana kebenaran dan maksud hadis ini wallahualam.. 

Artikel ini dihantar melalui email dr "ssorg yg tidak dikenali"

Bab 04: Nama-nama Hari Kiamat


"Hari yang menggemparkan, Apa dia hari yang menggemparkan itu? Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? (Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, Maka ia berada dalam kehidupan senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? Haawiyah itu ialah: api yang panas membakar. (Surah Al-Qaariah: 1-11)

     Agama Islam mempunyai sendi-sendi asas (arkan dari rukun), Arkaanul-Imaan atau seringkali dikenali dengan Rukun Iman, yang jumlahnya ada enam, iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat-malaikat Allah, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada para Nabi dan Rasul Allah, beriman kepada Hari Akhir dan beriman kepada Qadha dan Qadar Allah. Sedangkan pembicaraan Hari Akhir (Hari Kiamat dimasukkan dalam Rukun Iman yang kelima).

     Munculnya Hari Akhir dimulai engan tiupan sangkakala yang pertama. Hal itu riwayatkan Allah dengan firmannya di dalam Al-Quran surah Az-Zumar: "Dan ditiuplah sangkakala (yang pertama), maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikhendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (keputusannya dan haluan masing-masing)." (Surah Az-Zumar: 68)

     Jadi, setelah ditiupnya sangkakala yang pertama, berakhirlah kehidupan di alam dunia ini (kiamat). Semua yang ada di alam ini akan binasa, kerana semua yang hidup bakal dimatikan, kecuali Zat Allah. Sesuai dengan keterangan ayat di atas juga, manusia yang sudah mati dibangkitkan kembali, setelah sangkakala kedua ditiup.

     Ayat lain di dalam Surah Yasin: "Dan sudah tentu akan ditiupkan sangkakala (menghidupkan orang-orang yang telah mati; apabila berlaku yang demikian) maka semuanya segera bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk) menghadap Tuhannya. (Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?, (Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul!. Hanyalah dengan berlakunya satu pekikan sahaja, maka dengan serta-merta mereka dihimpunkan ke tempat pembicaraan Kami, semuanya dibawa hadir (untuk menerima balasan). Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan; Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin; Mereka beroleh dalam Syurga itu pelbagai jenis buah-buahan, dan mereka beroleh apa sahaja yang mereka kehendaki; (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. Dan (sebaliknya dikatakan kepada orang-orang yang kafir): "Berpisahlah kamu pada hari ini, hai orang-orang yang berdosa, (dari bercampur gaul dengan orang-orang yang beriman)." (Surah Yasin: 51-59)

     Kemudian Allah akan menjadikan alam lain, yang kehidupannya lebih kekal dan lebih baik. Di alam itulah Allah akan memperlihatkan hisab (perhitungan) amal perbuatan setiap orang yang pernah dilakukan di dunia. Allah juga akan membuat neraca/timbangan untuk mengetahui amalan manusia yang baik dan yang buruk untuk ditentukan hukumnya.

     oleh kerana itu, apabila kita ingin mengetahu hal-hal yang berkaitan dengan hari akhir, maka hal itu tidak dapat dilepaskan pembicaraannya dengan hari kiamat. kata kiamat berasal dari kata dalam bahasa Arab qaama - yaquumu - qiyaam atau qiyaamah, yang berarti berdiri. Dikatakan berdiri, kerana pada saat itu manusia bangun (berdiri) dari kuburnya; atau semua manusia berdiri untuk menghadap Allah SWT atau para Malaikat dan Roh (Malaikat Jibril) berdiri bersaf-saf. Dalam bahasa Melayu, kata qiyamah berubah pengucapannya menjadi qiamat (kiamat), iaitu hari akhir zaman (yang pada saat itu dunia seisinya rosak binasa dan lenyap).

     Kiamat terjadi tatkala keadaan manusia di puncak kerosakan, kekufuran dan kekejaman. Dalam keadaan semacam itu, kemudian Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniup sangkakala atau terompet (tiupan pertama), yang bunyinya terdengar dari berbagai arah mata angin; timur sampai barat, utara sampai selatan, bahkan sampai angkasa luar. Pada saat itu, bumi bergoncang sehebat-hebatnya, gunung-gunung meletus dan isinya berterbangan, menjadi debu. Pada saat itu pula terjadi tsunami sehingga air lautan bergulung. Dengan dmikian, umat manusia dan makhluk hidup lainnya sudah tidak bergerak (mati dari melakukan sesuatu). Hal semacam itu diterangkan oleh Al-Quran di dalam surah Az-Zalzalah: "Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban yang berat (yang dikandunginya, dan manusia bertanya:Mengapa bumi (jadi sebegini)?" Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah (biji sawi) pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, necsaya dia akan melihat (balasannya juga)." (Surah Az-Zalzalah: 1-8)

     Setelah kiamat, maka terjadilah kematian secara menyeluruh dan serentak bagi semua makhluk yang ada di dunia. Semua malaikat mati, semua manusia mati, semua binatang mati dan tumbuh-tumbuhan mati, semua jin dan iblis mati, semua benda-benda langit (bintang dan planet) mati. Semua sungai dan lautan mati (tidak mengalir). Angin mati dan tidak berhembus lagi, yang hidup hanyalah Allah SWT semata.

     Di dalam Al-Quran, kata kiamat disebut sebanyak 70 kali. Jika ditambah dengan kata-kata padanan (sinonim)nya atau yang seerti dengan kiamat, maka di dalam Al-Quran terdapat dalam 311 tempat. Oleh kerana itu, di sini diterangkan kata-kata kiamat, yang terdapat di dalam Al-Quran. Adapun terperincinya adalah sebagai berikut.

1.Aakhirah/Yaumul-Aakhir/Aakhir (Akhirat/Hari Akhir/Akhir)
Iaitu hari terahkir dari umur alam kita ini. "Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'laa: 17). "Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhir (Hari Kemudian)', pada-hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman." (Surah Al-Baqarah: 8)

2.Ghaasyiyah (kejadian yang menyelubungi/hari pembalasan/peristiwa yang dahsyat)
Kerana kedahsyatan peristiwa tersebut belum pernah terjadi di alam dunia. "Sudah datangkah kepadamu berita (tentang) hari pembalasan?" (Surah Al-Ghaasyiyah: 1)

3.Haaqqah (Keadaan yang sebenarnya)
Kerana pada saat itu manusia akan menunjukkan amalan sebenarnya yang pernah dilakukan di alam dunia. "Hari kiamat. Apakah Hari Kiamat itu. Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?" (Surah Al-Haaqqah: 1-3)

4.Yaumul-Qiyaamah (Hari Kiamat)
Iaitu hari didirikan (dibangkitkan) manusia dari kubur. "Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombongkan diri." (Surh Az-Zumar: 60)

5.Saa'ah (Waktu)
Iaitu saat/waktu berakhirnya kehidupan di alam dunia, dan waktu mulainya kehidupan di alam baru (alam akhirat). "Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan." (surah Al-Qamar: 1)

6.Saakhkhah (Suara yang memekakkan telinga)
Kerana pada hari kiamat akan ditiupkan sangkakala dengan suara yang sangat keras sehingga terdengar di arah timur, barat, utara dan selatan. "Apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua). Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya." (Surah Abasa: 33-34)

7.Soihah (Teriakan)
Kerana adanya suara yang memekakkan telinga sehingga manusia berteriak dengan sekeras-kerasnya, kerana ketakutan. "Tidak ada seksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati." (Surah Yasin: 29)

8.Waaqiah (Peristiwa dahsyat)
Iaitu datangnya hari kiamat merupakan peristiwa yang amat dahsyat. "Apabila berlaku hari kiamat itu, tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat)." (Surah Al-Waaqi'ah: 1-3)

9.Yaumul-Aazifah (Hari yang dekat)
Kerana setelah diutusnya Nabi Muhammad SAW, Beliau sudak memaklumkan bahawa kedatangan hari kiamat sudah dekat. "Telah dekat terjadinya hari kiamat." (Surah An0Najm: 57)

10.Yaumun'Azhiim (Hari yang besar/Agung)
Kerana peristiwa itu betul-betul peristiwa yang besar, agung, yang belum pernah terjadi di alam dunia. "Pada suatu hari yang besar/agung, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?" (Surah Al-Muthaffiffin: 5-6)

11.Yaumun'Asiir (Hari yang sulit/Hari yang berat)
Kerana pada saat itu manusia betul-betul dalam keadaan sulit dan berat dikeranakan manusia tidak dapat meminta bantuan/pertolongan kepada siapa pun. "Maka waktu itu (Hari Kiamat) adalah waktu (datangnya) hari yang sulit." (Surah Al-Muddatsir: 9)

12.Yaumul-Ba'ats (Hari berbangkit)
Kerana pada hari tersebut manusia yang berada di dalam kubur dibangkitkan kembali untuk dihisab. "Berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): 'Sesungguhnya kamu telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak meyakini(nya)?" (Surah Ar-Ruum: 56)

13.Yaumud-Din (Hari pembalasan)
Kerana pada hari itu manusia akan menerima pembalasan dari Allah atas segala amal perbuatannya, amalan yang telah dilakukan di alam dunia. "Yang menguasai hari pembalasan." (Surah Al-Faatihah: 4)

14.Yaumul-Fasl (Hari pemisah/kepastian/keputusan)
Kerana pada hari itu manusia menerima keputusan dari Allah, apakah ia akan senang, atau akan susah; akan masuk ke syurga, apakah masuk ke neraka. Dengan masuknya manusia ke syurga dan ke neraka, secara langsung mereka hidup terpisah. "Sesungguhnya Hari pemisah (keputusan) adalah suatu waktu yang ditetapkan." (Surah An-Naba': 17)

15.Yaumul-Fath (Hari kemenangan)
Kerana manusia yang masuk ke syurga akan merasa kemenangan, dan yang akan masuk ke neraka akan merasa kalah. Katakanlah: "Pada hari kemenangan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir iman mereka dan tidak (pula) mereka diberi penangguhan." (Surah As-Sajdah: 29)

16.Yaumul-Hasrah (Hari penyesalan)
Kerana manusia yang tatkala hidupnya tidak mahu mentaati perintah Allah dan banyak melakukan amal buruknya, ia akan menyesal dan akan mendapat seksa dari Allah, dan akan dimasukkan ke neraka. "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (iaitu) ketika segala perkara telah diputus. Dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman." (Surah Maryam: 39)

17.Yaumul-Hisab/Yaumul-Muhaasabah (Hari perhitungan)
Iaitu pada saat itu manusia akan diperhitungkan amal perbuatannya. "Dan musa berkata: 'Sesungguhnya aku berlindung kepada Tuhanku dan Tuhanmu dari setiap orang yang menyombongkan diri yang tidak beriman kepada hari berhisab." (Surah Al-Mu'min: 27)

18.Yaumul-Jam'i (Hari berkumpul)
Iaitu hari berkumpulnya manusia untuk dihisab. "(Ingatlah) hari (yang pada waktu itu) Allah mengumpulkan kamu pada hari pemgumpulan (untuk dihisab)..." (surah At-Taghaabun: 9)

19.Yaumul-Jaza' (Hari pembalasan)
Iaitu hari pembalasan amalan manusia (yang baik dan yang buruk), yang telah dikerjakan manusia semasa hidup di dunia. "Sebagai pembalasan yang setimpal. ...sebagai balasan dari Tuhanmu dan pemberian yang cukup banyak." (Surah An-Naba : 26 & 36)

20.Yaumul-Khizy (Hari kehinaan)
Iaitu hari terhinanya manusia di hadapan Allah, kerana amalannya yang buruk yang dilakukan di alam dunia sehingga ia mendapatkan seksa. "...sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu di antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.." (Surah Al0Baqarah: 85)

21.Yaumul-Khuluud (Hari kekekalan)
Iaitu manusia akan hidup di alam akhirat yang kekal. "Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan." (Surah Qaaf: 34)

22.Yaumul-Khuruuj (Hari keluar)
Iaitu hari manusia keluar dari kuburnya. "(Iaitu) pada hari mereka mendengar teriakan dengan sebenar-benarnya, irulah hari keluar (dari kubur)." (Surah Qaaf: 42)

23.Yaumul laa rayba fih (Hari yang tidak ragu lagi padanya)
Iaitu bahawa hari kiamat pasti akan terjadi, tidak perlu diragukan lagi kedatangannya. "Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia untuk (menerima pembalasan pada) hari yang tak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji." (Surah Ali 'Imran: 9)

24.Yaumul laa tajzi nafsun an nafsin Syai'an
Hari yang seseorang tidak dapat diberi pahala (ganjaran) atau tidak mendapat pembelaan dari orang lain. "Jagalah dirimu dari (azab) hari kiamat, (yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafaat dan tebusan daripadanya, dan tidaklah mereka akan ditolong." (Surah Al-Baqarah: 48)

25.Yauma laayanfa'u maalun walaa banuun (Hari yang harta benda dan anak keturunan tida memberi manfaat lagi)
"Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan, (iaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (Surah Asy-Syu'araa: 87-89)

26.Yaumun-Nadaamah (Hari penyesalan)
Iaitu penyesalan manusia, kerana tatkala hidup di dunia tidak mentaati perintah-perintah Allah dan tidak beramal soleh. "Sifat diri yang zalim (musyrik) itu mempunyai segala apa yang ada di bumi ini, tentu dia menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dianiaya." (Surah Yunus: 54)

27.Yaumun-Nusyuur (Hari kebangkitan)
Iaitu hari dibangkitkannya kembali manusia dari alam kubur. "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadNya kamu (kembali setelah) dibangkitkan." (surah Al-Mulk:15)

28.Yaumul-Qaari'ah (Hari keributan/Hari kiamat)
Iaitu hari yang pada saat itu manusia dalam keadaan tidak ketentuan, kerana menghadapi kiamat yang begitu mengerikan. "Hari kiamat, apakah hari kiamat itu? Tahukah kamu apakah hari kiamat itu?" (Surah Al-Qari'ah: 1-3)

29.Yaumus Saa'iqah (Hari kegoncangan)
Iaitu pada saat itu bumi digincangkan sehingga manusia menjadi panik. "Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing)." (Surah Az-Zumar: 68)

30.Yaum at-Taghaabun (Hari memperlihatkan kesalahan)
Iaitu pada hari itu manusia mmperlihatkan kesalahannya di hadapan Allah SWT.  "...itulah hari (waktu itu) ditampakkan kesalahan-kesalahan..." (Surah At-Taghaabun: 9)

31.Yaumut-Talaaqi (Hari pertemuan)
Iaitu hari bertemunya semua manusia di Mahsyar, setelah dinangkitkan dari kubur. "Dia lah Yang Maha Tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang dilambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Ia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RaulNya), supaya Ia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan,." (Surah Al-Mu'min: 15)

32.Yaum at-Tanaadi (Hari panggilan)
Kerana pada hari manusia saling panggil-memanggil antara satu lainnya. Mereka sudah tidak mampu lagi memberi pertolongan. "Hai kaumku, sesungguhnya aku khuatir terhadapmu akan siksaan hari panggil-memanggil." (Surah Al-Mu'min: 32)

33.Yaumun tasykhasu fiihil absaar (Hari Seluruh penglihatan manusia ditunjukan kepadanya)
Kerana pada hari itu manusia dalam keadaan terperanjat, kerana merasa beratnya hari tersebut akibat kezaliman yang dilakukan di dunia. "Dan janganlah enhkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).." (Surah Ibrahim:42)

34.Yaumuth-Thaammah (Hari bencana yang Maha Besar/Hari kesulitan)
Iaitu hari bencana bagi manusia yang tidak beriman kepada Allah dan tidak mahu beramal soleh. "Maka apabila malapetaka yang sangat besar (hari kiamat) telah datang. Pada hari (ketika) manusia teringat akan apa yang telah dikerjakan." (Surah An-Naazi'aat: 34-35)

35.Yaumul-Wa'iid (Hari ancaman)
Iaitu hari diancamnya manusia dengan hukuman Allah. "Dan ditiuplah sangkakala, itulah hari terlaksananya ancaman." (Surah Qaaf: 20)

36.Yaumul-Wazn (Hari pertimbangan)
Iaitu hari ditimbangnya amal baik dan amal buruk oleh Allah SWT. "Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Surah Al-A'rag: 8)

37.Yauma yafirrul mar'u min akhiihi wa ummihi wa abiihi wa saahibatihi wa baniih (Hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dan bapanya, dari isteri dan anak-anaknya)
"Dan apabila datang suara yang memekakkan (tiupan sangkakala yang kedua). Pada hari ketika manusia lari dari saudaranya, dari ibu dab bapanya, dari isteri dan anak-anaknya. Pada hari itu, setiap orang dari mereka mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya. Banyak muka pada hari itu berseri-seri, tertawa dan gembira ria, dan pada hari itu banyak (pula) muka tertutup debu, dan ditutup lagi oleh kegelapan. Mereka itulah orang-orang kafif lagi durhaka." (Surah 'Abasa: 33-42)

38.Yaum Az-Zalzalah (Hari kegoncangan/hari terjadinya gempa bumi yang dahsyat)
Iaitu hari digoncangknya dunia dengan goncangan yang sangat keras (luar biasa) sehingga manusia mati semuanya. "Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.." (Surah Al-Hajj: 1)

Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

30 June 2011

Bab 03: Salah Satu Ciri Keimanan Orang Islam adalah Percaya Kepada Hari Akhirat



"...tetapi sesungguhnya kebajikan ialah beriman kepada Allah, hari kemudian (hari akhir)..." (Surah Al-Baqarah: 177)

     Sebelum membahaskan tentang hari kiamat dengan lebih jauh, maka terlebih dahulu kita perlu mengetahui tentang aspek-aspek ajaran Islam, yang meliputi kehidupan rohaniah dan jasmaniah, duniawiah dan ukhrawiah. Aspek-aspek tersebut meliputi Aqidah, Syariah dan Akhlak. Aqidah atau yang sering disebut keimanan yang berpangkal pada ajaran tentang keyakinan kepada Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab Allah, Rasul-rasul Allah, Hari Akhir (kiamat) dan Qadha & QadarNya. Orang yang beraqidah terhadap hal-hal tersebut di atas, dinamakan orang yang beriman (Mukmin).

     Amalan orang yang beriman hendaklah selalu berpandukan kepada sumber-sumber utama agama Islam, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah, yang mana para perawinya telah memberi keyakinan kepada kita bahawa ajaran Islam benar-benar datang dari Allah dan dibawa oleh NabiNya Muhammad SAW. Dalam masalah ini, akal manusia tidak diberi kesempatan untuk menambah hal-hal yang tersurah di dalam kitab Suci Al-Quran dan Sunnah Rasul, yang bersifat mutlak kebenarannya. Ini disebabkan, apabila dalam masalah ini akal akan diberi kesempatan untuk menambah hal-hal yang baru, tentunya akan terjadi penyelewengan ajaran Islam yang telah digariskan oleh Al-Quran, dan ajaran Islam akan menjadi relatif. Dalam ajaran Islam, akal manusia dibenarkan untuk memahami dan mengkaji ajaran-ajaran yang tertulis di dalam Al-Quran dan Sunnah saja, bahkan Allah sendiri menghargai akal pemikiran manusia. Tidak ada sedikit pun perintah Allah yang ditujukan kepada manusia agar tidak mempergunakan akalnya sehingga terdapat kata-kata ta'qiluun, ya'qiluun dan seterusnya. Sebagai contoh yang terdapat di dalam Al-Quran surah Al-An'aam:  "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sesungguhnya kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apakah kamu tidak memahaminya?" (Surah Al-An'aam: 32)

     Juga di dalam surah Yusuf: "Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Quran) di dalam bahasa Arab, agar kamu memahaminya." (Surah Yusuf: 2)

     Berkaitan dengan itu, tatkala Al-Quran memaklumkan kepada kita bahwa Nabi Muhammad SAW adalah sebagai penutup para Nabi, seperti yang ternyata dalam surah Al-Ahzab: "Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Ahzab: 40)

     Maka manusia tidak boleh mempercayai kata-kata yang ada seseorang yang mengaku dirinya sebagai Nabi setelah Nabi Muhammad SAW.

     Oleh kerana itu, walaupun ada orang yang mengemukakan dalil-dalil yang beraneka ragam yang datangnya bukan dari Al-Quran, maka dalil tersebut harus ditolak. Demikian juga, apabila ada orang yang mengaku dapat meramal bahawa datangnya hari kiamat pada waktu dan tanggal sekian, juga harus ditolak. Mengapa? Kerana, ramalan seperti itu tidak terdapat di dalam Al-Quran, dan tidak pula berasal dari Rasulullah SAW (Hadis). Lebih-lebih lagi keterangan itu boleh meresahkan manusia, bahkan ada yang mengemukakan pendapat seperti itu adalah pimpinan salah satu aliran agama, maka dia akan ditinggalkan oleh pengikutnya. Hal itu sudah banyak terjadi di dunia ini.

     Dalam sejarah Islam, yang disebut orang yang betul-betul beriman adalah orang yang selalu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan mentaati apa yang diperintahkan oleh-Nya melalui Al-Quran dan Sunnah Nabi-Nya. Di samping itu, ia selalu berpendirian tetap di dalam pegangan agama Islam dan melaksanakan dengan baik supaya dia akan hidup bahagia di dunia dan akhirat. Allah Ta'ala telah menghuraikan ciri-ciri orang-orang yang beriman seperti terdapat di dalam surah An-Naml: "Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya), menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka pula percaya dengan yakin akan hari akhirat." (Surah An-Naml: 1-3)

     Jika ditinjau lebih jauh, sesungguhnya ciri-ciri orang yang beriman bukan hanya itu saja, tetapi maih banyak lagi. Tentunya, dengan beriman kepada hari Akhirat akan menjadikan ia pemangkin semangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan dan meninggalkan keburukan.

     Tatlaka Al-Quran membicarakan kebaikan, maka disebutlah bahawa aqidah yang menjadi pendorong dari amal perbuatan yang baik (soleh). Jadi, aqidah diumpamakan sebagai tapak sebuah rumah yang kukuh, di mana disitulah nantinya rumah akan didirikan, dan juga disitulah tiangnya akan didirikan. Dengan yang demikian, bangunan yang didirikan di atasnya akan menjadi kukuh dan tidak akan roboh. Allah berfirman mengenai hal itu melalui surah Al-Baqarah: "Bukanlah perkara kebajika itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari Akhirat, dan segala Malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan pendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, -kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan kepada orang-orang miskin dan orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan dalam ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil.(orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-Baqarah: 177)

Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

29 June 2011

Bab 02: Tentang Hari Kiamat


"Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak  seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia." (Surah Al-A'raf: 187)

      Kiamat adalah suatu peristiwa yang sudah tentu bakal terjadi, luar biasa dan sangat agung, yang tidak dapat ditolak dan dihindari oleh siapa pun. Wajar, jika beberapa ayat Al-Quran menggambarkannya dengan adanya keajaiban-keajaiban yang mustahil terjadi pada hari-hari biasa. Di samping pasti bakal terjadi, luar biasa dan sangat agung, Al-Quran juga mengungkapkan bahwa kiamat adalah peristiwa yang sangat dahsyat dan sangat mengerikan. Seperti apa yang telah diterangkan di dalam surah Al-Hajj firmanNya: "Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan." (surah Al-Hajj : 1-2)

     Bagi yang secara langsung mempercayai hari kiamat, biasanya kerana mereka berpegang teguh kepada suatu agama, yang di dalamnya ada keimanan (kepercayaan) terhadap hari kiamat (hari akhir) sehingga mereka langsung mengimaninya.

     Kadang-kadang juga bukan kerana menganut suatu agama, tetapi kerana mereka meyakini bahawa berdasarkan sunatullah (hukum alam) dunia ini akan hancur (berakhir). Dengan kepercayaan tersebut, mereka meneliti kerosakan alam dunia dan meramalkan bahawa pada hari, tanggal, bulan, tahun tertentu bakal terjadi kiamat.

     Memang, sikap seperti itu sudah terjadi sejak sekian lama, walaupun seringkali hasil ramalannya meleset, dan sempat meresahkan umat manusia. Pendapat seperti itu bukan hanya muncul di negara kita, bahkan juga di negara-negara lain. Bukan datang dari para saintis saja, tetapi juga dari tokoh-tokoh agama, para bijak pandai, sehingga orang awam.

     Pendapat mutakhir tentang penentuan akan terjadinya hari kiamat adalah pendapat yang dikemukakan oleh Lawrence E.Joseph, yang menulis sebuah buku yang berjudul: kiamat 2012, Kajian Akhir Zaman. Penerimaan terhadap buku itu secara berluasa sehingga muncul karangan lain. Demikian juga halnya yang berlaku melalui televisyen, temuramah dan wawancara telah menyimpulkan bahawa kemungkinan peristiwa yang bakal terjadi pada tahun 2012 adalah hanya kiamat kecil.

     Rupanya, Joseph mengembangkan ramalan buku Suku Maya Kuno di Mexico, yang telah meramalkan bahawa hari kiamat akan terjadi pada tahun 2012. menurutnya, dia telah melakukan pemerhatian secara teliti dengan mengamati terjadinya kerosakan-kerosakan yang terjadi di alam ini sehingga ramalan Suku Maya tersebut bahawa hari kiamat yang bakal terjadi pada tahun 2012 dibenarkan olehnya.

    Sebenarnya, Suku Maya tidak meramalkan bahawa pada tahun 2012 akan terjadi kiamat, bahkan dibidaskan oleh ketua Suku Maya, Apolinario Chile Pixtun berita itu tidak benar. Dia pun merasa bosan kerana banyaknya pertanyaan tentang kalendar Maya yang dikatakan bahawa kiamat yang bakal terjadi pada tahun 2012. Maka, untuk mencari jalan penyelesaian Pixtun menyatakan bahawa teori-teori tentang kiamat bakal terjadi pada tahun 2012 datang dari Barat. Menurutnya, sebuah jangka waktu yang penting bagi orang Maya emang berakhir pada waktu itu, dan orang-orang yang telah menemukan serangkaian deretan astronomi yang menyebutkan bahawa pada tahun 2012 akan ada kejadian yang jarang-jarang berlaku, yang merupakan sebahagian dari pertemuan setiap 25,800 tahun. Sebahagian ahli arkeologi, astronomi dan suku India mengatakan, satu-satunya yang mungkin akan melanggar bumi adalah hujan New Age dan khabar angin mengenai soal kiamat berlarutan di internet. Dengan kata lain, hari kiamat itu tidak benar (akan terjadi pada tahun 2012).
     Namun, menurut David Stuart, seorang pakar epigrafi Maya dari University Texas Austin, bahawa hal itu tidak ada kaitan dengan soal kiamat. "Itu merupakan ulang tahun khusus soal penciptaan". "Orang Maya tidak pernah mengatakan bahawa dunia akan berakhir; dan tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk akan terjadi. Mereka hanya mencatat peringatan masa depan di Monumen Enam." Bernal mengatakan bahawa kiamat merupakan sebuah konsep "Kebaratan atau Kristianity" yang diprovokasikan kepada orang Maya.

     Sememangnya, menurut Al-Quran akan terjadinya kiamat dimulai dengan kerosakan alam semesta. Hal itu dapat dilihat di dalam Surah At-Takwiir: "Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surah-surah amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan; (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya." (Surah At-Takwiir: 1-14)

     Sebagai komen terhadap ramalan yang terdapat di dalam buku tersebut, atau mungkin ramalan-ramalan yang terdapat di dalam sumber yang lain, bahkan ramalan yang tidak dibukukan, maka tulisan ini mengulas sedikit tentang hari kiamat menurut Al-Quran. Walaupun, sebahagian orang memuji dan tunduk terhadap hasil penelitian yang telah di lakukan oleh Lawrence E.Joseph, yang berpendapat bahawa dunia ini sudah cukup parah tahap kerosakannya. Akhir-akhir ini, fenomena alam juga menunjukkan bahawa paling tidak ada 10 kejadian berikut:

1.Kebakaran hutan besar-besaran.
Akhir-akhir ini, kebakaran hutan terjadi di mana-mana, termasuk di Asia Tenggara. Akibatnya, suhu kian panas dan kutub lebih mencair.

2.Hasil sejarah lama yang cepat rosak.
Akibat keadaan alam yang tidak lagi bersahabat dengan manusia, sejumlah bangunan bersejarah, candi dan artifak lain lebih cepat rosak dibandingkan pada waktu silam.

3.Ketinggian gunung berkurang.
Terjadinya peyusutan ketinggian gunung kerana terjadinya mendapan dan runtuhan.

4.Satelit bergerak lebih cepat.
Emisi karbon dioksida membuat planet lebih cepat panas, bahkan melayang ke ruang angkasa.

5.Hanya yang terkuat yang akan bertahan.
Akibat musim yang semakin tidak menentu, maka hanya makhluk yang kuat yang mampu bertahan hidup.

6.Terjadinya gempa bumi dan gunung berapi.
Terjadinya tsunami yang kerap kali disebabkan gegaran dan ketidak stabilan perut bumi.

7.Keganjilan di daerah kutub.
Hilangnya 125 pondok di kutub utara beberapa dekad silam, memunculkan pemikiran bahawa pemanasan global terjadi lebih parah di daerah kutub.

8.Mekarnya tumbuhan di kutub utara.
Terjadinya pencairan di kutub utara menyebabkan masalah pada tanaman dan binatang di dataran yang lebih rendah. Juga terciptanya situasi yang sama ketika matahari terbenam pada kutub utara. Tumbuhan kutub yang dulunya tertutup ais sekarang mulai tumbuh.

9.Muncul haiwan aneh.
Penemuan beberapa spesis haiwan ganjil di dasar laut menunjukan bahawa kehidupan dari laut dalam telah naik ke dasar laut untuk mencari penempatan baru kerana gegaran yang berlaku di dasar lautan.

10.Peningkatan masalah penyakit berjangkit.
Banyak terjadinya kejadian demam, selesema dan gatal-gatal di mata musim pertukaran musim, merupakan akibat pemanasan global. Demikian juga, di Amerika masalah ketidak serasian badan dan asma meningkat.

     Kejadian di atas menunjukkan bahawa beberapa tanda akan datangnya kiamat sudah terjadi. Namun, waktunya telah ditentukan oleh seseorang, termasuklah juga oleh Lawrence E.Joseph, maka sampai bila pun, selaku umat Islam tidak akan percaya begitu saja. Mengapa? Kerana, penentuan terjadinya kiamat bukanlah urusan manusia, tetapi hal itu hanyalah urusan Allah semata. Hal itu sesuai dengan firman Allah SWT, yang terdapat di dalam surah Al-A'raf: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: 'Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: 'Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (mengerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahui". (Surah Al-A'raf: 187)

Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

Ucaplah Tahniah Atas Kematian Isteriku


     Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.
     Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

     Namun demikian, sebelum sempat sesiapa pun berkata-kata, si suami telah berkata, “Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini.” Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu. Si suami meneruskan kata-katanya, “Demi Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkanNya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta’ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa baik yang dilakukannya kepada diriku.
     Apabila dia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi Muhammad S.A.W: ‘Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam syurga’. Tatkala meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: Wahai Tuhanku, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia. Ku ulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

     Ketahuilah kalian, sesungguhnya aku di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteriku telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya. Semoga Allah Ta’ala menerima isteriku dengan keredhaanNya.”


28 June 2011

Bab 01:Hari Kiamat Pasti Akan Datang


Katakanlah (wahai Muhammad): "Untuk kamu disediakan satu hari yang kamu tidak dapat melambatkannya sesaat pun, dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya". (Surah Saba': ayat 30)

     Dalam agama Islam, berita tentang akan terjadinya kiamat dan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi setelahnya, seperti pertanyaan di dalam kubur, alam mahsyar, keindahan di syurga, seksa neraka, dan sebagainya, termasuk berita-berita yang kita dengar dan wajib kita imani. Sebagai seorang yang beriman kepada agama Islam (Muslim), tentunya tidak dapat menolak berita-berita tersebut. Kerana, semuanya itu telah diterangkan di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah SAW

     Fenomena yang ada menunjukkan bahawa sejak dahulu sehingga saat ini, manusia memikirkan akan kiamat dengan berbagai tanggapan dan pemikiran. Sebahagian ada yang terus mempercayainya apabila mendengar akan dalil kedatangannya, sebahagian ada yang setengah percaya dan bahkan ada yang menolaknya. Kalau dilihat pada sejarah, semenjak kemunculan agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu 1431 tahun yang lalu, orang-orang kafirlah yang menolak akan datangnya hari kiamat. Hal itu misalnya tertulis di dalam Al-Quran surah Saba': Dan orang-orang kafir berkata: "Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu". Tiada tersembunyi dari pengetahuanNya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam kitab yang terang nyata. (Surah Saba' : ayat 3)

     Juga diterangkan di dalam surah yang sama ayat 29-30: "Dan mereka (yang ingkar) bertanya; Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?" Berkatalah (wahai Muhammad): "Untuk kamu disediakan satu hari yang kamu tidak dapat melambatkannya sesaat pun, dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya".

     Di samping itu Allah juga telah menyatakan bahawa kiamat pasti akan terjadi sepertimana yang terdapat di dalam surah An-Nahl ayat 1-2: "Dan mereka berkata: 'Bilakah (datangnya) janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang benar?' Katakanlah: 'Bagimu aa hari yang telah dijanjikan (hari kiamat) yang tiada dapat sesaat pun, dan tidak pula kamu dapat menyegerakannya".

     Tulisan sederhana ini menjelaskan sedikit hal yang berkait rapat dengan hari kiamat, yang meliputi segala aspek dari segi pengertian kiamat, nama-nama yang lain selain dari kiamat, kejadian dan tanda-tandanya besar dan kecil, dan hal-hal yang terkait dengan kejadian selepas kiamat, kebangkitan, alam mahsyar, hisab (perhitungan dan penimbangan), balasan dan bantahan terhadap kejadian hari kiamat yang akan berlaku pada 21 Disember 2012 yang mana didesas-desuskan oleh media-media barat dan juga media tanahair.

     Kita harus meyakini bahawa kebenaran datang hanya dari Allah SWT yang bersumberkan Al-Quran khusunya, yang betul-betul dapat dijamin kebenarannya daripada pendapat manusia biasa yang sifatnya yang lemah. Demikian juga keterangan (hadis) dari Nabi kita yang paling dicintai, iaitu Nabi Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, sebagai Rasul (utusan) Allah, yang ajarannya yang diikuti oleh umatnya hingga akhir zaman
nanti (sampai datangnya hari kiamat). 

 Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012