03 March 2013

Resepi Turkish Delight

Bahan-bahan A:

☆ Gula 4 cup
☆ Air 1 1/2 cup
☆Jus lemon 1 table spoon
☆ candy termometer 150°-240°

Bahan-bahan B:

★ Tepung Jagung 1 cup
★ Cream of tartar 1 table spoon
★ Air 2 cup
★ Perisa rose (tukar perisa lain pon boleh)
★ Pewarna merah (tukar warna lain pon boleh)

Dusting:

☆ Tepung Jagung 1/4 cup
☆ Icing Sugar 1 cup

Cara Memasak:

1. Masukkan semua bahan A di dalam pan/periuk dan gaul hingga mendidih kemudian perlahankan api, biar smpai pekat. Klau ade candy termometer masukkan dlm pan untuk check suhu mengikut suhu diatas. Bila dah pekat warna akan jadi perang cair.

2.Dalam pan lain. Masukkan air, tepung jagung dan cream of tartar, tp jgn hidupkan api dulu.. Kacau sebati, bila dah sebati baru buka api dan kacau smpai jd macam gam.

3. Bila dan jadi mcm gam, padam api dan masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Gaul sebati hingga bahan A habis.

4. Hidupkan api semula dan gaul hingga ia mendidih. Bila dah mendidih kecilkan api dan gaul hingga bertukar warna keperangan/amber. Step nie ambil masa 1 jam lebih.

5. Bila dah tukar keperangan masukkan perisa rose dan pewarna. Kemudian gaul sebati.

6.Gaul lg 5 minit kemudian tutup api dan terus masukkan dalam bekas yg telah digriskan dengan minyak terlebih dahulu. Lagi bagus kalau ade cooking paper. Gris pada paper.

*biarkan sejuk semalaman.. Slalu org simpan dlm peti tp nnt permukaan akan berair skit. Jd Aisyah biar je atas table makan. Biar terbuka pastu tutup pakai tudung saji.. Bila dah sejuk bolehlah letak dusting. Selamat mencuba.

4 comments:

  1. cream pf tartar tu ape

    ReplyDelete
    Replies
    1. klau p kedai bakery tanye diorg.. ade yg serbuk, ade yg cream.. utk buat turkish delight pkai cream of tartar yg serbuk.

      Delete
  2. perisa ros dgn pewarna merah tu klu gnti trus dgn sirap bleh x???

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,bila nk masukkn kacang? Kacang tu nk kena goreng dulu ke? Tq

    ReplyDelete