13 August 2011
Tiga Peringkat Puasa
1.Puasa orang awam.
Hanya sekadar meninggalkan makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa. Manakala perkara-perkara makruh kurang ditinggalkan dan perkara-perkara sunat diabaikan.
2.Puasa orang khas.
Puasa ini cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti puasanya.
3.Puasa paling khas.
Mereka bukan setakat menjaga diri daripada perkara yang membatalkan puasa, tetapi perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Perkara-perkara sunat amat dipentingkan. Anggota badan turut sama berpuasa. Hati pula sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT
*Jadi renung2kanlah.. Jadilah golongan yg ke-3, agar mendapat lebih ganjaran daripada Allah SWT. (^_^)
Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.
Penaklukan Andalusia Pada Bulan Ramadan
Pada bulan Ramadan tahun ke-92 Hijrah, kaum Muslimin di bawah pimpinan Thariq bin Zaid, berjaya membuka Andalusia (sepanyol). Peristiwa yang dikenali sebagai "Futuh Andalusi" ini begitu menyemarakkan semangat peluasan empayar Islam apabila Thariq dan tentera Muslimin, berjaya menyeberangi selat di antara Afrika dan Eropah atas perintah Musa bin Nushair, penguasa Islam ketika itu.
Setelah tentera Islam menyeberangi selat berkenaan, Thariq memerintahkan agar semua kapal perang Islam dibakar, sambil berpidato dengan penuh semangat bagi merangsang jiwa angkatan Islam: "Musuh di depan kamu. Apabila kamu mundur, lautan di belakang kamu. Pilihlah yang mana lebih tinggi kehormatannya, berjuang di jalan Allah atau mati ditelan lautan."
Ucapan Thariq membakar semangat tentera Muslimin untuk berjuang bermati-matian kerana yang ada di depan hanyalah berjuang sekuat tenaga dan mengharap pertolongan Allah. Semangat ini berjaya membolehkan satu demi satu kota musuh jatuh ke tangan kaum Muslimin dan akhirnya, Andalusia berjaya ditakluki tentera Muslimin pada bulan Ramadan.
Sejak itu, Andalusia menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan mercu peradaban manusia yang tersohor pada zamannya, sehinggakan kemajuan teknologi yang dimiliki Eropah sekarang adalah warisan teknologi umat Islam masa silam.
Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.
Keistimewaan Ramadan
1.Syurga akan dihias semula.
Segala keindahan yang terdapat di syurga tidak dapat dibayangkan. Segala persepsi manusia terhadap keindahannya tidak tepat kerana syurga jauh lebih hebat. Haruman syurga akan ditambah sehingga boleh dicium sejauh 40 tahun perjalanan.
2.Bidadari diciptakan oleh Allah.
Bidadari merupakan penghias syurga yang Allah ciptakan untuk kaum lelaki yang beriman kepada Allah SWT. Balasan ini akan mereka terima sewaktu di syurga nanti.
3.Allah menyeru sebanyak tiga kali.
Pada malam pertama Ramadan bahkan setiap malam Allah akan berseru sebanyak tiga kali: "Adakah sesiapa di sana ingin meminta sesuatu lalu Aku berikan. Adakah di sana orang yang ingin meminta keampunan nescaya Aku ampunkan dosanya. Adakah di sana orang yang ingin bertaubat kepada Allah SWT maka Aku akan menerima taubatnya."
4.Pada bulan Ramadan Allah membuka peluang kepada hamba-hambaNya untuk beribadat.
5.Ikan di dalam air akan meminta ampun untuk orang yang berpuasa sehingga waktu berbuka.
6.Akan diampunkan segala dosa apabila malam terakhir bulan Ramadan.
7.Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada wangian kasturi.
Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.
11 August 2011
Kelebihan Puasa Dari Sudut Sains
Puasa bulan Ramadan juga merupakan satu proses yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan.
- Dalam bulan ini kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. Bukan sahaja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan 'dirinya' dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.
- Berpuasa juga akan memberi peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan. Pada peringkat awal berpuasa, kita sedari bahawa mulut akan berbau, peluh berbau, kulit kering bersisik, gatal-gatal pada kulit, air kencing pekat dan berbau, lidah kelat dan sebagainya. Ini semua merupakan petanda bahawa tubuh sedang membersihkan toksin dalam badan.
- Berpuasa juga boleh meningkatkan kekuatan fizikal dan mental umat Islam. Selalunya pada bulan inilah kita merasakan bahawa kekuatan dalam diri kita diuji dengan pebagai bentuk ujian. Bagi mereka yang bekerja keras dengan menggunakan kekuatan fizikal, bulan Ramadan pasti menguji ketahanan diri. Bagi mereka yang mudah lemah semangat, kelebihan bulan Ramadan ini perlulah digunakan untuk membina kekuatan diri.
Artikel Dipetik Dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa.
Menhidupkan Hari-Hari Terakhir Ramadan
Adakah kita benar-benar memahami makna hari-hari terakhir Ramadan? Khalifah Ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyakkan istighfar dan memberikan sedekah. Ini kerana istighfar dan sedekah dapat menampal amalan puasa kita yang berlubang atau pecah. Menapak hari-hari berlalunya Ramadan, semestinya kita semakin kerap melakukan muhasabah diri.
"Wahai orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah
setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok
dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan." [Al-Hasyr: 18]
Marilah kita bandingkan kemeriahan anak kita dengan kesayuan anak di Iraq, Yogyakarta dan Lubnan yang dikejutkan dengan bunyi dentuman roket, bom dan rempuhan kereta kebal. Anak-anak dan ibu dikejut dengan bedilan mortar askar penceroboh pada waktu sahur, tangan mereka diikat, hanya atas nama memerangi keganasan dan menggembalikan keamanan. Apakah yang membezakan kita dengan mereka?.
Semakin akhir Ramadan seharusnya kita semakin bersedih kerana sebenarnya tidak layak untuk syurga, tetapi kita tidak sanggup menahan api neraka. Rasulullah menyuruh umatnya melipatgandakan amalan menjelang akhir Ramadan.
Rebutlah peluang beristighfar dan memohon kelepasan daripada api neraka pada Ramadan ini. Jangan biarkan Ramadan berlalu dan kekesalan kerana tidak memanfaatkan kemuliaannya.
Artikel dipetik dari: Buku Remeh-Temeh Tentang Puasa
10 August 2011
Pahala Memberi Makan Orang Berbuka
Bulan Ramadan memounyai lima keistimewaan yang tidak ada pada bulan yang lain, iaitu puasa selama sebulan, Lailatul Qadar, zakat fitrah, Nurul Al-Quran dan amal kebajikan.
Salan al-Farisi meriwayatkan: Dalam sebuah hadid panjang, Rasulullah berkhutbah di hadapan kami pada akhir bulan Syaaban. Baginda berpesan yang bermaksud:
"Wahai umat manusia, sesungguhnya kami aungi bulan yang mulia lagi diberkati kerana Ramadan itu adalah bulan kesabaran dan sabar itu balasannya adalah syurga. Ramadan juga adalah bulan yang padanya ditambah Allah rezeki orang Mukmin. Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada bulan ini, adalah baginya pahala seperti memerdekakan seorang hamba dan dosa-dosanya pula diampunkan."
5 Perkara Hindar Akhlak Buruk
Pada bulan Ramadan, umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti disarankan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Insya'Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya memveri kesedaran kepada kita sepanjang bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:
- Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
- Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
- Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan.
- Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.
- Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.
Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan ketika bulan Ramadan.
Bulan Ramadan Bulan Berhenti Merokok
Perokok sukar berhenti merokok kerana tubuhnya terbiasa dengan narkotin dan ketiadaanya antara dua hingga empat jam menyebabkan gegala gian. Bagaimanapun, pada Ramadan al-Mubarak, perokok yang aktif sekalipun boleh berhenti merokok melibihi 12 jam bermula dari sahur hingga berbuka.
Ini perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains kerana mengikut keadaan biasa selepas dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam, otak akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Perkara ini tidak berlaku ketika Ramadan kerana perokok boleh berhenti melebihi 12 jam dan ini menandakan laluan rangsangan otak berpusat di mesolimbik adalah tumpul pada masa itu. Ini berlaku kerana iman di dada sedar keperluan menunaikan ibadah puasa dan dengan kekuatan rohani itu mengatasi pengaruh jasmani atau fizikal.
Untuk berhenti merokok memerlukan motivasi, keazaman dan daya usaha yang gigih bagi mengatasi rasa ketagihan terhadap nikotin yang terkandung dalam asap rokok. Sebanyak 80 peratus perokok berjaya berhenti merokok dengan daya usaha sendiri melalui keazaman yang tinggi disebabkan pengaruh kawan yang berperanan besar menggagalkan wawasan itu. Pengalaman pakar perubatanmendapati, Ramadan memberi kelebihan kepada mereka yang berhajat meninggalkan tabiat merokok dan sewajarnya umat Islam mengambil peluang yang datang untuk mengatasi masalah ini.
08 August 2011
10 Peringatan Bumi
(Untuk peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka)
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka. Berkata Anas bin Malik r.a.: "Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara."
1.Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2.Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3.Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4.Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan bersedih di dalam perutku.
5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau tidak akan memiliki walau secebis harta di dalam perutku.
6.Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Jasad engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
7.Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8.Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan hina.
9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
06 August 2011
Teka-Teki Rasulullah s.a.w.
Suatu hari Rasulullah s.a.w. telah berteka-teki dengan para sahabat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Daripada pelbagai jenis pokok, ada pokok yang daunnya tidak pernah gugur, dan sifatnya seperti seorang Muslim, apakah pokok tersebut?"
Para sahabat cuba meneka dan menamakan pelbagai jenis pokok yang terdapat di lembah-lembah. Abdullah bin Umar yang meriwayatkan peristiwa ini berkata: "Aku terfikir bahawa jawapannya mungkin pokok kurma, tetapi aku segan untuk bersuara dalam kalangan orang yang lebih dewasa (kerana beliau masih di usia kanak-kanak)."
Para sahabat bertanya: "Apakah jawapannya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda lagi: "Kurma." [Riwayat Muslim & al-Tirmidzi]. Demikianlah Baginda sentiasa mempelbagaikan pendekatan tarbiah Baginda dengan mengajak para sahabat agar sentiasa cerdas berfikir dan sentiasa mensyukuri nikmat dan pemberian Allah.
Tahukah Anda?
Apabila orang yang gila yang kembali waras, maka dia tidak wajib untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan ketika dia tidak waras, sama ada gilanya itu sekejap ataupun lama.
Wanita yang berada dalam keadaa haid perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan, tetapi tidak perlu menggantikan solat yang ditinggalkan. Daripada Aisyah r.ha., beliau berkata: "Kami diperintahkan untuk menggantikan puasa, dan kami tidak diperintahkan untuk menggantikan solat." [Riwayat al-Bukhari & Muslim]
Orang yang berpuasa disunatkan mandi selepas berjunub sebelum terbit fajar supaya bersih semula dari awal pagi. Sekiranya dia tidak mandi, puasanya tetap sah kerana berjunub pada malam hari tidak membatalkan puasa. Tetapi seelok-eloknya disegerakan mandi wajib supaya tidak meninggalkan solat fardu dengan sengaja.
Tidak menjadi kesalahan bagi seseorang itu melaksanakan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih. Namun, lebih afdal jika dia mampu untuk bangun pada waktu malam dan melakukan solat Witir sesudah solat-solat sunat lain dan kemudian bersahur.
Orang yang sakit tetapi tidak mendatangkan kemudaratan yang jelas, maka tidak dibenarkan berbuka. Tetapi jika sebelah pagi dia berpuasa kemudian jatuh sakit pada waktu tengah hari, maka dibolehkan baginya untuk berbuka. Sekiranya seseorang pesakit berpuasa dan kemudian telah sembuh, maka dia tidak boleh berbuka kerana keringanan baginya telah hilang.
Antara perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan terbuka seperti mulut, hidung, telinga, faraj dan dubur. Memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui saluran darah, menyuntik di bawah kulit atau ke dalam badan, tidak membatalkan puasa contohnya suntikan bertujuan perubatan seperti membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam empat mahzab. Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr.Yusuf al-Qaradawi. Menurut beliau, benda yang masuk melalui suntikan itu tidak masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan perbuatan itu tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri. Namun ada sesetengah ulama hari ini mengecualikannya daripada suntikan makanan, iaitu jika disuntik itu bahan makanan seperti glukosa dan sebagainya, maka batal puasa kerana mengambil kedudukan seperti makan dan minum.
Memakai gincu pada bulan Ramadan tidak membatalkan puasa selagi mana tidak bercampur dengan air liur dan ditelan sehingga memasuki kerongkong. Hukumnya sama seperti menggosok gigi dengan ubat gigi. Tetapi dari segi hukum berhias, tidak harus perempuan bertabarruj dan berhias untuk lelaki selain suaminya. Seandainya sekadar menampakkan warna asal dan menjaga kelembapan bibir, ia diharuskan.
Mandi pada waktu petang kerana panas dan haus bukanlah makruh seperti yang didakwa sebilangan masyarakat, bahkan termasuk dalam perkara-perkara sunnah sebagaimana kata-kata Abu Bakar r.a.: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-Arj (sebuah tempat), Baginda menyiram air ke kepalanya dalam keadaan Baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan." [Riwayat Abu Daud]
Tiba-Tiba...
Tiba-tiba...
Ahlan wa sahlan Ramadan. Bergema ucapan alu-aluan daripada Muslim yang rindu akan bulan pesta ibadah ini. Kesabaran menunggu selama ini yang kini menjelma di depan mata disambut dengan lafaz syukur serentak dengan sujud syukur. Alhamdulillah ya Allah! Engkau ketemukan aku lagi dengan Ramadan, yang padanya ada sesuatu yang didamba kekasih-Mu.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Jika bulan Ramadan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu." [Riwayat al-Bukhari & Muslim].
Mungkin berkat syaitan yang dirantai, maka ramai manusia berwajah iman. Topeng syaitan ditanggalkan seketika. Apabila mereka berwajahkan iman sepanjang Ramadan, maka apa yang terjadi ialah ibadah mengejut.
Tiba-tiba ibadah digandakan...
Tiba-tiba bangun qiamullail...
Tiba-tiba tahap kesabaran meningkat...
Tiba-tiba segala yang lagha itu semua ditinggalkan...
Dan macam-macam lagi.
Okey, tidak mengapa seandainya ibadah sepanjang bulan Ramadan dilakukan dengan mengejut. Tidak mengapa jika malaikat Raqib sibuk sedikit dan Atid pula tidak disibukkan untuk merekodkan amalan buruk seseorang. Alhamdulillah jika itu yang berlaku sepanjang Ramadan.
Namun, jangan ulangi kejutan berupa "tiba-tiba" itu seawal hari pertama graduate dari madrasah Ramadan.
Tiba-tiba makan banyak...
Tiba-tiba mendedahkan aurat...
Tiba-tiba terlupa di mana Al-Quran...
Tiba-tiba meninggalkan amalan solat-solat sunat yang sepanjang Ramadan dikerjakan seolah-olah wajib...
Tiba-tiba memulakan kembali semua agenda lagha.
Apakah semua ini? Adakah ini satu perbuatan membalas dendam? Balas dendam kepada siapa pula ini?
Tidak mengapa jika tiba-tiba mengerjakan ibadah seolah-olah esok sudah tiada. Namun adalah sesuatu yang tidak patut tiba-tiba "bertanduk" sebaik takbir syawal bergema. Koreksilah diri. Apa niat utama kita berpuasa sebulan? Adakah sekadar ingin berpuasa dan fokus kepada ibadah hanya dalam tempoh sebulan sahaja? Adakah ibadah sepanjang bulan Ramadan dapat menebus semua kealpaan kita daripada mengingati Allah 11 bulan berbaki? Jadi sama-samalah kita renungkan...
05 August 2011
Lelaki & Insya'Allah
Ada seorang lelaki berkata kepada isterinya: "Esok saya akan ke pasar. Apabila petang dan cuaca elok, saya akan ke ladang. Siapkan bekalan makanan dan peralatan kerja saya." Isterinya pula menjawab: "Abang selalu begitu. Cubalah kata Insya'Allah." Walaupun begitu, lelaki ini hanya diam sahaja.
Esoknya dia ke pasar. Sampai ke pertengahan jalan, motorsikalnya rosak. Dia terpaksa berpatah balik ke rumahnya sambil mencari kedai membaiki motorsikalnya. Setelah beberapa lama, barulah berjumpa dengan kedai. Setelah dibaiki, dia segera pulang ke rumah. Namun hujan turun pula. Dia kebasahan. Apabila sampai di rumahnya, dia mengetuk pintu. Isterinya bertanya: "Siapa?" Dia menjawab: "Saya suami awak yang baru balik INSYA'ALLAH."
Moral cerita: Sebutlah Insya'Allah. Bulan Ramadan yang datang Insya'Allah menjadi landasan ke arah perubahan menjadi lebih baik.
04 August 2011
Syaitan Bercuti Lagi
Syaitan terpaksa bercuti sebulan! Jangan sangka pelajar dan cikgu-cikgu sahaja yang ada citu bermusim yang panjang tempohnya. Jangan sangka wanita berpantang sahaja yang cuti panjang. Walaupun kalau boleh mereka ingin terus-menerus bekerja bagi memastikan misi mereka berjaya dengan cemerlang.
Namun, jangan sangka syaitan "cuci tangan" daripada menggoda anak Adam. Sebelum bercuti, syaitan telah menggunakan sepenuhnya 11 bulan sebelum Ramadan untuk menerapkan segala sifat mazmumah dalam diri anak Adam kerana syaitan takkan bersama anak Adam sepanjang Ramadan.
Dipasaknya kukuh sifat-sifat buruk, kelakuan dan perbuatan yang bertentangan dengan syariat, seterusnya memujuk manusia agar terus mengerjakan larangan Allah SWT. Bersungguh-sungguh si syaitan menyeru manusia kepada mungkar dan menjauhkan manusia daripada makruf.
Sementara Syaitan bercuti, apa kata kita giatkan kembali anggota badan melakukan ketaatan kepada Allah sama ada yang wajib ataupun sunat. Yang wajib dilakukan dengan ikhlas dan penuh penghayatan. Amalan sunat pun sama, malah ditambah lagi dengan sukarela. Dengan ini semoga noda hati yang dituai ketika syaitan bebas menggoda anak Adam dapat dicuci kembali.
Jika dalam bulan Ramadan ini, stesen radio dan televisyen mengubah kandungan siaran mereka menjadi lebih islamik, dihiasi dengan bacaan Al-Quran serta zikir, pengisian agama dan sebagainya, adakah kita tidak ingin pencapaian peribadi kita meningkat sepanjang Ramadan? Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Apabila datangnya bulan Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Jika syaitan sedih menjelang Ramadan, manusia sebaliknya perlu gembira dan mengalu-alukan kehadiran penghulu segala bulan ini. Jom sama-sama tingkatkan amal ibadah sepanjang Ramadan. Semoga natijah akhir iaitu taqwa mampu dicapai.. Amin...
Artikel dipetik dari: Majalah Solusi #34
01 August 2011
Allah Membuka Pintu Rahmat
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya:
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu
rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada
merasuk mangsanya)." [Riwayat Muslim]
Menurut huraian para ulama rahimahullah, bahawa terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, serta terbelenggunya syaitan-syaitan di sepanjang bulan Ramadhan, boleh difaham menurut maksudnya yang zahir untuk menghormati bulan yang mulia itu.
Dan boleh juga difahamkan sebagai satu gambaran bahawa orang-orang yang berjaya merebut peluang mengisi bulan Ramadhan dengan berbagai jenit ibadat yang wajib dan yang sunat dan berjaya pula mencegah dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang, maka amalnya yang baik itu akan membawanya masuk ke syurga dan amalnya itulah juga pada yang menyelamatkannya daripada hasutan syaitan dan daripada azab neraka.
Ganjaran Bagi Insan Yang Ikhlas Berpuasa
Kedudukan orang yang berpuasa di sisi Allah sangat mulia hinggakan Allah menyediakan pintu khas ke Syurga yang dinamakan Al-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu itu akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu al-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.
Daripada Abu Said al-Khudri, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak seorang pun daripada hamba Allah yang berpuasa sehari dengan niat kerana Allah, melainkan akan Allah jauhkan mukanya daripada kepanasan api neraka sejauh perjalanan 70 tahun lamanya."
Orang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah, kemudian memelihara puasanya daripada amalan ditegah, Allah akan membalasnya dengan menjauhkan dirinya dari api neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
Di Manakah Mulianya Ramadhan?

Soalan: Selalu orang sebut bulan Ramadhan adalah bulan mulia. Di manakah mulianya Ramadhan itu berbanding bulan-bulan lain?
Jawapan: Kelebihan dan kemuliaan Ramadhan sabit dengan Al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Sesungguhnya Ramadhan telah dipilih oleh Allah sebagai bulan bagi umat Islam melaksanakan ibadat puasa. Firman Allah: "Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadhan)." [Al-Baqarah: 183]
Ramadhan juga adalah bulan diturunkan Al-Quran. Firman Allah: "Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan daripada petunjuk dan pembeza." [Al-Baqarah: 185]
Malam "Lailatul Qadar" juga wujud pada bulan Ramadhan sajaha. Dalam bulan Ramadhan juga disunatkan kita bersolat Tarawih. Pada bulan lain, solat sunat Tarawih tidak disyariatkan.
Ketika Ramadhan juga, pintu Syurga dibuka. Sabda Nabi SAW: "Apabila datang Ramadhan dibuka pintu-pintu Syurga." [Riwayat Bukhari]
Bahkan pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula diikat. Sabda Nabi SAW: Apabila masuk bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan." [Riwayat Bukhari]
Kenapa Puasa Kena Tengok Anak Bulan?
Soalan: Kenapa nak mula puasa Ramadhan kena tengok anak bulan?
Jawapan: Sistem kalendar Hijrah berasaskan perjalanan bulan, tidak sebagaimana kalendar Masihi yang berasaskan pergerakan matahari. Oleh itu, penentuan awal Ramadhan berdasarkan nampaknya anak bulan Ramadhan.
Zaman Nabi SAW, dengan adanya persaksian seseorang Muslim yang adil bahawa dia sudah melihat anak bulan Ramadhan, maka Nabi SAW akan menerimanya dan mengarahkan umat Islam berpuasa. Contonhnya, Ibn Abbas r.a menceritakan bahawa seorang lelaki datang berjumpa Nabi dan memberitahu bahawa dia melihat anak bulan. Nabi SAW bertanya tentang imannya sama asa dia bersaksi bahawa tiada tuhan selain Alla dan Muhammad Rasul Allah? Selepas dia mengakuinya, Nabi mengarahkan Bilal memberitahu agar esok berpuasa. [Riwayat Abu Daud]
Tapi zaman sekarang, dengan kecanggihan yang ada, Alhamdulillah umat Islam dalam skala yang lebih besar dapat berpuasa. Suatu masa dulu mungkin sekitar tahun 60-an, umat Islam masih berbeza tentang tarikh mula puasa. Kalau Kedah sudah mula puasa pada hari Khamis, Perak mungkin puasa pada hari Jumaat. Adakalanya orang di Kedah tak puasa lagi pada hari Khamis dengan alasan mengikut negeri Perak.
Kejadian ini pun masih berlaku di negara lain. Ada satu negara yang ada tiga tarikh mula puasa.
Kumpulan A: Puasa pada hari Isnin.
Kumpulan B: Puasa pada hari Selasa.
Kumpulan C: Puasa pada hari Rabu.
Natijahnya mereka saling berkelahi. Apabila kumpulan A berkata bahawa puasa pada hari Isnin, akan ada yang tak berpuasa kerana mereka mengikut kumpulan B yang berpuasa pada hari Selasa. khirnya kumpulan A akan menangkap orang yang tak berpuasa pada hari Isnin. Begitu juga kumpulan B akan menegah orang daripada berpuasa pada hari Isnin kerana hari Isnin itu adalah hari syak iaitu salah satu hari yang tidak dibenarkan berpuasa. Alhamdulillah dengan keseragaman, masalah ini dapat diatasi.
Semuanya ini menjadi kajian ulama silam lagi. Asas kepada masalah ini ialah perbezaan terbit anak bulan. Seeloknya umat Islam dapat disatukan dalam permulaan ibadat dan sebagainya.
31 July 2011
Adab Berpuasa
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)
Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).
5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.
6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.
Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.
Kenyang
Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..
Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)
Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”
As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.
8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei).
Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)
10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.
Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.
Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.
Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.
Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei).
23 July 2011
Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. Esok, lusa, mana tahu kita akan mati.
Wahai hamba Allah.. Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.
Sebelum emosi kita tidak dapat dikawal dek kesedihan yang mencengkam jiwa, kita perlu sedarkan diri kita tentang beberapa hakikat. Hakikat yang pertama, pastinya tiada insan yang mahu berasa sedih kan? semua insan mahu bahagia, mahu tersenyum sentiasa, betul bukan? Akan tetapi kita perlu juga akui bahawa hakikatnya hidup di dunia ini untuk berasa bahagia sentiasa tanpa sebarang dugaan dan ujian itu adalah impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Diulangi, impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Jadi, apa yang kita perlu lakukan ialah hadapi kesedihan itu. bersangka baik dengan kesedihan yang menyapa kita. Insya'Allah pasti ada hikmahnya. Allah menguji kita kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya. Bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan pernah mengecewakan kita. Yakinlah !
Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi... Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam Nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita, moga Allah redha ke atas kita semua.
Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.
tersenyumlah Wahai Hati Yang bersedih ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)
























