28 December 2013


"Sungguh, aku teringin menjadi seperti wanita TARIM."

Wanita Tarim sudah terbiasa sejak daripada kecil dibesarkan dalam lingkungan beragama dan terdedah dengan ulama, majlis ilmu, maulid dan sebagainya.
Sedari kecil mereka didik untuk membaca al-Qur’an oleh ibubapa mereka. Terdidik dengan akhlak yang mulia. Terjaga pergaulan mereka. Terpelihara aurat mereka. Bagi mereka setelah mencapai umur baligh, tempat mereka adalah di dalam rumah. Mereka tidak pernah melihat lelaki asing selain daripada saudara-saudara lelaki dan bapa saudara mereka sahaja. Mereka dibesarkan dengan tidak mengenal muzik, tidak mengenal kebiadapan dan tidak kenal wajah orang fasiq.

Perbualan mereka adalah perbualan tentang majlis-majlis ilmu, al-Qur’an, adab, akhlak, tasawwuf dan seumpamanya. Begitulah keadaan mereka dibesarkan.Apabila tiba saat yang sesuai untuk dinikah oleh walinya maka mereka dinikahkan pada pasangan yang sesuai. Pilihan keluarga, dan tanpa ada bantahan. Tanpa ada cinta atau ‘dating’ sebelumnya. Kebiasaannya mereka bernikah diusia yang masih muda, sekitar belasan tahun. Begitulah keadaan mereka, cukup terpelihara dan terjaga.

Wanita Tarim juga tidak pernah menyusahkan suami mereka. Begitu juga dengan para suaminya, tidak menyusahkan isteri mereka. Bila barang keperluan asas atau harian, seperti beras susu dan sebagainya kehabisan, mereka tidak langsung memberitahu suami kerana bimbang pada ketika itu mungkin si suami tidak mempunyai wang atau sedang sibuk, maka apa yang mereka lakukan adalah dengan meletakkan bungkusan-bungkusan kosong itu pada tempat yang dikira mudah dilihat oleh suaminya.

Begitu juga para suami, seluruh hajat dan keperluan dapur seperti sayur dan sebagainya suami yang belikan. Keadaan ini tidak pula menghalang para isteri untuk keluar membeli-belah ke pasar seperti membeli baju atau barang keperluan wanita, namun urusan dapur seperti membeli sayur, beras dan lain-lainnya itu merupakan tugas suami atau pembantu.

Si isteri selalu menghias dan menjadikan kamar tidur harum wangi. Bila suaminya pulang, maka pastilah kamar sudah dikemas rapi, indah dan harum. Pakaian suami sudah pasti wangi, bilik mandi juga wangi dan semuanya kemas serapi mungkin. Kerana wangi-wangian itu mampu membangkitkan suasana yang tenang dan romantik serta menambahkan kasihsayang.

Si isteri juga tidak pernah mengangkat dan meninggikan suara pada suami. Mereka tidak pernah marah dan tidak pernah cemburu. Bila mereka merasa kesal, mereka akan menangis dan mengadu pada suaminya dengan nada yang lirih. Itulah marah mereka.

Keadaannya sama juga dengan para suami. Mereka tidak pernah marah pada isteri, apalagi mencaci dan menghina. Bila suami merasa sangat kesal atas sesuatu perkara, mereka akan menulis sepucuk surat kepada isteri dan kemudian mereka akan pergi atau tidur.
Kemudian nanti isteri akan menjawab pula surat daripada suami tadi, seterusnya suami pula akan menjawab surat daripada isteri dan sehingga akhirnya mereka berdua akan tertawa bersama.
Indahnya marah yang sebegini, marah yang mampu menjadi hiburan, marah yang diakhiri dengan gelak tawa tanpa seorang pun daripada mereka memendam rasa.

Lebih daripada itu, kalau kita sorot secara mendalam tentang kehidupan ahli kota seribu ulama ini, kita akan dapati masih banyak lagi keunikan dan seni budi pekerti junjungan mulia Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam rumah tangga nabawi yang payah untuk kita temukan di masa kini, namun dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Tarim.
Inilah keberkatan yang ada pada kota Tarim.

Di Tarim amat-amat sukar sekali untuk kaum perempuannya yang mendedahkan wajahnya di khalayak ramai hatta tatkala mereka bekerja di ladang atau mengembala kambing kawasan kering bukit-bukau sekalipun jauh dari pandangan kaum lelaki, mereka tetap berabaya dan berniqab/berpurdah hitam. Mereka dapat bertahan walaupun di dalam keadaan panas teriknya matahari di negeri Tarim/Hadhramaut yang terkenal dengan panasnya.

Begitulah perempuan di Tarim. Kepanasan api neraka lebih mengerunkan mereka berbanding teriknya pancaran matahari. Dan kaum perempuan di Tarim hanya keluar andainya ada keperluan sahaja. Kalau ke pasar atau ke kedai ada mahram yang akan menemaninya atau mereka keluar secara bergerombolan.
Maka terpeliharalah mereka dari sebarang fitnah.

Tenang hati kita berada di sana. Sememangnya kalau hendak menceritakan perihal penghuni kota Tarim, teramatlah banyaknya.

Sesiapa yang ingin tahu sedikit daripada kisah masyarakat Tarim bolehlah dibaca dari sebuah buku berjudul Bidadari Bumi
– 9 Kisah Wanita Sholehah karya Ustazah Halimah al-Aydrus

24 December 2013




KISAH AL MU'TASIM KHALIFAH BANI ABASIYYAH (833-842) DAN KUDA HITAM PUTIH

Di kisahkan dalam lakaran sejarah,ketika pemerintahan Mu'tasim,seorang wanita muslimah telah dipenjarakan di kota Ammuriah. Ketika berada di dalam tahanan seorang penjaga penjara kafir telah menamparnya dan memukul nya.

Wanita itu tidak mampu melawan,dia hanya menangis dan merintih..
"OH MU'TASIM DIMANAKAH ENGKAU!?"
"OH MU'TASIM DIMANAKAH ENGKAU !?"


Mendengar rintihan tahanan muslimah tersebut, si kafir ketawa sambil mengejek :

"HAHAHA! IYA.. MU'TASIM SEDANG DATANG DENGAN KUDA HITAM PUTIH UNTUK MENYELAMATKAN KAU"


Berita dan hal ini telah sampai kepada Mu'tasim.Mu'tasim tidak hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh.Lantas beliau membeli 17,000 ekor kuda berwarna hitam dan putih. Dibawah komander Mu'tasim, tentera Muslim dikerah ke kawasan penjara ini.

Mu'tasim yang menyahut seruan seorang muslimah yang di perlecehkan oleh tentera Romawi kafir datang dengan mengirimkan pasukan tentera nya yang berkuda hitam dan putih untuk menyerbu kota Ammuriah dan telah melibas seluruh tentera kafir Romawi di sana hingga bebaslah sang muslimah tadi dari tawanan Romawi.

Apabila tiba di penjara tersebut Mu'tasim membawa perempuan Muslim itu dan diheret pula si kafir tadi.

Mu'tasim berkata kepada perempuan Muslim itu:

"BERITAHU KEPADA PENZALIM ITU YANG MU'TASIM TELAH DATANG DENGAN TENTERA BERKUDA HITAM DAN PUTIH!"

Allah! Subhanallah ..Hebat !

Betapa hebat nya kaum lelaki muslim pada ketika itu.Mereka memagari dan membela kaum wanita sehabis daya.Sehingga kan tidak ada yang berani memperlecehkan kaum wanita muslimah kerana gerun kepada kaum lelaki nya yang ampuh dan sedia melindungi dan mempertahankan.Masih adakah lelaki seperti Al Mu'tasim di zaman ini? wahai lelaki di luar sana,yang suka merosakkan dan membinasakan kaum wanita seiman dan seagama dengan mu,malu lah kamu pada diri mu sendiri.Percuma dan sia-sia sahaja kamu di jadikan sebagai lelaki yang sepatutnya melindungi dan mempertahankan saudari-saudari mu,eh malah kamu pula yang jadi perosak nya.Malu lah pada diri mu sendiri atas kebaculan dan sikap khianat mu itu.Wahai lelaki,di mana kah 'Al Mu'tasim' pada hari ini ?

23 December 2013

Prof Hamka



Kenali Wajah Ulama'

Prof Hamka..siapa tak kenal prof Hamka..

Riwayat hidup
Nama : Doktar Haji Abd. Malik bin Sheikh Abd. Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah.(HAMKA)
Tempat lahir : desa Tanah Sirah, Sungai Batang, Maninjaau, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
Tarikh lahir :16 Februari 1908 @ 13 Muharam 1362 Hijrah.
Ayah : seorang ulama Islam yang terkenal telah membawa pembaharuan Islam di Minangkabau
Jawatan : anggota tetap majlis konsul Muhammadiah, Sumatera Tengah (1934) dan mengetuai gerakan Muhammadiah (1946)
Tarikh meninggal : 24 Julai 1981
Umur : 73 tahun.

Hamka merupakan seorang tokoh reformasi Islam yang terkenal dalam bidang falsafah dan tasawuf.Beliau juga merupakan tokoh agama dan pendakwah yang banyak memberi sumbangan kepada agama, bangsa, dan negara melalui organisasi, ceramah, serta hasilhasil karya yang ditulisnya. Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di Padang Panjang yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh terkenal.

Hamka telah menulis enam puluh buah buku selama dua puluh lima tahun.Contoh karangan beliau dalam novel adalah seperti novel "Tenggelamnya Kapal Van der Vijk, "Di Bawah Lindungan Kaabah, "Merantau Ke Deli, "Terusir, "Keadilan Ilahi dan lain-lain.Dalam bidang agama dan falsafah pula, karangan beliau terdiri daripada "Tasawuf Moden, Falsafah Hidup, "Lembaga Hidup, "Lembaga Budi, "Pedoman Mubaligh Islam, dan lain-lain.