29 October 2013

Lima Dosa Yang Mengundang Lima Perkara




Di penghujung usia dunia ini, pada saaat akhir zaman, perkata mungkar dan maksiat yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai tanda dan alamat hampir Kiamat telah banyak dilakukan oleh manusia. Yang amat menakutkan, terdapat sebuah hadis yang menyatakan bahawa ada beberapa jenis maksiat yang akan disegerakan balasannya semasa di dunia ini lagi.
Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW datang kepada kami (pada suatu hari) kemudian Baginda bersabda: “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah diuji dengannya (jika kamu telah mengerjakannya), maka tidak ada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT, semoga kamu tidak melalui zaman itu.


Perkara-perkara itu ialah:

1. Tidak terjadi perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus-terangan melakukannya, melainkan akan berjangkit di kalangan mereka wabak penyakit menular (Ta’un) dengan cepat, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang terdahulu.

2. Tidak mereka mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan, kecuali mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka.
3. Dan tidak mereka menahan zakat harta benda, kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tidak ada binatang (yang juga hidup di atas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT.
4. Dan tidaklah mereka menyalahi janji Allah dan Rasul-Nya, kecuali Allah akan menurunkan ke atas mereka musuh yang akan merampas sebahagian dari apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al-Qur'an dan mereka memilih ayat atau hukum yang mereka mahu, maka (di waktu itu) Allah akan menjadikan bencana di kalangan mereka sendiri."
[HR Ibnu Majah, Sahih al-Jami’ as-Soghir: 7978].


Keterangan Hadis di atas menerangkan bahawa:
1. Wabak Taun yang berjangkit dan kolera serta penyakit kelamin yang begitu banyak merebak sekarang seperti Aids, HIV adalah disebabkan banyaknya terjadi perzinaan.


2. Sukar mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah disebabkan daripada rakyat yang mengurangkan sukatan, ukuran dan timbangan. Lalu terjadilah inflasi, barang naik harga, minyak naik, pendapatan tidak mencukupi, banyak pengangguran dan lain-lain kemorosotan ekonomi.


3. Kemarau panjang disebabkan tidak mengeluarkan zakat. Sesetengah tempat, walaupun hujan turut banyak, tetapi air tidak mencukupi untuk kegunaan, iaitu hujan tidak lagi membawa berkat bahkan membawa bala bencana pula!

4. Kuasa musuh mengambil sebahagian daripada apa yang dimiliki kaum Muslimin (seperti hilangnya kuasa ekonomi daripada tangan kaum Muslimin) disebabkan mereka mengkhianati janji-janjinya kepada Allah SWT, tidak mentaati perintah Allah. Atau bagi negara Islam lain mungkin penjajah atau pelabur asing yang akan menguasai ekonomi dan hasil kekayaan negeri. Rakyat akan merempat di bumi sendiri!
5. Perang saudara yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin disebabkan mereka mengabaikan hukum-hukum Allah SWTdan tidak menjadikan Al-Qur'an sebagai undang-undang di dalam kehidupan. Akan berlaku perpecahan dan perbalahan, perperangan dan pembunuhan sesama sendiri berleluasa.


سنن ابن ماجه: عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ: أَقْبَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ:
((يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ؛
1- لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا.
2- وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ.
3- وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ، وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا.
4- وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ.
5- وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ))


Semoga Allah SWT selamatkan kita semua dari bala dan kemurkaan-Nya.

*C&P

28 October 2013

Sunnah dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang




Sunnah dan Faedah Memanah, Berkuda, Berenang



1. Memanah

Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.

Bersabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani)

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengisahkan: “Nabi SAW melalui satu kawasan ketika sahabat sedang memanah. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama Bani Fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan satu lagi berhenti memanah. Rasulullah SAW bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah kamu berada bersama kami.” Nabi SAW menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hadis riwayat Bukhari)

Kebaikan Memanah termasuklah melatih emosi dan fizikal untuk menumpukan pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan badan. Maka, jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.

Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.
2. Berkuda
Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya.

“Demi Allah! Sungguh Rasulullah SAW pernah bertaruh terhadap suatu kuda yang disebut sabhah (kuda pacuan), maka dia dapat mengalahkan orang lain, Baginda SAW sangat tangkas dalam hal itu dan menghairankannya.” (Riwayat Ahmad)

Taruhan yang dibenarkan, atau yang dimaksudkan ialah suatu upah (hadiah) yang dikumpulkan bukan dari orang-orang yang menunggang saja atau dari salah satunya saja, tetapi dari orang-orang lain juga.

Adapun hadiah yang dikumpulkan daripada penunggang, kemudian siapa yang unggul itulah yang mengambilnya, maka hadiah seperti itu termasuk judi yang dilarang. Dan Nabi sendiri menamakan tunggangan kuda seperti itu, iaitu yang disediakan untuk berjudi, dinamakan Kuda Syaitan. Harganya adalah haram, makanannya haram dan menungganginya juga haram.

Dan Rasulullah SAW bersabda, kamsudnya: “Kuda itu ada tiga jenis: kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah, maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja – mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang digunakan untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan kuda manusia pula, adalah kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk menutupi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang - baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota - tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau tergelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

3. Berenang
Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah); Seorang yang mendidik kudanya; Bermain-mainnya seseorang dengan isterinya; Belajar berenang.” (Riwayat Thabarani)

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular).

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani


Sabar Dalam Menegakkan Agama Islam



Dari Khabbab bin Al-Aratti, dia berkata, “Kami mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ketika itu beliau sedang berbantalkan serbannya di bawah lindungan Kaabah. Kemudian kami bertanya, ‘Apakah engkau tidak meminta pertolongan untuk kami? Apakah engkau tidak mendoakan untuk kebaikan kami?’

Nabi Muhammad Salallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda, ‘Orang-orang yang sebelum kamu itu ada yang ditanam hidup-hidup, ada yang digergaji dari atas kepalanya sehingga tubuhnya terbelah dua, dan ada pula yang disikat dengan sikat besi yang mengenai daging dan tulangnya, tetapi ujian2 itu tidak menggoyahkan mereka dari agama mereka.

Demi Allah, Allah pasti akan mengembangkan agama Islam hingga ke pelusuk dunia, dari Shan’a sampai ke Hadhramaut, dan masing-masing dari mereka tidak takut melainkan hanya kepada Allah atau takut serigala menyerang kambingnya. Akan tetapi kamu sekalian sangat tergesa-gesa.’”
(HR. Bukhari no. 3612, Ahmad V/109, Al-Humaidi no. 157, Abu Daud no. 2649 dan Nasa’i, 8/204)

Pelajaran yang dapat dipetik:

1. Menerangkan keutamaan sabar dan cubaan dalam beragama.

2. Menerangkan salah satu mukjizat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, yakni tersiarnya Islam dan terwujudnya keamanan dan kedamaian.

3. Kesabaran para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam atas siksaan yang bertubi-tubi dengan penuh kerelaan dan jiwa yang tenang.

4. Anjuran untuk meneladani orang-orang solih yang banyak mendapat cubaan dan mereka tetap bersabar dalam menghadapinya.

5. Islam adalah agama yang penuh kedamaian dan ketenangan hingga datang hari kiamat.

6. Syukuri nikmat islam dan iman yang kita peroleh saat ini.

25 October 2013

Kisah Duit Syiling & Batu



Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya ....
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.(Renungan kita bersama)

21 October 2013

Pemanah Yang Dijanjikan Syurga



Pada satu waktu genting di dalam perang Uhud, tiada siapa pun bersama-sama Rasulullah SAW untuk berperang di sisinya, selain dari Talhah bin Ubaidillah dan Sa’ad bin Abi Waqqas Radhiallahu’anhum, itulah saat yang cemas di dalam hidup Baginda yang telah berdarah kecederaan dan patah giginya. Sedangkan inilah saat dan peluang keemasan bagi pihak musyrikin.
10 SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA

Sa’ad bin Abi Waqqas dan Talhah bin Ubaidillah Radhiallahu’anhum telah bertindak penuh kepahlawanan dan bertempur dengan tiada bandingannya, hingga tidak memberi kesempatan langsung kepada kehendak kaum musyrikin hendak membunuh baginda Nabi SAW, kerana mereka berdua adalah antara pemanah yang terhandal di kalangan bangsa Arab Quraisy. Kedua-duanya pula yang disebut antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga Allah SWT.

Semasa Sa’ad bin Abi Waqqas meluncurkan panah-panahnya, Rasulullah SAW bertindak menghulurkan anak-anak panahnya kepada Sa’ad sambil bersabda: “Panahlah mereka hai Sa’ad, bapaku dan ibuku jadi jaminanmu”. Antara kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya makbul dan apabila memanah tepat mengenai sasaran. Ini kerana Nabi Muhamad SAW pernah mendoakannya: “Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”

Sa’ad Abi Waqas juga mendapat gelaran ‘Singa yang Menyembunyikan Kukunya’.

Ibnu Asakir mengeluarkan dari Ibnu Syihab, dia berkata: “Pada hari pertempuran di Uhud Sa’ad bin Abu Waqqas telah membunuh tiga orang musyrikin dengan sebatang anak panah. Dipanahnya seorang, lalu diambilnya lagi panah itu, kemudian dipanahnya orang yang kedua dan seterusnya orang yang ketiga dengan panah yang sama. Ramai para sahabat merasa heran tentang keberanian Sa’ad itu. Maka Sa’ad berkata: “Rasulullah SAW yang telah memberikanku keberanian itu, sehingga aku menjadi begitu berani sekali.”

Di dalam hadith yang lain, ada diceritakan tentang keperwiraan Abu Talhah semasa peristiwa di perang tersebut yang bermati-matian mempertahankan keselamatan Rasulullah SAW dengan busurnya.

Dari Anas bin Malik RA, katanya : Ketika berlakunya peperangan Uhud dan tentera Islam berada dalam keadaan kucar kacir, tidak ramai sahabat yang bersama Rasullullah SAW. Abu Talhah RA berada di samping Nabi SAW sambil baginda berlindung dengan perisainya. Abu Talhah RA pakar memanah sehingga pada waktu itu patah dua hingga tiga batang anak panah (kerana kuatnya panahan beliau).

Seorang lelaki berjalan bersamanya sebuah busur dengan anak panahnya dan baginda berkata: “Serahkannya kepada Abi Talhah.” Nabi Allah SAW naik ke tempat tinggi dan melihat kaum musyrikin lantas Abu Talhah RA berkata: “Wahai Nabi Allah, Aku menebusmu dengan bapa dan ibuku! Jangan engkau naik ke tempat tinggi. Tidak ada satu anak panah musuhpun yang yang akan menembusimu. Leherku akan mempertahankan lehermu.”
- Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

Dari ‘Amr bin ‘Abasah RA katanya: “saya mendengar Rasulullah bersabda:”
“Barangsiapa melempar dengan sebatang anak panah dalam peperangan fisabilillah , maka baginya adalah pahala yang sama dengan memerdekakan seorang hamba sahaya”
.
- Hadith riwayat Abu Daud dan Turmuzi

Rasulullah SAW turut menggunakan panah di hari Uhud itu, sebagaimana yang diceritakan oleh Qutadah bin al-Nukman, Rasulullah memanah dengan busurnya hingga terpatah hujungnya.
SATU ANAK PANAH YANG MEMBAWA 3 ANAK ADAM KE SYURGA

Telah dikhabarkan oleh Abdullah bin Muhammad Abu Qasim Al-Thaghari, katanya telah menceritakan kepada kami oleh Daud, katanya telah menceritakan kepada kami Mubarak iaitu Abdullah bin Abdul Rahman bin Yazid bin Jabir, katanya telah menceritakan kepada Abu Muslim dari Khalid bin Yazid, katanya: “Aku adalah seorang pemanah.” Maka Uqbah bin Amir lalu dekatku sambil berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:”

“Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Taala memasukkan tiga orang ke Syurga disebabkan oleh satu anak panah, iaitu pemilik anak panah itu yang mengharapkan kebaikan daripadanya, pemanah (yang melepaskan anak panah) dan pembuat anak panah itu. Memanahlah kamu dan tungganglah kuda, sesungguhnya jika kamu memanah, lebih-lebih aku sukai dari kamu menunggang kuda, tidak sia-sia seseorang yang melatih kuda untuk permainan keluarganya dan melatih memanah dengan busur dan anak panahnya. Sesiapa yang meninggalkan memanah atas kehendaknya sendiri setelah mempelajarinya, sesungguhnya ia telah meninggalkan (semua kebaikan) ini atau telah mengingkari perintah Pesuruh Allah.”

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas RA dari Nabi SAW katanya:
“Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!”

*Copy&Paste

16 October 2013

Imam Al-Syafie Jaguh Sukan




Imam Al-Syafie Jaguh Sukan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam memang menggalakkan umat Islam supaya memilih sukan memanah dan berkuda. Sukan ini jugalah yang menjadi kebiasaan Imam Al-Syafie dalam kehidupannya.


Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

وارموا واركبوا وأن ترموا أحب إلى من أن تركبوا
Ertinya: "Panah dan berkudalah! Memanah lebih aku sukai buat kalian dari berkuda." Hadis riwayat Abu Daud, Al-Nasa'i dan Al-Hakim. Al-Hakim berkata: Sanad hadis ini Sahih.


Imam Al-Syafie berkata, "Hobiku adalah memanah dan mencari ilmu. Kehebatanku dalam memanah 10 persepuluh. Jika ada 10 sasaran memanah, maka sepuluh itu jugalah yang terpanah (dengan tepat)."


Di masa lain Imam Al-Syafie berkata pula, "Saya suka sekali memanah, sehingga seorang tabib memberi peringatan kepadaku agar tidak berjemur kepanasan, kerana bimbang paru-paru rosak."


Al-Rabi' bin Sulaiman, salah seorang murid Imam Al-Syafie bercerita, "Dulu Imam Al-Syafie sangat pandai berkuda dan benar-benar berani. Ketika kudanya sedang makan, dia menjentik telinganya dan tiba-tiba kuda itu melompat di atas punggungnya."


Demikianlah kehandalan Imam Al-Syafie dalam sukan memanah dan berkuda.


__________________________________
Bibliografi:
1. Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid karya Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam.

13 October 2013

Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang & Memanah?


Kenapa Perlu Belajar Berkuda, Berenang Dan Memanah?

Kenapa kita digalakkan belajar menunggang kuda, berenang dan memanah? Pasti ada kelebihan dan sebabnya bukan? Sama ada dari sudut kesihatan ataupun bagi menghadapi peperangan? benarkah?

Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah”
[Riwayat sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim]

BERKUDA

Bentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

“Kuda itu ada tiga macam : kuda Allah, kuda manusia dan kuda syaitan. Adapun kuda Allah ialah kuda yang disediakan untuk berperang di jalan Allah. Maka makanannya, kotorannya, kencingnya dan apanya saja mempunyai beberapa kebaikan. Adapun kuda syaitan, iaitu kuda yang dipakai untuk berjudi atau untuk dibuat pertaruhan, dan adapun kuda manusia, iaitu kuda yang diikat oleh manusia, ia mengharapkan perutnya (hasilnya), sebagai usaha untuk memenuhi keperluannya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim )

BERENANG

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

MEMANAH

Memanah melatih emosi untuk meletakkan ‘target’ pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi. Seorang yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik. So, tak payah nak emo sangat.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.

Sabda Rasulullah SAW, ” Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Selain itu, mungkin juga ada hikmahnya kita dianjurkan belajar berkuda, berenang dan memanah dalam mempersiapkan diri menghadapi peperangan akhir zaman yang kita tidak tahu samada senjata api, kereta kebal, jet pejuang mahupun bom masih boleh berfungsi atau tidak pada ketika itu.

“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.”- Louis Lord Mountbatten


#copy&paste

05 October 2013



Tujuan dan apa maksud simbol 4 Jari R4BIA di laman sosial yang sebenar. Sekarang ramai yang tertanya kenapa pengguna ramai di facebook dan twitter telah menukar DP mereka kepada simbol 4 jari seperti yang tertera dibawah. Tujuan sebenar adalah untuk menunjukkan kepekaan dan prihatin terhadap krisis atau pergolakan yang berlaku di negara Mesir pada masa sekarang.

Tujuan Simbol 4 Jari R4BIA
Tujuan Display Profile (DP) simbol #R4BIA dipakai di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan menunjukkan tanda keprihatianan terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain itu, menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih peka mengenai krisis atau pergolakan di Mesir pada ketika ini.

Maksud Simbol 4 Jari R4BIA
  • Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  • Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  • Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.


03 October 2013

Petua Awet Muda Mengikut Cara Islam


Petua 1: Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dengan air dari bawah dagu hingga atas dahi diiringi selawat Nabi 3 kali. Amalkan setiap hari.

Petua 2: Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air kosong dan biarkan selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3:  Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yangg dipotong atau gugur.

Petua 4: Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5: Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkan petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali lepas solat subuh bacalah surah Yusuff, kemudian minum air suam sebanyak 3 kali teguk sahaja. Wajah akan kelihatan muda daripada umur sebenar.

Petua 6: Haafalkan ayat 35-38 surah al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7: Muka kita biasanya berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan diletakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi.

*Perhatian!!! Jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.