31 July 2011

Adab Berpuasa


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:

1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.

2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.

3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.

Ulama silam pernah berpesan: “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

4. Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. (Riwayat an-Nasaei)

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang berpuasa atau tidak. Apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasulullah, Puasa itu adalah ‘perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakan kepada orang itu: “Saya sedang berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

5. Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang dan hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

6. Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Penggemblengan diri dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis. Rayuannya bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepada-Nya.

Kenyang

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah s.w.t..

Sabdanya: Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan at-Tarmizi)

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: “Sekiranya perutmu kenyang anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang.”

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan, bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru, dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhirat.

8. Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabda baginda: Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

9. Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda baginda s.a.w.: Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah)

10. Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat terawihnya seperti mana amalan kebiasaan di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadat solat tersebut kerana meninggalkan ‘wajib-wajib' solat seperti meninggalkan tomakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga menyebabkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan terawih seperti itu adalah tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Oleh itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan kiam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesai sama ada 20 rakaat ataupun lapan rakaat. Sabda Rasulullah s.a.w., Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala kiam semalaman. (Riwayat an-Nasaei).


23 July 2011

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

     Saat kita menempuhi onak duri dunia, ya mungkin ada kalanya, kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Kemudian ada sedikit ketenangan mula menyusup membalut lara, sinar-sinar harapan menampakkan cahaya menyuluh jalan yang lebih bahagia. Keyakinan seakan tumbuh dari sokongan dan kesedaran, wajah mula tenang dan senyuman mudah terbentuk. Cerialah diri. Suka duka, sedih gembira bagaikan silih berganti. Wahai hati, ingatlah diri kita ini tidak hidup abadi. Esok, lusa, mana tahu kita akan mati.

     Wahai hamba Allah.. Jangan bersedih, kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin dan ia sama sekali tidak memberi sebarang manfaat pun pada keesokan harinya. kesedihan demi kesedihan bakal membuat kita semakin terperuk dalam keputus asaan dan dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna. Padahal, dunia inilah kesempatan untuk kita dekatkan diri kepada Allah untuk kita raih syurgaNya yang tersangat indah serta bebas daripada rasa kesedihan.Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit, makanan yang lazat terasa hambar dan bunga mawar yang mekar mewangi terus menjadi layu. Kita sendirilah yang menggerakkan saraf pemikiran kita, mengubah situasi kita, meletihkan hati kita dan menganggu tidur kita dengan rasa kesedihan itu.

     Sebelum emosi kita tidak dapat dikawal dek kesedihan yang mencengkam jiwa, kita perlu sedarkan diri kita tentang beberapa hakikat. Hakikat yang pertama, pastinya tiada insan yang mahu berasa sedih kan? semua insan mahu bahagia, mahu tersenyum sentiasa, betul bukan? Akan tetapi kita perlu juga akui bahawa hakikatnya hidup di dunia ini untuk berasa bahagia sentiasa tanpa sebarang dugaan dan ujian itu adalah impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Diulangi, impian yang tidak akan menjadi kenyataan. Jadi, apa yang kita perlu lakukan ialah hadapi kesedihan itu. bersangka baik dengan kesedihan yang menyapa kita. Insya'Allah pasti ada hikmahnya. Allah menguji kita kerana Dia tahu kita mampu menghadapinya. Bersangka baiklah pada Allah, Allah tidak akan pernah mengecewakan kita. Yakinlah !

Ingatlah tangisan terindah itu apabila butir-butir airmata mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita disisi Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam. berapa banyakkah dosa kita? sikitkah? banyakkah? terhitungkah? Allahu Rabbi... Semoga Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa kita serta menggerakkan hati-hati kita supaya sentiasa bertaubat kepadaNya agar diri kita tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang menggelapkan hati lalu memadam Nur hidayah yang diidami..sama-sama kita renungi diri kita, moga Allah redha ke atas kita semua.

Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman.

tersenyumlah Wahai Hati Yang bersedih ! :)

22 July 2011

Wasiat Ibnu Taimiyyah


     Ibnu Taimiyyah mengatakan: (Dosa-dosa itu akan terhapus dengan beberapa perkara berikut ini: Yang pertamanya ialah taubat).

     Sebab taubat, sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Shahih Muslim, bahawa taubat akan menghapuskan dosa-dosa yang sebelumnya. Meskipun dosa yang dilakukan seorang hamba itu sangat besar. Tetapi nescaya Allah akan mengampuninya (selain dosa syirik).

     Allah sentiasa mengampuni dosa-dosa hambaNya apabila dia bertaubat dan kembali kepadaNya, meskipun dosanya itu sepenuh langit dan bumi, dengan syarat dia mesti benar-benar jujur dan ikhlas dalam bertaubat.

     Allah SWT berfirman: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. [Ali Imran: 135]

     Allah SWT juga berfirman: Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [Az-Zumar: 53]

     Akan tetapi orang yang terus menerus melakukan melakukan dosa kecil, akan menjadi dosa besar. Dan ini justeru sangat mengkhuatirkan dan berbahaya.

     Kebanyakan ulama' mecela "si penggila Laila" (kisah seorang yang sangat cinta kepada Laila) tatkala dia berkata dalam dua bait syairnya:


     Ya Rahman (Allah), aku bertaubat kepadaMu
     Dari kegilaan diriku dan banyaknya dosa-dosaku
     Sedang cintaku kepada Laila dan meninggalkan
     Mengunjungi maka aku tidak boleh bertaubat

     Dia mengatakan: "Saya bertaubat dari segala dosa yang pernah saya lakukan, kecuali cinta kepada Laila."

     Para ulama' mengatakan: "Apabila perkataannya itu benar, dia termasuk dalam golongan orang-orang yang terus-menerus melakukan dosa, padahal mereka mengetahui dan menyedari kesalahan itu."

     Kedua: Yang dapat menghapuskan dosa dan kesalahan, iaitu (minta ampun, meskipun tidak bertaubat, kerana boleh jadi Allah mengampuninya dengan mengabulkan doa dan permintaan ampunnya meskipun dia tidak bertaubat. Apabila taubat dan istighfar ini menyatu, ini adalah sebuah kesempurnaan, dan inilah yang diinginkan).

     Boleh jadi Allah mengampunimu, meskipun kamu belum bertaubat kepadaNya, kerana kamu sering mengucapkan: "Astaghfirullah... Astaghfirullah... Astaghfirullah..."

     Adapun istighfar itu sendiri memiliki tiga faedah, iaitu:


1.Supaya Allah tidak menyegerakan kehancuranmu di dunia.
 
  Ja'far Ash-Shadiq r.a mengatakan: "Kalau sekiranya petir yang menyambar turun dari langit, maka dia akan menyambar semua manusia kecuali orang yang beristighfar, kerana Allah SWT berfirman: 'Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun. [Al-Anfal: 33]


2.Istighfar merupakan kenikmatan yang sangat agung, baik terhadap rezeki, anak mahupun tubuh kita sendiri.
 
 Allah SWT berfirman: "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya. )Jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus-menerus) kepadamu... [Hud: 3]


3.Istighfar dapat menambah harta dan anak.

     Nabi Nuh a.s berkata: Maka aku katakan kepada mereka: " Mohonlah ampun kepada Tuhanmu", sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di alamnya) untukmu sungai-sungai." [Nuh: 10-12]

     Mereka bertanya kepada Khalib bin Ma'dan, seorang ahli zuhud dan ahli ibadah terkemuka:"Berapa kali anda beristighfar dalam sehari?" Dia menjawab: "Kalau jari-jariku tidak salah, saya beristighfar sebanyak 100 ribu kali dalam sehari."

     Dalam hadith shahih disebutkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Wahai manusia, mintalah ampunan kepada Allah dan bertaubatlah kepadaNya, kerana sesungguhnya aku minta ampun dan bertaubat kepada Allah lebih daripada 70 kali dalam sehari. [Al-Bukhari, no.6307; Ahmad, no.7734,8288 dan At-Tirmidzi, no.3259]

     Pada riwayat yang lain dikatakan: Seratus kali. [Muslim, no.2702 dan Ahmad, nn.17391]

     Ketiga: Yang dapat menebus dosa dan kesalahan adalah amal-amal shalih. Seperti berwudhu', sembahyang, zikir, istighfar, berdoa, kehadiran di majlis-majlis ilmu, mengambil manfaat dari para penuntut ilmu, cintakan orang-orang shalih, doa di waktu sahur, qiyamullail dan sedekah yang dilakukan dengan ikhlas akan menjadi penebus dosa dan kesalahan. Tiada orang yang binasa di sisi Allah, melainkan orang yang binasa sahaja, kerana pintu-pintu kebaikan sangat banyak, akan tetapi siapakah yang akan melakukan hal-hal yang dapat menebus dosa ini?

     Ibnu Taimiyyah mengatakan: (Adapun mengenai soalanmu tentang amal ibadah yang paling utama setelah fardhu, ianya berbeza antara satu dengan yang lainnya).

     Dan percayalah bahawa bagi sebahagian orang, ibadah yang paling baik adalah berzikir, sebahagian lagi berpuasa, sebahagian lagi berjihad, ada juga berinfaq di jalan Allah, sebahagian lagi dengan mengajar dan ada juga dengan memberi manfaat kepada orang lain dan pelbagai amal kebaikan yang lain.

     Oleh kerana itu, kamu mesti mengetahui tingkatan dan kemampuan setia orang sehingga kamu mampu mencalonkan setiap orang pada hal yang layak baginya, sebagaimana yang dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW.

     Sebagaimana yang terdapat dalam Sunan At-Tirmidzi, dengan sanad shahih dari Abdullah bin Bisr r.a bahawa pada suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki tua yang berusia lebih dari 70 tahun, dia berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syariat Islam sangat banyak bagi saya, tunjukilah saya kepada suatu ibadah yang dapat menjadi tempat bergantung saya."

     Kira-kira apakah jawapan Rasulullah SAW kepada orang tua ini? Apakah beliau mengatakan: "Kamu mesti melaksanakan qiyamullail?" Atau beliau mengatakan: "Kamu mesti berjihad di Afghanistan?" Sama sekali tidak, akan tetapi neliau mengatakan: "Hendaklah lidahmu basah kerana berzikir kepada Allah." [Ahmad, no.17227, 17245 ; At-Tirmidzi, no.3375 dan Ibnu Majah, no.3793.]

     Pada kesempatan yang lain, beliau didatangi oleh Abu Sa'id Al-Khudri r.a. Dia adalah seorang yang bertubuh kuat dan gagah, dan dia meminta wasiat kepada Rasulullah SAW, lalu Baginda pun berwasiat kepadanya: "Kamu mesti berjihad di jalan Allah SWT." [Ahmad, no.11365. Lihat Majma' Az-Zawa'id, no.7111]

     Rasulullah SAW juga berwasiat kepada Abu Umamah Al-Bahili r.a.: "Kamu mesti melakukan puasa." [Ahmad, no.21636; An-Nasa'i, no.2220 dan Al-Baihaqi dalam sunan Al-Kubra, no.8429]

     Dan Rasulullah SAW berwasiat kepada Abud Darda' r.a.: "Jangan kamu marah."

     Pada kesempatan yang lain, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki dari negeri Yaman, dia ingin berjihad di jalan Allah, Rasulullah SAW bertanya kepadanya: "Apakah kamu masih memiliki salah seorang daripada kedua orang tuamu?" Lelaki itu menjawab: "Ya." Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Berjihadlah (berbaktilah) kamu kepada keduanya." [Al-Bukhari, no.3004, 5972 dan Muslim, no.2549]

     Oleh sebab itu, bila orang yang ditanya tentang suatu permasalahan, kita mesti mengetahui keadaan orang yang bertanya tersebut, supaya dia dapat menjawabnya dengan sesuatu yang bermanfaat baginya.

     Kemudian Ibnu Taimiyyah menjelaskan kepada orang yang bertanya tadi secara umum, bahawa berzikir kepada Allah merupakan sebuah amalan yang sangat utama untuk dilakukan seorang hamba dalam menghabiskan waktunya. Ini sudah hampir menjadi kesepakatan para ulama'. Kerana siapa sahaja dapat melakukannya, sama ada pedagangan, pegawai, petani, pelajar, guru, perempuan dan lelaki, mereka semua sama halnya dalam berzikir kepada Allah, kerana dia sangat mudah bagi setiap individu.

Dipetik dari: Buku Ihfazillah, yah fazka.

21 July 2011

Sebaik-baik pekerjaan.

   
     Para Ulama' berbeza pendapat tentang definisi pekerjaan yang paling utama. Sebahagian ada yang mengatakan: "Pekerjaan yang paling baik adalah pertanian", ini pendapat para penganut mahzab Imam Syafi'i. Sebahagian lagi mengatakan: "Pekerjaan yang paling baik adalah perdagangan, kerana 9/10 rezeki ada pada perdagangan." Dan sebahagian lagi mengatakan: "Pekerjaan yang paling baik adalah sesuatu yang dihasilkan dengan tangan sendiri", kerana dalam hadith Shahih, Rasulullah SAW bersabda:


"Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik daripada hasil usaha tangannya sendiri, dan sesungguhnya Nabi Allah Daud 'Alaihissalam makan dari usaha tangannya sendiri. [HR Bukhari, no.2072 & Ahmad, no.16729)

     Yakni; beliau bekerja sebagai tukang besi. Oleh kerana itu Allah SWT berfirman: "...dan Kami telah melunakkan besi untuknya (Daud). [Saba': 10]

     Para Ulama' mengatakan, bahawa besi di tangan Nabi Daud a.s melalui kekuasaan Allah Yang Maha Esa, iaitu seperti adunan yang ada pada tangan orang lain, dan dia membuat baju besi dari besi tersebut untuk berperang.

     Semua keluarga Nabi Daud a.s yang berjumlah 36 ribu orang, semuanya memakan daripada hasil usaha tangan mereka sendiri.

Dipetik dari: Buku Ihfazillah, yah fazka

Kisah Burung & Ular Yang Buta


     Dalam kitab Shafat Ash-Shafwah, Ibnul Jauzi mengatakan: "Ada salah seorang ahli ibadah melihat seekor burung yang selalu membawa sepotong daging pada setiap hari. Burung itu hingga di atas pokok kurma, maka ahli ibadah itu merasa hairan, kerana biasanya burung itu tidak pernah bersarang di atas pokok kurma. Dia berkata: 'Saya memanjat pokok kurma tersebut, maka saya melihat di sana ada seekor ular yang buta, setiap kali burung itu mendekatinya, burung itu bersuara, lalu ular itu membuka mulutnya, kemudian burung itupun meletakkan sepotong daging tersebut ke dalam mulutnya, lalu ia terbang.'"

     Siapakah yang mengajar seekor burung itu memberikan sepotong daging kepada seekor ular buta tersebut? Sesungguhnya Dia itu adalah Dzat Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal.

     Allah SWT berfirman: "Dan tidak ada suatu binatang melata (segenap makhluk Allah yang bernyawa) pun di bumi melainkan Allah-lah yang memveri rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam (dunia) binatang itu dan tempat penyimpanannya (akhirat). Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh). [Hud: 6]

     Oleh kerana itu, penghasilan yang paling unggul yang paling baik menurut Ibnu Taimiyyah, iaitu tawakkal kepada Allah, percaya dengan pemeliharaanNya dan berbaik sangka kepadaNya. Kemudian beliau mengutip sebuah hadith Qudsi dari Allah SWT: "Wahai para hambaKu, setiap kamu itu lapar, kecuali orang yang ku beri makan, maka mintalah makan kepadaKu, nescaya Aku akan memberikan makan kepada kalian. Wahai para hambaKu, setiap kamu itu telanjang, kecuali orang yang Aku tutupi auratnya, maka mintalah penutup daripadaKu, nescaya Aku akan menutupi kalian. [Muslim, no.2577 dan Ahmad, no 20911]

     Wallahu a'lam.

     Dan selawat serta salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad dan semua keluarga serta para sahabatnya sekalian.

Dipetik dari: Buku Ihfazillah, yah fazka.

19 July 2011

Perkara-perkara Sunat Di Bulan Ramadhan


1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.


2) Makan sahur walaupun sedikit.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.


3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas drpd tengah malam & sblm waktu imsak.

4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.

5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

6) Memperbanyakkan sedekah.

7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.

8 ) Menghadiri majlis-majlis ilmu.

9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.

10) Jangan bersugi (berus gigi) setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Fadhilat Bulan Ramadhan


KELEBIHAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS


1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi:


1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

18 July 2011

Berilmu Tetapi Tidak Mengamalkannya...


Ilmu yang tidak diamalkan, dicela oleh Allah SWT, RasulNya dan kaum Mukminin. Allah SWT berfirman: Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (Ash-Shaf: 2-3)

*Abu Hurairah ra. berkata: "Perumpamaan ilmu yang tidak diamalkan seperti harta yang tidak dinafkahkan di jalan Allah."

*Al-Fudhail rahimahullah berkata: "Seorang alim masih dianggap bodoh atas apa yang ia ketahui, sampai ia mengamalkannya."

*Malik bin Dinar rahimahullah berkata: "Anda jumpai seseorang yang tidak pernah keliru sedikitpun dalam bicara, namun seluruh perbuatannya tidak lepas dari kekeliruan."


psst... jadi bila kita dah mempunyai ilmu, jangan lupa untuk amalkan ilmu tersebut.. rugi tau!!!

17 July 2011

Padang Mahsyar: Al-Kisah

Allah mengumpulkan semua makhluk untuk dihisab. Mereka semua berada dalam keadaan ketakutan seperti orang mabuk, pada hari yang agung masanya setara dengan lima puluh ribu tahun. Seakan-akan dunia mereka hanyalah sesaat saja. Matahari menjadi dekat sejauh satu mil, dan manusia tenggelam dalam keringat (peluh) mereka sesuai dengan amal perbuatan mereka. Pada hari itu terjadi permusuhan antara orang-orang yang lemah dan para pembesar mereka (ketika di dunia). Orang kafir bermusuh dengan sesamanya, dengan syaitannya dan dengan anak buahnya dan mereka saling melaknat. Orang yang zalim akan mengigit kedua tangannya. Neraka Jahannam pun didatangkan, ditarik dengan tujuh puluh ribu tali kekang, setiap tali kekang ditarik oleh tujuh puluh ribu Malaikat. Jika orang kafir melihatnya, ia berharap menjadikan dirinya sebagai tebusan atau menjadi debu. Adapun para pelaku maksiat, maka orang yang tidak membayar zakat, hartanya dijadikan kepingan api lalu ia ditetapkan dengannya. Sedang orang-orang yang sombong dan angkuh, mereka dikumpulkan bagaikan semut. Para pelanggar janji, penkhianat dan perampas harta orang lain akan diungkap kejahatannya, dan pencuri akan datang dengan membawa barang curiannya. Segala sesuatu tersembunyi akan diperlihatkan. Adapun orang-orang yang bertaqwa, hal itu tidak menjadikan mereka takut, bahkan hal itu berlalu bagaikan Solat Zuhur.

Alam Kubur: Seksa serta Lindungan


Awal persinggahan menuju ke Akhirat. Ia merupakan lubang neraka bagi orang kafir dan orang munafik, namun merupakan taman bagi orang Mukmin. Ada seksa di dalam kubur atas beberapa maksiat, seperti tidak membersihkan diri dari air kencing/najis, mengadu domba, berkhianat dalam hal rampasan perang, dusta, tidur melalaikan solat, tidak membaca Al-Quran, berzina, homoseksual, riba, tidak membayar hutang dan sebagainya. Yang dapat terlindung kepada Allah dari seksa kubur adalah amal soleh yang ikhlas kerana Allah, berlindung kepada Allah dari seksa kubur, membaca surah Al-Mulk dan sebagainya Yang dilindungi dari seksa kubur adalah orang yang mati syahid, orang yang menjaga perbatasan dari musuh, orang yang meninggal pada hari Jumaat, orang yang meninggal kerana menderita sakit dan sebagainya..

16 July 2011

Opick ft.Melly - Takdir


Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi

Takdir Manusia


Hadis Anas bin Malik ra.: Secara marfuk Baginda SAW bersabda: Allah SWT mengutuskan Malaikat ke dalam rahim. Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Ia masih berupa air mani. Setelah beberapa ketika Malaikat berkata lagi: Ya Tuhan! Ia sudah berupa darah beku. Begitu juga setelah berlalu empat puluh hari Malaikat berkata lagi: Wahai Tuhan! Ia sudah berupa seketul daging. Apabila Allah SWT membuat keputusan untuk menciptakannya menjadi manusia maka Malaikat berkata: Wahai Tuhan! Orang ini akan diciptakan lelaki atau perempuan? celaka atau bahagia? Bagaimana rezekinya? Serta bagaimana pula ajalnya? Segala2 dicatat semasa dalam perut ibunya lagi.

15 July 2011

Irfan Makki ft.Maher Zain - I Believe


When u're searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?


MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day


Chorus


If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe

14 July 2011

Saat Kewafatan Rasulullah


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar2 cinta
yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya..
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning..
burung2 gurun enggan mengepakkan sayap..
pagi itu.. Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah..

"Wahai umatku.. kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertaqwalah kepada-Nya..
ku wariskan dua perkara pada kalian..
Al-Quran dan Sunnahku..
"Barangsiapa mencintai sunnahku, bererti mencintaiku..
dan kelak orang2 yang mencintaiku akan masuk Syurga bersama2 aku.."

Khutbah sangat singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang
dan penuh minat menatap sahabat2nya satu persatu..
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca2..
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya..
Usman menhela nafas panjang..
Ali menundukkan kepalanya dalam2..

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba..
"Rasulullah akan meninggalkan kita semua.."
keluh hati semua sahabat kala itu.
manusia tercinta itu, hampir selesai manunaikan tugasnya di dunia.
tanda2 itu semakin kuat..
Ali dan Fadhal cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan
lemah dan goyah.

Ketika turun dari mimbar..
di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana
pasti akan menahan detik2 berlalu..
matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup..
sedang di dalamnya Rasulullah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat 
dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya..

Tiba2 dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam..
"Bolehkah saya masuk?"
"Maaflah, ayahku sedang demam." kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup daun pintu.
kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah.
"Siapakah itu wahai anakku?"
"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya."
tutur Fatimah lembut.

Lalu Rasulullah menatap puterinya itu..
dengan pandangan yang menggetarkan..
seolah2  bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,
dialah memisahkan pertemuan di dunia..
Dialah Malakul Maut." kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat Maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan
kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..
kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas
langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini..

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu2 langit telah terbuka, para Malaikat telah menanti ruhmu.
semua Syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu." kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega.
matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
'Aku haramkan Syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya'." kata Jibril.

Detik2nya semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas..
perlahan ruh Rasulullah ditarik.. nampak seluruh tubuh Rasulullah
bersimbah peluh, urat2 lehernya menegang..
"Jibril, betapa sakit Sakaratul Maut ini."
perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam
dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?"
tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu..
"Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal?"
kata Jibril..sebentat kemudian terdengar Rasulullah memekik,
kerana sakit yang tidak tertahankan lagi..

"Ya Allah! Dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua seksa maut
ini kepadaku, jangan pada umatku."
badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak
bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikan sesuatu..
Ali segera mendekatkan telinganya..
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakal aimanuku,
peliharalah shalat dan peliharalah orang2 yang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan..
sahabat saling berpelukan. Fatimah menutup tangan di wajahnya..
dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke
bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii.. Ummatii.. Ummatii.."
dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi
sinaran itu..
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih..
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita..


Kami juga mencintaimu Ya Rasulullah..
dan cinta itu..
akan kami buktikan..

Di Manakah Kita???


Aku membuka mata... 
mula melihat keluasan dunia...
terpesona dengan keindahan alam ciptaanMu..
dan ku sangat bersyukur dilahirkan ke dunia ini..
sebagai umat ISLAM..
Ku mengetahui betapa hebatnya kita..
menawan 2/3 dunia..
menakluk Parsi, Andalusia, Konstantinopel..
menguasai jalan darat dan lautan..
menggenggam ilmu sains dan teknologi..
tetapi itu SEMALAM!!!

Bagaimanakah HARI INI???
Di manakah kita???
ketika saudara di sana merempat tak tentu arah?
di manakah kita???
ketika saudara di sana dianiaya bagai binatang...
di manakah kita???
ketika saudara di sana berjuang di medan perang..
di manakah kita???


Ku cuba mengamati..
di sini ku dapat melihat..
sibuk mengejar cita-cita..
ghairah mengejar cinta sejati..
hiburan menjadi keutamaan...
kita sangka hidup dan memenuhi tujuan..
asalkan memenuhi Rukun Islam sudah memadai??


Agama digunapakai untuk perkahwinan dan kematian sahaja?
hukum ditafsirkan mengikut akal dan nafsu???
saf-saf kini seolah-olah bertukar kiblat..
Al-Quran di ketepikan...
'kitab hiburan' di agung-agungkan...


Saudara di sana tidak dipedulikan???
gosip hiburan menjadi prioriti...
ulama' dipinggirkan..
artis dijulang tinggi..
pakaian membungkus diri dipandang serong..
pakaian  mengejar fesyen menjadi pilihan..


Apakah kita nak jawab di hadapan Allah kelak???
bersedialah...

Bab 09: Sangkalan Terhadap Kiamat 2012



"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan keizinan Tuhannya. Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.." (Surah Ibrahim: 24-27)


A.Sikap Muslim Menghadapi Kiamat.


     Jika kita bercakap mengenai hari kiamat, maka hubungannya terlalu erat dengan perbicaraan hari akhir, bagi umat Islam hal itu merupakan hal yang sangat penting. kerana, hal itu berkait rapat dengan Rukun Iman yang enam, yang dikenali dengan "Arkaanul-imaan". Di dalamnya terkandung iman (percaya) kepada Hari Akhir (hari kiamat), yang merupakan Rukun (sendi) Iman yang kelima.


     Rukun Iman adalah merupakan tapak bagi orang yang beragama Islam. Apabila Iman seseorang sudah kukuh, maka agak sulit untuk dipengaruhi oleh hal-hal yang dapat menggoncangkan keimanan (aqidah)nya. Hal itu sesuai dengan firman Allah di dalam surah Ibrahim yang berbunyi:


"Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu; kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan bandingan kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.." (Surah Ibrahim: 24-27)


     Orang-orang yang imannya sudah kuat dikategorikan sebagai orang-orang yang bertakwa (Muttaqun). Hal itu sesuai dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah: 


"Alif. Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada kitab 'Al-Quran' yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya." (Surah Al-Baqarah: 1-5)


     Bagaimana sikap orang yang beriman dalam menghadapi pendapat yang mengatakan bahawa kiamat akan terjadi pada tahun 2012 seperti yang dikemukakan suku Maya; atau juga yang di kemukakan oleh kebudayaan purba oleh kitab l Ching, The Chinesse Book of Changes? Sememangnya, jika pendapat tersebut diteliti, kita akan mengakui bahawa kita berada di dalam akhir zaman berpandukan tanda kerosakan makhluk Allah yang ada di dunia yang telah terjadi di antaranya:

1.Beberapa ilmuwan beranggapan terjadinya pertukaran kutub magnet utara-selatan yang berganti posisi.

2.Matahari telah banyak memuntahkan debu yang cukup banyak hingga menyelimuti benua Amerika Utara sehingga setinggi beberapa kaki, walaupun hal itu telah terjadi 600,000 tahun yang lalu. Ditambah lagi keterangan bahawa sejak 1940-an, dan terutama sejak tahun 2003, tingkah laku matahari lebih bergejolak, bahkan lebih bergejolak lagi tahun 2012.

3.Jika hal itu terjadi lagi, maka akan muncullah masalah ekologi, seperti terjadinya lubang ozon dan bakal terjadi pemanasan global.

4.Belum lagi tanda-tanda yang telah disebutkan di atas, baik tanda-tanda kiamat kecil, mahupun tanda-tanda kiamat besar.

     Oleh kerana itu, wajar jika penulis buku (Joseph) memberi peringatan bahawa kiamat bakal terjadi. Bila waktunya? Tahun 2012? Di sinilah sikap kita, Bukan tahun itu! Jelasnya, kiamat pasti akan datang! Akan tetapi, hanyalah Allah yang Maha Mengetahui.

     Baru-baru ini Pertubuhan Angkasawan AS (NASA) mengatakan bahawa gambaran-gambaran kiamat 2012 seperti yang dilihat di dalam filem 2012 yang ditayangkan oleh Hollywood tidak akan terjadi, setidaknya dalam waktu dekat ini.

     Ini disebabkan dengan kerisauan ramai orang berkaitan dengan fenomena alam yang melanda, NASA menyatakan bahawa tidak ada hal mengerikan yang terjadi pada bumi kita pada tahun 2012. Planet kita baik-baik saja untuk lebih dari 4 juta tahun akan datang, dan para saintis yang berkebolehan di seluruh dunia tahu bahawa tidak ada ancaman yang berkaitan dengan 2012.

     Dalam filem 2012 digambarkan asteroid besar melanggar bumi dan menghancurkan kesemuanya. Perkara tersebut dibantah NASA bahawa tidak ada planet asing yang sedang bergerak menuju ke bumi kita ini. NASA menganggap bahawa bumi selalu menjadi sasaran komet dan asteroid. Langgaran paling dahsyat terjadi sekitar 65 juta tahun yang lalu sehingga memusnahkan makhluk dinosour. Para astronomi NASA yang sedang mengerjakan projek 'Spaceguard Survey' membuat kesimpulan bahawa tidak ada ancaman asteroid besar yang pernah melanggar dinosour.

     "Semua pekerjaan ini dilakukan scara terbuka dan penemuan-penemuan disiarkan setiap hari di laman web program NASA NEO, jadi anda boleh melihat bahawa tidak ada satu pun yang diprediksi menghantam bumi pada 2012," Ujar NASA.

     Dengan melihat peristiwa tersebut, perlu kita perhatikan firman Allah di dalam surah Al-Hajj yang berbunyi:


"Hai manusia jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila Kami telah turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuhan-tumbuhan yang indah." (Surah Al-Hajj: 5)


B.Hikmah Memperhatikan Kiamat.

     Walaupun di antara manusia ada yang tidak percaya kepada hari kiamat, namun bagi umat Islam hal itu sangat penting dan dasarnya. Lebih-lebih lagi mempercayai hari kiamat merupakan salah satu Rukun Iman yang jumlahnya enam, bahkan seperti telah dihuraikan di atas banyak sekali menjelaskan hari kiamat dengan berbagai huraiannya. Terdapat beberapa huraian dari hikmah mempercayai hari kiamat di antaranya:

1.Dahulu, orang-orang musyrik bangsa Arab mengingkari adanya hari kiamat. Oleh kerana itu, mereka sangat menentangnya, dan informasinya dapat dilihat di dalam surah Al-Jaatsiyah:


"Dan mereka berkata: 'Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa', dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja." (Surah Al-Jaatsiyah: 24)

2.Meskipun golongan ahlul-kitab (penganut agama Yahudi dan agama Nasrani) mempercayai hari akhir, namun cara penggambaran dan pemikiran mereka dapat dikatakan rosak, bahkan salah sama sekali. Misalnya, penganut agama Nasrani yang berpegang teguh terhadap wujudnya Jesus, penebus dosa dan penyelamat manusia. Dengan adanya hal itu tidak ada lagi seksa-seksa yang akan dilakukan pada hari kiamat. Demikian halnya pada agama-agama lain, seperti Yahudi, Hindu dengan sistem penitisnya dan Budha.

3.Mempercayai hari kiamat menyebabkan hidup kita di dunia mempunyai sesuatu tujuan mulia dan cita-cita yang tinggi. Di sana ada puncak yang tinggi yang hendak kita capai dengan sekuat tenaga kita. Adapun caranya adalah dengan mengerjakan kebaikan, meninggalkan kemungkaran dan segala bentuk kemaksiatan, menghiasi diri dan jiwa dengan sifat-sifat utama, dan menghindari diri dari kehinaan dan kerendahan yang dapat membahayakan dan mencelakakan kita, agama kita, fikiran kita dan harta kita.

4.Selalu bergembira dalam melakukan kebaikan dan menutup jalan yang mengarah kepada keburukan dan kejahatan. Sudah tentu, dengan selalu berzikir Asma'ul Husna dan melaksanakan amar makruf nahi mungkar (menyuruh berbuat baik dan mencegah kejahatan).


Untuk menutup huraian ini, ada baiknya kita sebagai umat Islam agar:

1.Tetap meyakini bahawa hari kiamat pasti akan datang, kerana hal itu sudah ditetapkan oleh Allah, sesuai dengan firmanNya di dalam surah an-Nahl:


"Ketetapan Allah (hari kiamat) pasti datang, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka persekutukan." (Surah Al-Nahl: 1)

2.Tetap beriman kepada hari akhir (kiamat), kerana beriman kepada hari akhir merupakan salah satu dari sendi-sendi keimanan (Arkaanul-Iman), yang merupakan tapak untuk melaksanakan syariah (undang-undang) Allah SWT.

3.Dengan memiliki tapak yang kuat, Insya'Allah kita tidak mudah terombang-ambing oleh isu-isu yang sering muncul di hadapan kita, bahkan sering menyesatkan umat.

4.Memahami bahawa hari kiamat pasti terjadi, hanya saja kita tidak mengetahui bila terjadinya. Kemungkinan 2012, mungkin selepasnya, dan berkemungkinan juga sebelumnya. Akan tetapi, bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW, hal itu sudah dekat sehingga kita dituntut untuk selalu siap dalam menghadapinya. Tidak penting mengetahui bila kiamat akan datang, tetapi lebih penting mengetahui seberapa siapkah kita menyambut kedatangannya.

5.Tidak terjebak oleh isu-isu yang dapat menjatuhkan keimanan dan menyesatkan. Dalam menghadapi isu-isu yang berkait dengan agama Islam, khususnya hari kiamat, sebaiknya kita selalu membaca dan memahami intipati Al-Quran dan Al-Hadis (dua sumber umat Islam) yang tidak boleh ditinggalkan. Kerana, dua sumber itulah yang dapat memberikan maklumat yang berkaitan dengan kiamat. Andaikata belum dapat memahami kedua sumber tersebut, maka kita harus merujuk kepada Ulama' yang memahami ajaran Islam.

6.Tidak mustahil isu-isu tentang waktu (jam, hari dan tahun) terjadinya kiamat semakin hari semakin banyak, kerana pada saat ini jaringan maklumat semakin canggih dan berkembang dengan sangat pesat sehingga dengan membaca tulisan-tulisan yang ada di dalamnya dapat membuat kita resah. Untuk itu, kita harus selalu waspada dan hati-hati dalam menghadapi isu-isu tersebut.


"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengethuan tentang hari kiamat, ...Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Surah Luqman: 34)


"Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia". (Surah Al-A'raf: 187)

Oleh kerana itu, kita sebagai umat Islam harus tetap istiqamah (tetap berdiri kukuh pada prinsip-prinsip keimanan dan keislaman) sehingga kita tidak mudah goyah, walaupun dalam keadaan bagaimanapun, dan juga tidak resah dalam situasi apa pun, khususnya dalam menghadapi informasi yang berkaitan dengan datangnya hari kiamat yang akan terjadi pada tahun 2012.

Dipetik dari: Buku Menyangkal Kiamat 2012

13 July 2011

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita




Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."
Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".
Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.
Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.
Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."
"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.
"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.
Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...