31 May 2011

Kisah Zuhud Muhammad bin Wasi'



Kita sering mendengar kisah tentang Muhammad bin Wasi' seorang ahli zuhud di masanya, tatkala dia berada dalam barisan askar yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah "La ilaha illallah" pada bahagian timur negara Islam saat itu.

     Maka pada suatu kesempatan, Qutaibah hendak menguji Muhammad bin Wasi' ini di hadapan panglima dan para menteri, maka Qutaibah berkata kepada para panglima dan para menteri ini, sementara di tangannya terdapat segenggam emas yang diperolehi daripada hasil ghanimah perang daripada musuh-musuh Islam, sebagai langkah awal, dia berkata kepada mereka: "Adakah tuan-tuan percaya bahawa kalau saya menyerahkan segenggam emas ini kepada seseorang, lalu dia akan menolaknya?"

     Mereka menjawab: "Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang menolak (zuhud) terhadap segenggam emas ini."

     Maka dia berkata: "Baik, saya akan memperlihatkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang menyamakan emas dengan tanah kepada tuan-tuan. Maka dia pun berkata kepada para perajuritnya: "Panggillah Muhammad bin Wasi' untuk segera menghadapku."

     Maka dengan serta merta para perajurit itu menghampiri Muhammad untuk mereka hadapkan kepada pemimpin mereka, maka seketika mereka melihatnya bertasbih dan beristighfar (memohon ampun) serta memuji Allah SWT seraya memohon kepadaNya untuk kemenangan kaum Muslimin.

     Maka tatkala dia menghadap Qutaibah, beliau pun memberikan segenggam emas itu kepadanya. Maka dia pun mengambil emas tersebut daripada Qutaibah.

     Dengan serta-merta Qutaibah tercengang! kerana sebelumnya dia beranggapan bahawa, Muhammad bin Wasi' akan menolak pemberiannya. Seketika itu juga, wajah Qutaibah berubah di hadapan para panglima dan para menteri itu.

     Lalu Muhammad bin Wasi' keluar daripada majlis tersebut dengan membawa emas, maka Qutaibah memerintahkan perajuritnya untuk mengawasinya ke mana dia akan membawa emas tersebut? Lalu Qutaibah berkata: "Ya Allah, janganlah kamu sia-siakan hasratku kepadanya."

     Muhammad bin Wasi' terus membawanya, sampai ia bertemu dengan seorang miskin yang meminta-minta kepada perajurit tersebut, maka dia pun memberikan semua pemberian Qutaibah itu kepadanya.

     Tatkala mereka memberitahukan peristiwa tersebut kepada Qutaibah, maka diapun berkata kepada orang yang berada di sekelilingnya: "Bukankah aku sudah mengatakan kepada kalian bahawa masih ada hamba Allah daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. yang menyamakan emas dengan tanah?!

     Dan beginilah zuhud yang diinginkan itu. Saya selalu mengulang-ulangi kisah ini, kerana kisah ini sangat berkesan dan berpengaruh.

     Kita sangat perlu untuk mengulangi kisah-kisah seperti ini, sama ada ketika berceramah, memberi nasihat, mengajar, mendidik atau membina dan mengarahkan umat ini, supaya manusia kembali kepada Allah SWT dengan sebaik-baiknya.

     Kerana di zaman kita sekarang ini, sangat banyak manusia yang sudah menjadi hamba dunia, sehingga ia tidak boleh untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan dakwah Islamiyyah dan tidak sempat lagi untuk berzikir dan membaca Al-Quran kerana kecintaannya kepada dunia.

     Kita sangat perlu untuk mengulangi pelajaran-pelajaran berharga seperti ini kepada segenap manusia, supaya hati mereka sedar dan bangun kembali daripada kekhilafan dan kelalaian mereka.

27 May 2011

Dia Budak Agama


Dia budak agama, dia pergi usrah, dia pakai tudung labuh

Ada seorang hamba Allah perempuan ini. Dia adalah seorang bekas pelajar di sekolah agama. Dia seorang yang solehah, menjaga auratnya dan memakai tudung labuh. Dia juga rajin mengikuti usrah.
Ditakdirkan Allah, dia dihantar belajar ke luar negara. Negara yang dia pergi, bukan pula negara orang Islam. Jurusannya bukan jurusan agama, tetapi Perubatan. Maka, dia diangkat menjadi orang yang dipercayai oleh pelajar yang seangkatan dengannya.

Awal-awal, dia seorang yang komited dengan agama. Sering mengajak kawan-kawannya agar mengingati Allah, melaksanakan amanah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya.
Satu hari, dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bukan Islam. Lama kelamaan, dia meninggalkan peribadinya yang lama. Walaupun masih bertudung labuh, dia tidak lagi menjaga batas pergaulan. Sampai satu tahap, dia pernah tidur di dalam kereta berdua-duaan dengan lelaki tadi.
Apakah pandangan anda?
Apa yang anda akan lakukan bila mengetahui perkara ini, bila melihat perkara ini, atau bila menjadi salah seorang daripada kawan-kawan kepada pelaku perkara ini?

Kisah rekaan saya, tetapi situasinya merata-rata
Saya reka cerita itu. Ini bermakna, saya tidak pernah melihatnya dengan mata kepala saya sendiri. Tetapi situasi yang sinonim seperti cerita saya di atas berlaku di banyak tempat. Tidak perlu tanya saya dari mana saya tahu, tetapi saya sekadar hendak anda menjawab, betul atau tidak.
Betul kan?
Budak sekolah agama, lelaki ke, perempuan ke, dulu baik, tiba-tiba terjebak dengan sesuatu di luar lunas agama Allah. Perempuan tudung labuh, dulu jaga hubungan lelaki perempuan, tiba-tiba bercouple. Rakan kita yang nampak alim, tiba-tiba terdengar khabar dia berzina.
Ya, apa yang kita lakukan pada mereka-mereka ini?

Biasanya, mereka dihina. Disisihkan.
“Cis, menyampah gila aku. Dulu baik bukan main. Sekarang, mengalahkan aku buruknya. Aku pun tak pernah berdating dengan perempuan tau”
“Aku tak sangka betul, dulu bukan main solehah. Ingatkan aku itu ini. Sekarang tup-tup keluar dengan mamat tu. Tak senonoh la. Hipokrit”
“Tengoklah budak sekolah agama tu. Kata je belajar agama. Dulu bukan main lagi ceramah bagi dalil-dalil Al-Quran ingatkan orang. Sekarang, entah syurga dengan neraka pun tak kenal ke hapa”
Dan 1001 macam lagi yang biasanya akan terlepas dari mulut kita. Atau paling tidak, terdetik di dalam hati.
Kenapa? Kenapa kita senang bersikap demikian?
Akhirnya, mereka yang dahulunya ala-ala ustaz ustazah harapan agama ini disisihkan kerana kemaksiatan dan keingkaran yang mereka lakukan di hadapan mata kita har ini. Mereka dikutuk, dihina, dikeji, dihentam-hentam. Dan 99%, semuanya dilakukan di belakang mereka.
Saya suka bertanya.
Siapa yang pernah pergi dan bersembang, berbincang, mendalami kenapa mereka berubah sedemikian rupa?

Tiada siapa menarik mereka
Kita selalu kata begini:
“Alah, pelajar agama, takkan tak tahu”
“Dia kan hafal 30 juzu’ Al-Quran. Takkan la tak reti-reti lagi”
Tetapi pada saya, ini satu prinsip yang membawa kepada sikap kita yang saya nyatakan di atas. Ya, secara tidak langsung, kita seakan-akan meletakkan taraf pelajar agama, orang yang mengikuti usrah, mereka yang bertudung labuh dan berkopiah ini di taraf MALAIKAT.
Sedangkan, mereka adalah MANUSIA.
Bila namanya manusia, pasti ada waktu kesilapannya. Dan kadangkala, silapnya boleh jadi lebih buruk dari kesilapan mereka yang tidak pernah pun sekolah agama. Tetapi inilah dia ujian Allah SWT.
Dengan prinsip kita di atas tadi, maka kita meninggalkannya. Kita tidak menegurnya. Kita nampak dia mula berubah ke arah kejahatan, kita menjauhinya kerana kita kata dia dah tahu, dia mesti dah faham serta sebagainya.
Kesilapan kita, adalah di sini.
Tiada siapa yang bergerak menarik mereka.

Sebagaimana kamu, mereka juga begitu, saya juga begitu
Bila kita melakukan kesilapan, kita senang untuk orang faham kenapa kita boleh tersilap. Kita tertipu ke, kita terjerat ke, kita memang betul-betul tak tahu kemudian terbiasa dengan kesilapan itu ke, dan 1001 sebab lagi.
Jadi, bila orang hentam-hentam kita tanpa memahami, kita pastinya sakit hati.
Begitulah perasaannya mereka yang buat silap. Saya kira, kita sama dalam hal ini. Baik kamu, mereka, mahupun saya.
Saya sendiri, amat benci manusia yang pakai hentam sahaja tanpa memahami. Kenal pun tidak, sudah menghentam macam dia tahu-tahu aja apa sebenarnya yang terjadi.
Jadi, apakah sikap kita?
Pernahkah kita mendekati ‘pendosa-pendosa yang beragama’ ini, atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?

Mereka butuh manusia yang memahami
Kadangkala, ada something yang di luar jangkaan berlaku dalam hidup mereka ini. Sebab itu dari sebaik-baik manusia, boleh berubah sebegitu rupa. Kita yang biasa-biasa ni, melenting la. Kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
Tidak ramai yang mampu bersabar. Sedangkan, keadaan ini hanya boleh dihadapi oleh mereka yang tenang dan rasional.
Siapa yang pergi mendekati mereka, memahami mereka, cuba mencungkil apa sebenarnya permasalahan mereka, kenapa mereka sampai boleh tersasar sedemikian rupa. Siapa? Siapa yang berusaha sedemikian rupa?
“Aku tegur dia dah” Ya la, tegur macam mana? Tegur sekali pastu blah? Tegur 10 kali lepas tu penat?
Kadang-kadang, kita terlupa yang kita tak pernah pun bina ‘jambatan hati’ dengan mereka. Kita tak kenal mereka dalam erti kata sebenar. Kita dan dia tak pernah ada apa-apa perkongsian.
Bila terjadi perkara sebegini, kita lebih senang menghentam. Tegur sekali dua, lepas tu kata tak ada harapan. Ajak masuk usrah balik semula dua tiga kali, kemudian kata dia dah tak dapat hidayah.
Ini masalah kita.
Kemudian kita salahkan dia.
Sebenarnya, kita pun sama. Berputus asa mengajak dia ke jalan Allah.

Bila dia berdosa, tak kira la dia budak agama ke, ulama sekalipun, sepatutnya kita layani dia dengan baik. Tunjukkan dia jalan yang betul.
Sejak bila seseorang itu bila dia jadi pelajar sekolah agama, dia ikut usrah, dia pernah berdakwah ajak orang buat baik, dia keluaran Al-Azhar ke hapa ke, bila jadi maksum?
Sejak bila pula, manusia-manusia ni, bila buat dosa, dibolehkan kita membiarkan mereka?
Bukankah layanannya tetap sama dengan orang yang tidak pernah belajar agama, tidak pernah ikut usrah, tidak pernah berdakwah yang buat dosa?
Yakni tegur, dan pimpin mereka.
Pimpin ya. Pimpin. Fahami maksud perkataan pimpin.

Mereka lebih baik. Kami bukan pelajar agama
Satu lagi kesilapan kita, kita suka kata: “Mereka budak agama. Aku bukan budak agama. Mereka pakai tudung labuh. Aku tudung tiga segi aja”
Dan akhirnya, kita tinggalkan mereka.
Ini kesilapan yang paling besar. Siapa la ajar penegur itu kena sempurna. Kita ni, menegur sambil memperbaiki diri. Kita budak agama ke, bukan budak agama ke, kalau sesuatu kita rasa patut tegur, walaupun teguran kita tu ala-ala menghentam diri sendiri, kena tegurlah juga.
Apa barang bai main kutuk-kutuk belakang aja?
“Dia kan budak agama, dia mesti faham”
Kalau macam itu, budak agama mestilah malaikat semuanya. Tak akan ada buat salah.
Ala, macam kita belajar la. Faham-faham pun, bukan dapat 100% dalam periksa. Betulkan?
Ada ke yang skor semua mata pelajaran dia 100%?
Kalau ada pun, sekelompok kecil aja.
So, macam mana sekarang?
Kena tegur la. Bergerak mendekati mereka ini. Fahami masalah mereka ini. Mana tahu, hati mereka meronta-ronta untuk kamu membantu mereka sebenarnya.

Penutup: Kamu berdosa kalau sekadar membiarkan
Ya, kamu berdosa. Sebab mencegah kemungkaran itu adalah wajib.
“Saya mencegah dengan hati” Ha ha.. ini alasan kamu nak bagi kan?
Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya kamu tidak mampu”
Jadi, kalau ada kudrat, ada suara lagi, ada tenaga lagi, itu tandanya ‘mampu’ itu masih ada pada kamu. Maka, kamu berdosa kalau tidak menegurnya. Teknologi hari ini lagi la ada macam-macam. E-mail ada, facebook ada, Yahoo Messenger ada. Kalau nak pakai gaya zaman P.Ramlee pun boleh – tulis surat.
Kemudian, tegur bukan sekali.
Berkali-kali. Sampaila terjadi salah satu dari empat perkara. Apa dia?
1. Kamu mati.
2. Dia mati.
3. Matahari terbit dari barat.
4. Dia berubah.
Selagi tak berlaku empat perkara ini, adalah tidak patut kita berputus asa dalam memberikan teguran. Kalau tak makan dengan plan A, kita bagi dia plan B. Kalau plan B dia tak boleh jugak, kita bagi dia plan C. Sampai la plan Z. Kalau tak boleh jugak, kita bagi dia plan AZ pula. Kalau tak boleh lagi, bagi plan BZ dan begitulah seterusnya. Sampai salah satu dari empat perkara tadi terjadi pada kita.
“Tapi dia budak agama” Kamu ulang lagi benda ni.
Sudah-sudah. “Dia manusia juga” itu kata saya.
Ayuh, jangan cakap belakang sahaja.
Rapati dia, berikan nasihat. Laksanakan tanggungjawab kamu sebagai seseorang yang faham bahawa dia telah tersasar daripada Allah SWT.
Sesungguhnya, menebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman.
Tidak kira, kamu budak sekolah agama, atau bukan.


26 May 2011

Sami Yusuf - Supplication

Sami Yusuf – Supplication

Sami Yusuf Supplication Sami Yusuf   Supplication
Sami Yusuf - Supplication
Allahumma salli ‘ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa ‘ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad, the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)
O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.
I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.
Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.

Tingkatan-Tingkatan Neraka



1.Jahannam

     Jahannam adalah tingkat yang di atas sekali. Nama Jahannam ini digunakan untuk seluruh nama api neraka itu mulai dari tingkat yang paling atas sampai lapis yang di bawah sekali. Firman Allah SWT maksudnya:

"Katakanlah kepada orang kafir: Nanti kamu dikalahkan oleh orang Islam, dan dihimpunkan kamu ke dalam neraka Jahannam. Disanalah tempat yang seburuk-buruknya. (Ali Imran:12)
Bahawasanya orang-orang yang kafir dan orang aniaya itu, mereka itu tidak akan diampuni Allah, dan tidak pula ditunjuki jalan, melainkan jalan ke Neraka Jahannam. Mereka kekal dalam neraka itu selama-lamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah. (An-Nisa':169)

2.Neraka Luza

Firman Allah SWT maksudnya:

Sebab itu kami beri khabar pertakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang yang celaka. Iaitu orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya. (Al Lail:14-16)

3.Neraka Hathamah

     Inilah neraka tingkat ketiga. Disinilah tempat roh yang lalai mengerjakan perintah Allah SWT akan terpengaruh oleh harta dunia. Harta yang membuat orang derhaka. Firman Allah SWT maksudnya:
Sebenarnya dia akan dilemparkan ke dalam Neraka Hathamah. Tahukah engkau apa Hathamah itu? Iaitu api neraka yang menyala-nyala. Yang membakar hati manusia. Api yang ditutupkan kepada mereka. Sedangkan mereka itu diikatkan kepada tiang yang panjang. (Al-Humazah:4-9)

4.Neraka Sair

     Tingkat keempat ialah Neraka Sair. Dalam neraka ini ditempatkan orang yang memakan harta anak yatim. Di dalam neraka ini mereka buta, pekak dan kulitnya tebal seperti Jabal Uhud. Firman Allah SWT  maksudnya:
“Bahawasanya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya, sesungguhnya mereka memakan api sepenuh perutnya. Dan nanti mereka akan dimasukkan ke dalam Neraka Sair. (An-Nisa':10)

Firman Allah SWT maksudnya:

"Barangsiapa yang ditunjuki Allah nescaya dia dapat petunjuk. dan barangsiapa yang disesatkannya maka tidak engkau memperolehi pimpinannya untuk mereka selain daripada-Nya. Kami himpunkan mereka itu pada hari kiamat, dihela mukanya sedang mereka itu buta, bisu dan pekak. Tempat mereka dalam Neraka Jahannam. Manakala kurang apinya, kami tambah apinya Neraka Sair." (Bani Israel:97)

5.Neraka Saqru

     Tingkat kelima adalah Neraka Saqru. Di sinilah tempatnya orang yang tidak sembahyang, orang yang tidak mahu memberi makan orang miskin, orang yang percaya kepada yang bukan-bukan dan orang tidak percaya akan hari kiamat. Firman Allah SWT maksudnya:

"Di dalam syurga mereka saling bertanya dari hal orang berdosa. Apakah sebabnya kamu masuk Neraka Saqru. Jawabnya: Kerana kami tidak sembahyang, tidak memberi makan orang miskin, kami percaya kepada yang bukan-bukan. Kami mendustakan hati kiamat." (Al-Mudasir: 40-46)

6.Neraka Jahim

     Tingkat keenam ialah Neraka Jahim. Di sini ditempatkan orang kafir, orang mendustakan agama, iaitu orang-orang Islam yang berdosa. Mereka yang berbuat apa yang dilarang Allah SWT, umpamanya berzina, meminum khamar, membunuh tanpa hak. Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan orang-orang berdosa itu, dan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni Neraka Jahim." (Al Maidah:86)

Firman ALlah SWT maksudnya:

"Ambillah orang-orang berdosa itu, dan bawalah ke dalam Neraka Jahim. Sudah itu tumpahkan ke kepalanya air panas untuk menyeksanya. Rasailah seksaan itu, sesungguhnya dahulu orang yang gagah lagi mulia. Inilah seksa yang kamu ragu-ragukan di masa dahulu itu." (Ad Dukhan:47-50

7.Neraka Hawiyah

   Inilah Neraka yang dibawah sekali. Alas atau kerak-kerak neraka. Di sinilah tempat orang-orang yang berdosa besar. Mereka yang menjadi musuh nabi-nabi, umpama Firaun. Firman Allah SWT maksudnya:

"Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah engkau apakah Neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas.

     Demikianlah pembahagi tingkatan neraka itu menurut Syekh Dahak Al-Ahbar. Pembahagian ini disetujui oleh ahli-ahli tafsir dan ahli-ahli Usuluddin, diantaranya Syekh Qurtubi dan Imam Al-Ghazali. Ini sesuai dengan firman Allah SWT di dalam Al-Quran: Firman Allah maksudnya:

"Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat seksaan mereka semuanya. Neraka itu mempunyai tujuh buah pintu. Tiap-tiap pintu ada bahagian yang ditentukan untuk orang-orang berdosa." (Al Hijru:43-44)

     Adapun tiap-tiap tingkatan itu tidak berbeza panasnya. Sekalian mereka yang masuk ke neraka itu tidak akan dibezakan panasnya. Semua mereka yang berdosa itu akan memenuhi tingkatannya. Adalah firman Allah SWT yang berbunyi sebagai berikut maksudnya: "Bahawasanya orang munafik itu ditempatkan di dalam api neraka yang dibawah sekali." (An-Nisa':145)


25 May 2011

Tips Menziarahi Kubur


Tips / Adab Menziarah Kubur :)

1. Bawa bersama surah Yaasin. Bukannya apa, boleh juga kalau nak bacakan al-fatihah tapi dalam buku surah Yaasin tu selalunya ada doa tahlil sekali kan, boleh lah bacakan. Arwah yang dibacakan tu tentu gembira apabila menerima kiriman doa daripada warisnya yang dirindui. Tapi jangan ingat doa cuma boleh dibaca bila ke kubur, duduk rumah pun boleh baca dan mengingat kepada yang telah pergi. :)

2. Cabut rumput-rumput liar. Bawa perkakas sekali pun okay juga. Sambil-sambil membaca al-fatihah, korang boleh juga mencabut rumput-rumput liar supaya kubur tersebut lebih nampak terurus. Walaupun ustaz ada beritahu pokok-pokok yang berada di atas kubur seseorang akan mendoakan si mati, tapi cukuplah dengan sebatang pokok renek sperti di tips ketiga sekejap lagi. (kalau aku salah, tolong tegur okay)

3. Tanam sebatang pokok renek. Bawa sekali sebatang anak pokok renek untuk ditanam kalau di kubur tersebut belum ditanam pokok renek. Contoh pokok tu, pokok puding, jangan lah pula korang tanam pokok pisang ke kelapa ke melampau sungguh. Tapi aku macam pernah terdengar, kalau tanah kubur masih merah, tak boleh tanam pokok yang masih basah. Tak tahulah kenapa, ke aku yang salah dengar. Err..

4. Uruskan sekali jiran-jiran kubur yang hendak diziarah. Kalau sebelah kubur atuk, nenek atau siapa sahajalah yang korang nak ziarah tu nampak macam tak terurus, tolonglah cabutkan sekali rumput-rumput liar dan baca al-fatihah sekali untuk si mati. Iyalah, korang beriya-iya bersihkan kubur saudara-mara korang, sebelah tu sedih sahaja, lebih-lebih lagi dah lama waris dia tak jenguk. Kasihan kan. Ayah kawan aku sangat baik hati, siap suruh orang simenkan / pagarkan kubur sebelah kubur mak dia sebab kubur tu tak terurus. Kan bagus macam tu.

5. Berpakaian sopan semasa menziarah. Tak payahlah kalau nak pergi kubur kena pakai jubah bagai. Cukup sekadar sopan, dan menghormati tanah perkuburan. Boleh juga nak pakai baju kerja, tak ada masalah pun. Lebih baik tutup kepala dengan sempurna, lupakan loose shawl siap pakej nampak jambul & suglasses bagai untuk ke kubur. Tak nampak sopan pun macam tu, ingat artiss??

6. Jangan membaca nama di batu nisan dengan sengaja. Orang-orang tua selalu cakap, kalau baca nama atas batu nisan lebih daripada tiga kali, akan jadi pelupa. Tak tahu betul ke tak. Tapi hakikat sebenarnya nak elakkan aib agaknya. Iyalah, adik aku selalu baca nama kat batu nisan lepas tu gelakkan nama dia sebab kelakar. Sengal betul, aku dah belasah dia dah.

7. Jaga pertuturan. Kita kan nak menziarah kubur, nak mengingat mati jadi tak payahlah bergembira sangat kat kubur, siap main kejar-kejar bagai. Kalau ada anak-anak kecil tu ajar dia jangan meliarkan mata. Tak payah tanya mak masing-masing, "mak, apesal kubur orang tu berlubang mak? dia banyak dosa ke makk??" . Harap maklum ye adik-adik, kubur akan jadi mendap/ berlubang sebab liang lahad dia dah patah, so tanah tu turun.

8. Keraplah datang menziarah. Alhamdulillah aku dapat praktikal kat Seremban. Kalau nak harapkan aku duduk Selangor tu tak keluar-keluar, memang aku jamin, aku ziarah kubur atuk masa raya sahaja. Bukannya nak harapkan datang kubur selalu tapi sekurang-kurangnya taklah lupa kedudukan kubur yang hendak diziarah. Setiap hari ada orang meninggal dunia. Kubur makin bertambah, lama-lama dah naik sesat cari kubur saudara-mara. Sebab tu kita kena datang sekali-sekala. Kalau kubur tu ada alamat atau no lot tak kisahlah, boleh salin alamat kubur tu. Confirm tak sesat.





Semua yang hidup pasti akan mati. Hari ini sahaja yang masih pasti. Esok belum tahu lagi. Allah maha Adil kan? Aku taknak bila aku dah mati, waris aku tak datang jenguk, sob sob. Ya Allah, berikanlah aku waris yang soleh & solehah. Amminn.. :') 

Artikel oleh: "Perempuan Kacak" Nursalimah Mohamad Yusri

7 Azab Yang Dilihat Pengali Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”

Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.


Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

Talkin Mayat

 Tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, pemilik kerajaan, dan bagiNya segala puji, yang mnghidupkan dan mematikan, Dia hidup kekal, tidaklah mati, dengan kekuasaanNya segala kebaikan. Dia berkuasa atas segala sesuatu. Setiap jiwa pasti maut. Dan bahawasanya kamu disempurnakan pahalamu di hari kiamat. Lalu siapa saja yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga; itulah orang yang beruntung.
Tidak ada kehidupan dunia kecuali kesenangan yang menipu. Wahai hamba Allah si polan bin si polanah (nama si mati), ingatlah janjimu yang keluar atasnya dari dunia hingga akhirat, yakni persaksian "tiada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad Rasul Allah". Dan bahawasanya mati itu benar, alam kubur itu benar, kenikmatan dan seksa di dalannya juga benar, pertanyaan Malaikat Munkar dan Nakir adalah benar, kebangkitan darinya benar, perhitungan/hisab amal juga benar, syafaat Nabi Muhammad juga benar, syurga dan neraka itu benar, pertemuan dengan Allah bagi ahliNya adalah benar, bahawasanya Allah membangkitkan orang-orang dari kubur. Sekarang engkau berada di alam barzakh, alam antara dunia dan akhirat, maka ketika dua malaikat Munkar dan Nakir yang dutugaskan Allah mendatangi engkau, janganlah engkau terkejut atau gentar, kerana keduanya makhluk seperti kamu juga, ketika mereka berdua bertanya kepadamu tentang:
  1. Siapa Tuhanmu?
  2. Siapa Nabimu?
  3. Apakah Agamamu?
  4. Apa kiblatmu?
  5. Siapa panutanmu?
  6. Dan siapa saudaramu?
Janganlah takut, jawablah dengan tegas, jelas dan meyakinkan:
  1. Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku
  2. Muhammad adalah Nabiku
  3. Islam adalah agamaku
  4. Ka'bah itu kiblatku
  5. Kitab Al-Quran adalah panutanku
  6. Dan kaum Muslimin, Muslimat, Mukminin dan Mukminat adalah saudaraku.
(dan jika wanita jawablah: Aku rela bertuhan Allah, Aku rela Islam menjadi agamaku dan aku rela Nabi Muhammad nabiku serta utusan Allah).

Atas demikian itulah engkau hidup, dan mati serta dihidupkan kembali. Insya'Allah kamu termasuk orang-orang yang aman, selamat dan moga Allah mengukuhkan lidahmu dalam mengucapkan yang tetap dua kalimah syahadah, Laa illaaha illaallaahu muhammadur rasuulullah 3x; Allah mengukuhkan orang-orang yang beriman dengan ucapan yang kukuh (dua kalimah syahadah) di dunia dan akhirat.

Wahai jiwa yang tenang, pulanglah ke hadrat Allah Tuhanmu dengan gembira dan diredhai, masuklah dalam kumpulan hamba-hambaKu dan masuk pula ke dalam syurgaKu.